728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 21 March 2017

    Gila Gajet Cepat Tua?




    Gajet sudah menjadi item keperluan yang akan di bawa ke mana-mana walau kadang dalam tidur. Sebelum tidur meneliti Instagram, Facebook, Snapchat atau mengedit gambar. Malah sebaik sahaja bangun tidur terus meneliti notifikasi sebelum mula bersenam.

    Tidak ada salahnya gila gajet tetapi tahukah anda kebiasaan terlalu mengadap gajet boleh menyebabkan kulit kusam dan cepat tua. Tidak percaya? Perhatikan apa yang dilakukan secara tidak sengaja bersama gajet dan solusi mengatasi masalah cepat tua dengan gajet.



    1. Terlalu lama menunduk (akibat: Kulit leher berkedut)

    Mengaku atau tidak ketika melayari internet atau melihat sosial media di telefon pintar anda sering menunduk. Jika menunduk terlalu lama dan dilakukan saban hari selama berjam-jam akan membuat kulit leher berkedut dan membentuk lipatan. Jika umur masih terlalu muda tetapi kulit leher sudah berlipat dan berkedut pasti mengundang rasa malu dan hilang keyakinan diri. Bukan itu sahaja tabiat ini mengundang penampilan kurang menarik, otot leher menjadi kaku dan mata cepat penat.



    Apa yang boleh dilakukan:

    Kerap membuat regangan di bahagian leher, muka dan mata. Jangan biarkan otot di kawasan sekitar ini kaku dan penat. Boleh guna mask di kawasan leher yang berupaya meningkatkan jumlah sel-sel untuk regenerasi kulit, meningkatkan kadar lembapan kulit leher.



    2. Mata Panda mula muncul

    Apa yang sering dilakukan ketika tersekat di jalan raya? Selfie, edit gambar atau candy crush? Jangan tipu diri sendiri, paling tidak anda akan stalk instagram rakan atau artis pujaan. Apa yang dilakukan tidak baik untuk mata kerana daya tumpu di arah kepada gajet yang kecil itu. Terlalu lama menatap skrin telefon pintar akan membuat ketajaman mata semakin menurun, mata cepat kering, merah dan penat. Tahukah anda apabila mata menjadi kering akan mempengaruhi kelembapan kulit di sekitar mata dan mewujudkan Mata Panda.



    Apa yang boleh dilakukan:

    Langkah paling mudah yang boleh dilakukan adalah mengurangkan mata terlalu asyik melihat gajet. Beri mata berehat setelah mengadap gajet 20 minit lamanya. Boleh juga melakukan senaman mata seperti melihat pokok-pokok hijau yang paling jauh di mata. Selain itu jangan lupa menyapu krim mata untuk memberi lembapan di kawasan kulit sekitar mata. Istilah mata panda apabila kawasan kulit sekitar mata menghitam, kulit kering dan berkedut. Hyaluronic acid (HA) boleh membantu memberi lembapan dan mengurangkan kedutan.



    3. Skrin gajet punca jerawat

    Kadang-kadang sukar mempercayai gajet menjadi punca tumbuh jerawat. Tetapi ini adalah hakikat sebenarnya. Menyentuh skrin telefon pintar atau gajet lain ratusan kali sehari dan diletak di tempat yang pelbagai malah menjadi teman setia ketika di dalam tandas. Gajet jarang sekali dibersihkan atau nyah-bakteria, setuju kan? Ditambah lagi dengan mulut manusia penyumbang utama bakteria. Kombinasi dua elemen ini memindahkan bakteria ke wajah dan jerawat akan muncul.



    Apa yang boleh dilakukan:

    Amalkan membersih skrin telefon pintar setiap hari. Anda boleh juga menghilangkan jerawat dengan membuat rawatan wajah khusus untuk membuang jerawat. Jika tidak mahu membuat rawatan di spa atau klinik boleh melakukan sendiri dengan membeli krim mengeringkan jerawat. Baca dengan teliti kandungan krim tersebut dan sesuai dengan jenis kulit. boleh juga mengunakan madu dan lemon untuk mengecutkan jerawat secara semulajadi.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Gila Gajet Cepat Tua? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top