Friday, 24 March 2017

Allahyarhamah Dato Hajah Siti Rahmah : Kehilangan Yang Tiada Galang Ganti



Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mewakili semua ahli Pergerakan Wanita UMNO merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga  Srikandi Wanita Melayu, Allahyarhamah Dato’ Hajah Siti Rahmah Kassim, veteran UMNO dan mantan Pengerusi PERKIM Negeri Sembilan.
Jelas beliau Wanita UMNO menyifatkan budi dan bakti Allahyarhamah sebagai pejuang kemerdekaan yang sanggup berkorban harta dan tenaga tidak ada yang sepertinya lagi.
“Pemergian Allahyarhamah amat dirasai oleh setiap insan yang mengenali beliau terutama kami Wanita UMNO kerana keazaman beliau menjadi pegangan dan azimat kami meneruskan perjuangan bangsa. Ketiadaan Allahyarhamah tidak mungkin ada galang gantinya.
“Insyaallah, kami Pergerakan Wanita UMNO Malaysia melalui Skuad An-Nur akan mengadakan Majlis Tahlil dan bacaan Yasin di semua 191 Parlimen untuk Allahyarhamah Dato’ Hajah Siti Rahmah. Doa kami mengiringi Allahyarhamah semoga rohnya ditempatkan di jannah bersama orang-orang yang beriman”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Allahyarhmah Hajah Siti Rahmah  Haji Kasim, Pejuang Kemerdekaan yang juga merupakan Bekas ADUN Terentang Rembau yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci