728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 29 March 2017

    Co Pilot Solat Dalam Kokpit Dipuji Netizen



    Solat fardu adalah merupakan tiang agama, maka ianya tidak perlulah dilengah-lengahkan jika tiada keperluan, seorang juruterbang pesawat Garuda Indonesia telah memuatnaik sekeping gambar di laman sosialnya di mana ianya telah mendapat pujian oleh netizen negara berkenaan, lapor Tribunnews.com.


    Kapten Jaka Pituana telah memuatnaik gambar pembantu juruterbang Sarah Widayanti Kusuma yang sedang bersolat ketika pesawat sedang bergerak menuju ke destinasinya di dalam kokpit.


    Gambar berkenaan telah menjadi tular di laman media sosial dengan kapsyen “terima kasih ya doanya…pantas aje cuaca clear sepanjang penerbangan…#sarahwidiyanti, #crewlife#airbus330#pilot.


    Kapten Jaka turut menyatakan pembantunya itu merupakan seorang muslimat yang taat kepada agama di aman dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam kerja di mana pesawat yang dipandu mereka selalunya adalah laluan jarak jauh di mana ketika itu pesawat menuju ke Zhen Zhou, Tiongkok, China selepas berlepas dari Bali yang memakan masa selama enam jam.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Co Pilot Solat Dalam Kokpit Dipuji Netizen Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top