Masih ingat kepada ‘anak mami’ bernama Farah Elmo, gadis yang tular di laman sosial gara-gara memberi amaran kepada golongan lelaki bujang supaya lebih bersikap bertanggungjawab sebelum berhasrat mahu mengorat mana-mana perempuan?
Farah Elmo atau lebih dikenali sebagai Mami |
Tidak cukup dengan video amaran itu yang mendapat reaksi pelbagai terutamanya dalam kalangan lelaki, Farah Elmo tampil pula dengan video kedua, mengutuk sikap segelintir bangsa Melayu yang cepat melatah apabila golongan wanita meletakkan hantaran tinggi sehingga mencecah RM20,000.
Susulan isu hantaran kahwin mahal yang disuarakan Farah Elmo, kini muncul pula video seorang wanita dari Kelantan, memberi pandangan dan nasihat terhadap golongan perempuan supaya tidak meletakkan hantaran yang terlalu tinggi.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, ‘cek mek molek’ itu yang dikenali sebagai Nurul Adeline Daud berkongsi pengalamannya yang pernah mendirikan rumah tangga, namun hubungan dia dan bekas suaminya tidak bertahan lama.
Nurul Adeline Daud |
Berdasarkan video yang kini mendapat tontonan leboh 1 juta pengguna Facebook, Nurul Adeline mengatakan tiada guna jika seseorang wanita itu meletakkan hantaran yang tinggi sehingga menyebabkan bakal suami terbeban dengan hutang atau mempunyai suami yang panas baran.
“Hantaran mahal tak guna kalau dapat suami yang panas baran, pukul isteri dan curang. RM20K, RM30K tak guna dik (adik) kalau sepanjang hidup merana.
“Satu lagi, kalaulah lelaki itu sungguh-sungguh mahukan awak, (si lelaki) buat pinjaman (bank) (kerana hantaran mahal). Lepas nikah, kena bayar pula pinjaman, bukan terus tinggal (pinjaman). Lepas tu tak cukup duit, bergaduh suami isteri. Hantaran mahal-mahal tiada guna, kalau akhirnya pasangan suami isteri bergaduh,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik dientrinya, semalam.
Nurul Adeline memaklumkan ketika dia mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya sebelum ini, hantaran yang diminta adalah sebanyak RM13,188 sebagai simbolik kepada tarikh lahirnya.
Namun katanya, hantaran mahal yang diperolehinya itu tidak menjamin kebahagian hidupnya apabila dia menjadi mangsa pukul bekas suami, sehinggalah pada suatu hari dia diceraikan dan pulang ke kampung dengan hanya sehelai sepinggang.
“Tengok contoh seperti kak, akak ni seorang janda, tiada anak. Kak nikah (hantaran) RM13,188 sebab sempena dengan tarikh lahir akak (13.1.1988). Tapi kesudahannya, kak boleh suami yang panas baran, curang dan kaki pukul,” katanya.
“Hantaran mahal itu kalau awak (berperangai) molek, tak selfie, tak gila publisiti murahan di Facebook, atau molek-moleklah (sifat baik lain)… rasanya ada orang (lelaki) yang sanggup bayar (hantaran) RM20K, tapi cermin diri dululah sebelum nak minta orang (bayar hantaran) mahal-mahal.
“Bagi kak lah, kalau awak suka dekat lelaki itu, (dan) lelaki itu juga suka dekat awak, (masing-masing saling) cinta, nikahlah, buat yang wajib sahaja (iaitu) mas kahwin dan akad nikah. Lepas nikah, hidup tak pening dengan hutang dan duit yang ada boleh digunakan untuk beli barang (keperluan) rumah,” ujar janda muda itu dalam dialek Kelantan.
Nurul Adeline turut menasihati golongan wanita supaya memikirkan masa depan dan bukannya hanya melihat kepada jangka masa pendek dengan meletakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga akhirnya membebankan kedua-dua pasangan.
“Kalau bagi akak, biar (majlis perkahwinan) tidak ‘grand’, tetapi rumah yang bakal kita duduk dengan suami nanti penuh dengan barang keperluan. Ini tidak, sampaikan televisyen pun tak mampu nak beli,” nasihatnya.
Nurul Adeline berkata, sekiranya ditadbirkan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi, dia hanya mahukan seorang suami yang ikhlas menerima dirinya dan tidak akan meletakkan sebarang hantaran.
Rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pandangaan yang diberikan oleh Nurul Adeline, selain ada yang memuji kecantikannya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci