728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 15 March 2017

    Ayda Jebat Ada Skandal Dengan Redza Rosli?





    Pelakon, Redza Rosli tidak menyangka kekerapan berkongsi gambar berdua dengan Ayda Jebat ketika menjalani penggambaran di Australia, bulan lalu, mengundang spekulasi cinta.



    Katanya, mereka sekadar memuat naik detik menarik menerusi Instagram sebagai rakaman kenangan sepanjang pembikinan drama, Ku Kirim Cinta, di negara orang.



    Akui Redza, 25, hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik, apatah lagi selepas kali pertama digandingkan beberapa tahun lalu, inilah produksi kedua menggabungkan mereka semula.



    "Sebenarnya ramai tidak mengetahui saya dan Ayda sudah lama berkawan. Berikutan kesibukan masing-masing, kami jarang berjumpa hinggalah di Australia, baru-baru ini.



    "Ketika berada di sana pun, kebanyakan masa bukan kami habiskan berdua saja, sebaliknya ramai lagi kru selain pengarah. Mungkin daripada gambar dikongsi, peminat nampak kemesraan kami.



    "Apa pun kami tidak lebih daripada berkawan baik. Malah secara realitinya kemesraan juga tidak semestinya menunjukkan kami bercinta. Mungkin serasi sebagai sahabat lebih tepat," katanya ketika ditemui pada siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017.







    Redza juga dilihat menemani Ayda ketika aktres itu mengadakan persembahan pada acara KL Xtravaganza di pusat beli belah Wangsa Walk, Ahad lalu.



    Mengenai penggambaran Ku Kirim Cinta yang memilih Gold Coast dan beberapa lokasi menarik lain sebagai latar, ia turut menampilkan Fahad Iman, Roy Azman, Zarina Zainuddin, Wilma Muhammad dan Shahrolnizam.



    Drama arahan Raja Alauddin itu dijadualkan bakal disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekitar Ramadan nanti.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Ayda Jebat Ada Skandal Dengan Redza Rosli? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top