728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 20 March 2017

    Akibat Jatuh Kuda, Andy Lau Terus Jadi Kaya Dapat RM45.73 Juta



    PELAKON terkenal Andy Lau dilaporkan menerima bayaran sebanyak HK$80 juta (RM45.73 juta) daripada syarikat insurans sebagai pampasan lapor Kwong Wah Yit Poh.

    Daripada jumlah itu, Andy yang kini tidak dapat bekerja dibayar RM195,000 sehari berdasarkan 51 hari dia dimasukkan ke hospital dan tempoh enam bulan untuk pemulihan.

    Pada 17 Januari lalu, Andy mengalami kecederaan selepas terjatuh kuda ketika menjalani penggambaran sebuah iklan komersial di Thailand.

    Akibat kejadian itu, pelakon berusia 55 tahun itu dikejarkan ke hospital sebelum diterbangkan ke Hong Kong untuk mendapat rawatan.

    Ketika kejadian, kuda ditunggang Andy tiba-tiba hilang kawalan dan mencampakkan pelakon itu ke tanah sebelum memijak bahagian belakang badannya sehingga menyebabkan tulang pelvis pelakon itu cedera. - mStar

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Akibat Jatuh Kuda, Andy Lau Terus Jadi Kaya Dapat RM45.73 Juta Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top