Friday, 31 March 2017
Inilah Kerja Paling Menarik Di Dunia... Gaji RM44k Sebulan Sambil Melancong...
Third Home, sebuah syarikat kelab mewah di Tennessee, Amerika, kini sedang mencari calon untuk mengambil posisi yang disifatkan oleh syarikat tersebut sebagai 'kerja paling menarik di dalam dunia'.
Syarikat yang digelar 'Airbnb untuk jutawan' itu memuat naik iklan pekerjaan itu pada minggu lepas yang menawarkan gaji sebanyak $10,000 (RM44,000) sebulan, tidak dicampur dengan elaun. Jangkamasa untuk kerja itu adalah selama tiga bulan.
Calon-calon yang diambil bekerja dikehendaki mengembara ke beberapa lokasi mewah di serata dunia dan menulis pengalaman mereka di blog.
Mereka akan mengembara dan 'beristirehat' di beberapa kawasan-kawasan percutian mewah - paling maksimum, 12. Third Home juga akan membayar bil penginapan untuk pasangan yang dibawa calon tersebut.
Third Home berkata, calon yang berjaya mestilah seorang yang boleh menikmati benda-benda mewah dalam masa yang sama seorang pengguna media sosial yang 'hardcore'. Mereka dijangka akan menulis dan membuat video tentang pengembaraan mereka.
Tarikh akhir bagi pemohonan itu adalah pada 30 Mac dan pengembaraan dijangka bermula pada Ogos hingga November.
Untuk memohon, calon diperlukan untuk merekod vido satu minit menjelaskan mengapa mereka individu terbaik untuk pekerjaan itu.
Sumber: BI
Walau Gaji Tak Besar, 7 Cara Ini Sesuai Untuk Urus Kewangan Anda
Jika admin muatnaik artikel tips menyimpan duit, ada yang menyatakan, gaji besar bolehlah menyimpan, macam-macam alasan akan diberi.
Memang diakui keadaan ekonomi sekarang memang membuatkan ramai akan rasa tertekan terutamanya mereka yang bergaji kecil, tetapi keadaan itu banyak sebenarnya berlaku kepada mereka yang terlalu banyak membuat pinjaman peribadi yang perlu dilangsaikan setiap bulan dalam tempoh yang lama di samping bayaran bulanan barang keperluan.
Sebenarnya apabila masuk gaji, pasti ramai antara kita akan korbankan duit itu demi kehendak, tidak salah memenuhi kehendak sesekali, tapi bukannya setiap bulan walaupun kecil, jadi inilah peluang anda untuk menyimpan.
Jom baca tips yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir ini bagaimana mengajak pasangan kita menguruskan kewangan yang berkesan walaupun tidak bergaji besar.
Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta je manjang, pasangan dia mesti bijak menguruskan kewangan.
Jika pasangan kita gila duk beli baju online, baju dua almari lepastu boleh kata takde baju nak pakai lagi, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Simple.
Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu.
Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?
1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan
Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.
Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.
2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja
Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.
Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.
Ajar dia gunakan formula ini:
Pendapatan – Simpanan = Belanja.
3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak
Jika si dia menggelupur nak IPhone 7, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan.
Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.
4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak
Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.
5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak
Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.
Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.
6. Ajar Tentang Risiko Kewangan
Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros.
Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM haram. Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.
7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak
Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi.
Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.
Itulah sedikit sebanyak yang korang boleh ajarkan pada pasangan korang tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak.
Jika pasangan korang ada masalah kewangan, bukan dia je terbeban. Kau pun akan terbeban sama juga. Jadi sama-sama belajar ke arah menguruskan kewangan yang lebih baik.
Nak lebih lagi kalau ada seminar ke, pergi dengan dia. Ajak dia sekali. Golongan macam ni memang tak nak baca buku tentang pengurusan kewangan dah. Benda yang gua tulis ni pun merungut kata panjang. Apa yang kau boleh buat ialah ajar melalui teladan. Kah!
- Amir Syahir
2 Kali Diceraikan Dalam 12 Bulan, Dia Bangga Dapat Caras Suami Orang
16 Mac 2017, saya sekarang di Pejabat Agama, menunggu suami saya, Mamat, yang beria-ria nak failkan cerai. Dia paksa saya untuk setuju. Saya dah cuba pujuk, nasihat, tetapi tak jalan juga. Jadi saya ikutkan saja.
Kami bernikah pada awal tahun 2016. Inai di jari jemari masih merah tetapi tidak sampai dua bulan nikah, dia kenal dengan seorang perempuan bernama Siti, berasal dari Johor Bahru.
Dia kata, dia sayang Siti selepas seminggu berkenalan. Cinta pandang pertama. Saya pergi berjumpa dengan perempuan itu, Siti juga meluahkan perkara yang sama. Dia sayang Mamat sampai tak boleh nak lupa.
Saya senyum sahaja. Sebenarnya dia tidak mahu mengalah tetapi enggan berkongsi. Dia mula bermain drama air mata di depan mamat, seperti drama jam 7 petang di channel TV3.
Sejak dari itu, mereka selalu dating, ambil gambar sweet bersama-sama. Masing-masing letak gambar berdua di Facebook, WeChat, Telegram dan WhatsApp. Bersepah gambar-gambar mereka berdua. Bangganya Siti dapat caras suami orang.
Mamat pula bangga dapat bakal isteri baru yang cantik. Erkk? Cantik? Hihi. Dari gambar-gambar itu, keluarga Mamat dapat tahu dan semua mengamuk. Mereka memang sangat baik dengan saya terutamanya ibu mertua.
Berlakulah perang besar di antara Mamat dan keluarganya tetapi saya tidak mahu masuk campur. Ekoran dari itu, Mamat rasa tercabar lalu menceraikan saya pada bulan Jun 2016, selepas 4 bulan menjadi suami isteri.
Selepas jatuh talak 1, saya terus block Mamat dan Siti dari semua sudut. Saya teruskan hidup dengan muhasabah diri sendiri. Alhamdulillah, saya hidup selesa walaupun bersendirian.
Tak sampai sebulan kemudian, Mamat mencari saya, nak rujuk semula sebab ibu mertua yang pujuk. Saya beri peluang dan akhirnya kami rujuk semula selepas sebulan bercerai.
Tetapi Mamat minta saya rahsiakan dari Siti sebab dia tak mahu perempuan itu mengamuk. Saya ikutkan saja, malas nak bising.
Suami minta izin dari saya untuk berkahwin dengan Siti, saya izinkan. tetapi saya kata, jangan kejar yang sunnah sampai abaikan yang wajib.
Saya akui, Mamat memang baik, tak pernah pukul, maki, angkat suara pada saya. Kadang-kadang dia belikan makanan untuk kami berdua bila pulang ke rumah sebab tak nak susahkan saya memasak.
Oh lupa, kami duduk berasingan tetapi di daerah yang sama. Mamat takut, tak nak kantoi dengan Siti. Jadi dia menyewa di rumah lain. Dia balik 3, 4 hari seminggu.
Walaupun saya ada di sebelah dia, Mamat tetap buat seperti biasa bila Siti Call. Bersayang-sayang, muah-muah bagai. Saya biarkan saja. Nasihat jugalah sikit-sikit untuk jaga batasan.
Kami teruskan perkahwinan kami seperti biasa. Saya tetap tutup mulut dari semua pihak. Keluarga saya, kawan-kawan saya, tiada yang tahu, saya masih nak menjaga aib suami tercinta. Nak keluar rumah pun masih minta izin dari dia walaupun cuma ke pasar malam.
Sejak berkahwin, saya tetap menanggung perbelanjaan Mamat dalam semua hal sebab masa itu dia belum ada kerja tetap. Saya siswazah dengan gaji empat angka.
Alhamdulillah, cukup untuk kami berdua. Saya doakan setiap hari supaya Mamat dapat kerja. Susah sikit sebab dia belajar sampai Tingkatan 4 sahaja. Saya tak kisah, saya halalkan sebab kami sudah berjanji dulu untuk hidup susah senang bersama.
Akhir tahun 2016, Mamat dapat kerja tetap dengan gaji yang agak selesa. Namun tak dapat buat loan sebab belum ada slip gaji tiga bulan.
Satu hari, dia minta saya belikan barang-barang untuk hantaran. Saya menolak sambil tergelak-gelak. Kemudian dia nak pinjam RM10,000 dari saya untuk berkahwin dengan Siti yang semakin mendesak untuk kahwin cepat. Saya tetap berkeras enggan memberi.
Mamat mula stress dan marah-marah, kemudian mengajak saya ke pejabat agama untuk bercerai. Tapi last-last dia cakap tak jadi, saya ikutkan saja.
Sekarang gaji Mamat dah semakin tinggi, dia dah tak minta dengan saya seperti dulu. Dia dah mula bagi saya duit sikit-sikit. Alhamdulillah.
Loan bank pun dah dapat, katanyanya nak kahwin dengan Siti hujung bulan Mac 2017. Saya biarkan saja, saya langsung tak bersuara. Saya buat hal sendiri, tenang dan bahagia seadanya.
Ingatkan semuanya okey, tetapi tiba-tiba satu hari dia marah-marah cakap nak cerai. Saya confuse, cuba berbincang, cuba pujuk dan bertolak ansur, tetapi dia tetap nak bercerai. Mungkin kes lama berulang lagi agaknya yang mana Siti tak nak bermadu.
Saya jadi pening, sampai migrain. Tetapi akhirnya saya turutkan saja. Saya akui saya bukan orang baik-baik tetapi saya tidaklah jahat sangat. Kalau saya jahat, sudah lama saya huru-harakan hidup Mamat dan Siti.
Saya tahu Siti kerja di mana, keluarga dia duduk di mana, tahu nombor telefon dia, tahu Facebook dia. Saya boleh saja beritahu keluarga Mamat untuk tindakan lanjut atau bertindak sendiri kasi panas line.
Saya boleh saja call sumpah seranah maki hamun Mamat dan Siti. Saya boleh beritahu Siti yang Mamat ada perempuan lain selain dari dia (Siti kerap check telefon Mamat, siap delete semua nombor telefon saya dalam handhone itu tetapi Mamat kata Siti tak tahu dia ada tiga telefon. Hahaha!).
Tapi saya tak buat semua itu. Hari itu saya berjumpa dengan Siti pun cakap elok-elok. Saya tak balas apa yang Mamat dan Siti buat pada saya, sebab apa?
Sebab saya sedar saya cuma hamba. Yang berhak menghukum cuma Allah, sebab Dia yang Maha Adil. Lagipun, sorry to say, Mamat dan Siti bukan level saya. Bukan jenis saya nak serang-serang orang, tak berbaloi.
Saya dah penat berjuang, dah setahun cuba mempertahankan rumahtangga saya sebab saya tahu itu jihad. Saya ubah apa yang Mamat tak suka, saya buang ego saya, kawal amarah saya, buang rasa cemburu, saya senyum saja bila dia balik, layan dia baik-baik. Kalau dia tak balik, saya tak pertikaikan. Saya bagi Mamat peluang tetapi semua usaha saya tidak berjaya.
Sekarang saya dah give up. Siti bangga sebab dia dah menang. Dua kali dia hancurkan rumahtangga saya dalam masa setahun. Tapi tak apalah, Allah tahu apa yang terbaik. Akan ada hikmahNya.
Lelaki ke, perempuan ke, kita semua buat salah tetapi tolonglah perbetulkan. Bukan salah sebelah pihak sahaja. Bukan terus dibuang, bagi peluang pada pasangan masing-masing. Tetapi kalau masih tak berubah juga, carilah jalan terbaik. Jangan terus nak cerai.
Remaja Melayu Berusia 17-19 Tahun Paling Ramai Amal Seks Bebas 'Multiple Partner'
Masalah sosial di kalangan remaja masa kini semakin tenat. Mereka mahu bebas melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi oleh mereka termasuk mengamalkan sex bebas dengan multiple partner.
Nikmat beberapa minit ternyata mampu memberi kesan jangka panjang jika pasangan yang ditiduri oleh mereka mempunyai penyakit kelamin.
Baca sahajalah perbualan saya dengan rakan saya. Remaja kita semakin tenat moralnya. Saya yakin, didikan disekolah sudah lengkap dengan moral serta pendidikan keagamaan. Tapi mereka ini, dengan sikap mahu mencuba maka apa yang dipelajari tidak dibuat endah.
Antara penyakit kelamin yang terkenal di kalangan mereka yang mengamalkan seks bebas adalah gonorrhea.
**Penyakit Gonorrhea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria Gonorrhoea.
Bakteria ini boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur, atau oral. Ia juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.
Bagi kes jangkitan kepada remaja perempuan, kebiasaannya mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau mungkin mengalami gejala ringan sehingga menjadi lebih teruk. Mereka juga mungkin;
1. Merasa sakit ketika membuang air kecil
2. Mengeluarkan cecair berwarna kuning kehijauan dari vagina.
3. Mengalami perdarahan antara kitaran haid.
Rebakan jangkitan pula boleh mengakibatkan Pelvic Inflammatory Disease atau radang pelvik.
Jangkitan pada remaja lelaki pula ditunjukkan dengan tanda-tanda seperti;
1. Lelehan nanah dari penis.
2. Mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan seperti nanah dari salur kencing.
3. Rebakan ini boleh pergi ke epididimis dan menyebabkan buah zakar menjadi sakit dan bengkak.
4. Gelaja biasanya timbul antara 2-7hari selepas pendedahan kepada jangkitan. Berbeza dengan gejala pada remaja perempuan yang sedikit lewat.
!!!Gonorrhea boleh menyebabkan kemandulan kerana parut dari jangkitan yang terhasil di saluran pembiakan.
Jika anda merasakan diri anda atau anak remaja anda mengadu tentang gejala diatas, segeralah berjumpa dengan doktor.
Kebiasaannya rawatan diberikan bersama pasangan.
Doktor akan mengambil cairan dari kemaluan untuk di analisis, kemudian antibiotik akan diberikan. Harus diingat, pengambilan antibiotik adalah untuk menyembuhkan anda tetapi bukan sebagai jaminan bahawa jangkitan Gonorrhea tidak akan berlaku lagi.
Maka disini, mencegah lebih baik dari merawat. Elakkan dari melakukan sex bebas dan bertukar-tukar pasangan. Amalkan seks yang selamat dan gunakan kondom.
Bagi yang sudah berkahwin, setialah dengan satu pasangan sahaja. Jauhi alkohol dan dadah yang mampu menjejaskan pertimbangan anda.
Seks bebas bukan sahaja menyebabkan anda mengidap Gonorrhea tetapi juga berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.
Adik-adik remaja kat luar sana. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuhnya ketanah juga kadangkala. Sepandai-pandai anda melakukan hubungan sex tidak kira masa (terjah juga masa haid), dah dapat sakit, semua tak guna dah.
Beringatlah. Tak payah terpengaruh dengan hebatnya cerita rakan-rakan anda di atas ranjang. Mereka lebih kepada bernasib baik.
Notakaki;
Penyakit kelamin boleh dicegah. Samaada kita mahu atau tidak.
Pernah menjadi remaja. Alahai, terasa pula dah berusia.
Kredit : Bel Nawhen, Jururawat Terlatih
Apakah Masa Paling Sesuai Untuk Anda Update Media Sosial?
TIPS ini amat sesuai bagi mereka yang bergelar usahawan online bagi tujuan mencari prospek dan menjual barangan mereka.
Ia bukanlah data sebarangan yang dikutip di tepian jalan, sebaliknya ia merupakan dapatan data terkini dan paling tepat dari sumber yang boleh dipercayai.
Diringkaskan, ia menjadi sekeping gambar seperti ini ;
Nora Danish Dan Nedim Cium Mulut Di Depan Orang Awam Selepas Nikah
Foto suami pelakon Nora Danish, Nedim mencium mulut isterinya di atas pelamin menjadi viral di media sosial.
Foto tersebut jelas menunjukkan Nedim mengucup dibahagian mulut sambil memegang bahagian mukanya sejurus sejurus selesai majlis akad nikah semalam.
Tindakan itu mengundang rasa kurang senang netizen kerana pasangan berkenaan melakukan aksi tersebut secara terbuka sambil diperhatikan oleh dua orang anak mereka yang masih kecil.
Malah adegan itu juga dianggap sebagai kurang sopan dan meminta supaya pasangan itu menghormati majlis akad nikah.
Selain bercium, busana yang dipakai Nora turut dikritik dan dilabelkan sebagai terlalu seksi untuk majlis berkenaan.
Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsi oleh pelakon Betty Rahman, adegan tersebut berlaku dalam tempoh kurang daripada satu saat.
Berikut merupakan antara komen yang diberikan oleh netizen:
Jadi Insaf Selepas Lihat Kesan Doa Orang Yang Teranaiya
Just nak share satu benda yang saya pernah alami. Dulu satu ketika, saya suka sangat menyumpah orang yang buat salah dan aniaya saya.
Sumpah orang itu, sumpah orang itu dan jadikan doa saya itu doa dari insan teraniaya. Saya minta dengan Allah untuk beri balasan pada mereka.
Memang betul terjadi. Bisnes orang yang selalu sumpah saya lingkup, akhirnya dia yang lingkup. Orang yang hebat sangat berkumpul mengutuk saya, akhirnya sesama mereka sendiri bergaduh.
Sampailah satu masa, perkara ini terjadi pada orang-orang yang saya sumpah sehingga menyebabkan saya benar-benar takut untuk meminta dengan Allah berikan balasan pada mereka yang menganiaya kami sekeluarga.
Yang pertama, saya sumpah pada seseorang yang fitnah saya dan anak-anak. Walhal banyak yang dia tipu tetapi diputar-belitkan fakta.
Saya dapat khabar dalam masa 3-4 bulan, seluruh keluarga dia asyik sakit-sakit, keluar masuk hospital. Suami dia kemalangan, selepas itu dia pula yang keluar masuk hospital.
Lagi seorang itu bekas staff lama saya, warga Indonesia (Islam) tetapi masuk buddha untuk berkahwin dengan Cina Malaysia.
Banyak duit yang dia bawa lari dan memfitnah saya sehingga membuatkan semua orang percaya dengan dia. Akhirnya satu hari, suami dia sendiri yang berpakat dengan polis untuk mengkap dia.
Selepas ditangkap, dia dikenakan hukuman penjara berbulan-bulan. Si suami ceraikan dia dan bawa lari semua anak-anaknya. Sekarang dengar khabar dia betul-betul merempat.
Sejak dari itu, saya benar-benar insaf. Saya dah tak berani nak menyumpah. Sebenarnya itu bukan jalan yang terbaik. Jangan jadikan alasan kita teraniaya untuk menyumpah orang. Biarlah Allah saja yang menentukan.
Ini kerana selepas kejadian itu, saya rasa tidak tenang. Buat bisnes pun sangkut-sangkut. Solat pun hati tak tenang, selalu berserabut.
Tetapi bila saya belajar dengan seorang pakar motivasi untuk maafkan semua orang, dengan redha saya pergi ke balai polis dan tarik semua laporan polis yang pernah dibuat sebelum ini.
Saya memohon maaf dan memaafkan semua orang. Tak kiralah luka besar mana pun di hati, sebesar mana pun kesalahan mereka, saya maafkan mereka di dunia dan akhirat. Saya minta dengan Allah agar beri kesedaran kepada mereka.
Sejak saya buat semua itu, saya dapat ketenangan dan segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah. Biar Allah buat kerja dia, siapalah kita untuk memohon bala untuk orang lain?
Satu pengajaran yang saya dapat, jangan jadikan alasan kita teraniaya untuk berdoa yang tak baik untuk orang lain walaupun Allah pernah menjanjikan doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan.
Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis. Semoga dapat memberi manfaat.
Kredit : Linda Rahim
"Hantaran Saya RM13,188 Tapi Sekarang Dah Jadi Janda"
Masih ingat kepada ‘anak mami’ bernama Farah Elmo, gadis yang tular di laman sosial gara-gara memberi amaran kepada golongan lelaki bujang supaya lebih bersikap bertanggungjawab sebelum berhasrat mahu mengorat mana-mana perempuan?
Farah Elmo atau lebih dikenali sebagai Mami |
Tidak cukup dengan video amaran itu yang mendapat reaksi pelbagai terutamanya dalam kalangan lelaki, Farah Elmo tampil pula dengan video kedua, mengutuk sikap segelintir bangsa Melayu yang cepat melatah apabila golongan wanita meletakkan hantaran tinggi sehingga mencecah RM20,000.
Susulan isu hantaran kahwin mahal yang disuarakan Farah Elmo, kini muncul pula video seorang wanita dari Kelantan, memberi pandangan dan nasihat terhadap golongan perempuan supaya tidak meletakkan hantaran yang terlalu tinggi.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, ‘cek mek molek’ itu yang dikenali sebagai Nurul Adeline Daud berkongsi pengalamannya yang pernah mendirikan rumah tangga, namun hubungan dia dan bekas suaminya tidak bertahan lama.
Nurul Adeline Daud |
Berdasarkan video yang kini mendapat tontonan leboh 1 juta pengguna Facebook, Nurul Adeline mengatakan tiada guna jika seseorang wanita itu meletakkan hantaran yang tinggi sehingga menyebabkan bakal suami terbeban dengan hutang atau mempunyai suami yang panas baran.
“Hantaran mahal tak guna kalau dapat suami yang panas baran, pukul isteri dan curang. RM20K, RM30K tak guna dik (adik) kalau sepanjang hidup merana.
“Satu lagi, kalaulah lelaki itu sungguh-sungguh mahukan awak, (si lelaki) buat pinjaman (bank) (kerana hantaran mahal). Lepas nikah, kena bayar pula pinjaman, bukan terus tinggal (pinjaman). Lepas tu tak cukup duit, bergaduh suami isteri. Hantaran mahal-mahal tiada guna, kalau akhirnya pasangan suami isteri bergaduh,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik dientrinya, semalam.
Nurul Adeline memaklumkan ketika dia mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya sebelum ini, hantaran yang diminta adalah sebanyak RM13,188 sebagai simbolik kepada tarikh lahirnya.
Namun katanya, hantaran mahal yang diperolehinya itu tidak menjamin kebahagian hidupnya apabila dia menjadi mangsa pukul bekas suami, sehinggalah pada suatu hari dia diceraikan dan pulang ke kampung dengan hanya sehelai sepinggang.
“Tengok contoh seperti kak, akak ni seorang janda, tiada anak. Kak nikah (hantaran) RM13,188 sebab sempena dengan tarikh lahir akak (13.1.1988). Tapi kesudahannya, kak boleh suami yang panas baran, curang dan kaki pukul,” katanya.
“Hantaran mahal itu kalau awak (berperangai) molek, tak selfie, tak gila publisiti murahan di Facebook, atau molek-moleklah (sifat baik lain)… rasanya ada orang (lelaki) yang sanggup bayar (hantaran) RM20K, tapi cermin diri dululah sebelum nak minta orang (bayar hantaran) mahal-mahal.
“Bagi kak lah, kalau awak suka dekat lelaki itu, (dan) lelaki itu juga suka dekat awak, (masing-masing saling) cinta, nikahlah, buat yang wajib sahaja (iaitu) mas kahwin dan akad nikah. Lepas nikah, hidup tak pening dengan hutang dan duit yang ada boleh digunakan untuk beli barang (keperluan) rumah,” ujar janda muda itu dalam dialek Kelantan.
Nurul Adeline turut menasihati golongan wanita supaya memikirkan masa depan dan bukannya hanya melihat kepada jangka masa pendek dengan meletakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga akhirnya membebankan kedua-dua pasangan.
“Kalau bagi akak, biar (majlis perkahwinan) tidak ‘grand’, tetapi rumah yang bakal kita duduk dengan suami nanti penuh dengan barang keperluan. Ini tidak, sampaikan televisyen pun tak mampu nak beli,” nasihatnya.
Nurul Adeline berkata, sekiranya ditadbirkan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi, dia hanya mahukan seorang suami yang ikhlas menerima dirinya dan tidak akan meletakkan sebarang hantaran.
Rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pandangaan yang diberikan oleh Nurul Adeline, selain ada yang memuji kecantikannya.
Nie Pakai Singlet Nampak T*t*k Korang Tak Nak Kecam Ke?
Sebuah video yang memaparkan aksi dua orang gadis Melayu jadi tular di Facebook sejak semalam.
Video yang dimuatnaik oleh Ive Zengz II ke laman Facebook beliau ini memaparkan aksi dua orang gadis yang nampaknya tidak berpuas hati dengan beberapa individu yang sering mengecam mereka di laman media sosial.
“Hey, rambut perang ni korang taknak kecam ke?” kata gadis pertama berambut perang yang memakai baju berwarna ungu.
“Pakai singlet ini, nampak tetek ni, korang taknak kecam gak ke? Korang ini korang ini semua ahli syurga ke” tambah gadis kedua berbaju hitam dari belakang.
“Fakk,” kata kedua-dua orang kata ini serentak pada akhir video tersebut.
Video ini kemudiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya berasa malu dengan perbuatan gadis-gadis ini.
Antara komen-komen lain yang ditinggalkan oleh netizen:
“Ni, ni, ni, dia tidak tahu ke Facebook akan kongsikan memori yang 4 tahun lepas punya cerita? Tak esok, lusa kau kahwin lepas itu Facebook pun keluar balik cerita kau yang ini ini taknak kecam pakai singlet nampak tetek,” komen Fatehah Mokhtar.
Kalau Nak Jual Nasi Lemak, Jual Je Lah... Tapi Jangan Pula 'Jual' Agama
Berikutan jadi trend di kalangan peniaga untuk memilih nama-nama yang berkontroversi yang membabitkan isu LGBT seperti yang dilakukan oleh pemilik Nasi Lemak Pondan dan kini, diikuti oleh pemilik Nasi Lemak Gay baru-baru ini, masyarakat di Malaysia mencari semakin benci dengan taktik yang dilakukan oleh mereka ini yang dilihat sebagai tidak bermoral dan memalukan sebagai seorang yang beragama Islam.
Sebuah laman page yang merupakan sebuah pelukis komik online di Facebook, Abeben’s Network telah tampil mengupas perkara ini untuk bacaan netizen semua, khususnya kepada peniaga-peniaga yang telah atau merancang untuk menggunakan taktik marketing yang serupa dengan peniaga-peniaga nasi lemak LGBT ini.
Baca perkongsian mereka di bawah:
Semakin lama, perkara-perkara yang dibenci oleh Allah semakin boleh diterima oleh masyarakat. Umat Islam dah boleh terima dan anggap LGBT sebagai sesuatu yang biasa dan bukannya perkara yang dilaknat oleh Allah, sehingga langsung tidak rasa apa-apa apabila dijadikan sebagai bahan promosi atau intipati dalam sesuatu produk.
Normalisasi maksiat dan kemungkaran ni sebenarnya dah lama berlaku. Ia bermula dengan sekecil-kecil perkara, seperti babak bercumbu dan pergaulan bebas dalam komik, filem dan animasi, sehinggalah ke sebesar-besar perkara, seperti menggubal undang-undang agar menghalalkan ia di dalam negara.
Lihat apa jadi pada Jepun
Lihatlah Jepun sebagai contohnya. Sebuah negara yang kita semua tahu amat konservatif dan mementingkan tradisi dan adab kebudayaan mereka. Namun lihatlah generasi baharu mereka hari ini yang semakin terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan tradisi dan adab kesopanan mereka. Mereka kini menjadi antara pengeluar filem dan animasi lucah terbesar di dunia. Dan kesannya merecik hingga ke Malaysia.
Sub-contohnya, animasi-animasi mereka mula menormalisasikan hubungan sumbang mahram, LGBT dan pedofilia. Bayangkan anak-anak muda yang membesar dengan animasi sebegini. Lama-kelamaan, mereka mula anggap elemen incest, lolicon, harem, ecchi, yuri, shonen-ai sebagai genre yang boleh diterima. Jangan nafikan perkara ini, kerana ia benar-benar berlaku dalam generasi muda.
Bersembunyi disebalik nama freedom of speech
Itu baru satu contoh. Banyak lagi contoh lain yang memangkin normalisasi kemungkaran di Malaysia. Kebanyakannya bersembunyi di sebalik nama hak kebebasan bersuara. Dan trend terkini pula, menerapkan istilah-istilah kotor ini dalam produk masing-masing, sebagai bahan penarik dan pengviral. Seolah-olah tidak ada lagi rasa bersalah dalam hati apabila membiasakan umat Islam untuk menerima perkara-perkara kotor sebegini.
Berniaga tak salah. Yang salahnya apabila gunakan perkara yang dibenci Allah sebagai bahan pelaris jualan. Jangan sampai kita dianggap sebagai pelopor aktiviti menunggang maksiat seperti ini. Dan jangan sampai selepas ini, maksiat-maksiat yang lebih teruk turut sama dinormalisasikan dalam masyarakat.
Renung-renungkanlah wahai umat Islam. Cukuplah kita menerima serangan pemikiran daripada musuh-musuh Islam. Kalau kita sendiri selaku umat Islam pergi serang pula daripada dalam, bagaimanakah nasib umat kita pada masa hadapan kelak?
"Semua Saya, Suami Langsung Tak Nak Keluarkan Duit" - Isteri Kecewa
Saya tak rasa macam husband and wife. Suami beri nafkah RM200 sebulan, itu pun untuk beli lauk saja. RM200 kadang-kadang untuk tiga bulan. Kadang-kadang memang dia lupa langsung nak bagi. Lauk selalu tak cukup.
Kadang-kadang dia ajak makan di luar, tetapi saya yang kena bayar. Bila makanan dia habis dimakan, dia ambil pula makanan saya, kebuluran saya dibuatnya. Ambil air suam pun suruh saya, nak suap pun suruh saya. Dia langsung tak boleh tengok saya rehat/senang sikit.
Kalau suami bawa saya naik kereta dia, saya yang kena bayar minyak. Dia kata kalau saya jejak kaki dalam kereta dia, selepas keluar saya kena cuci kereta dia.
Rumah nak kemas 100%, tetapi barang mencuci, ubat gigi, sabun dan lain-lain itu semua saya yang kena belas serta saya yang perlu kemaskan rumah seorang diri. Bila saya tertidur, dia kata saya asyik tidur saja tak buat apa-apa.
Bab makanan, mesti kena siapkan sarapan. Lunch dan dinner dengan duit saya. Bila barang dah habis, dia akan ajak saya pergi beli barang rumah, tetapi saya yang bayar semuanya menggunakan duit sendiri.
Bila saya minta tolong bank in RM50, suami akan caj bunga pada saya, RM10. Kadang-kadang saya nak ambil duit dia dalam dompet, tetapi tak boleh sebab duit dia semua di dalam bank. Dalam dompet dia betul-betul kosong.
Hantaran kahwin saya RM10,000 pun saya dah bayar balik pada dia sebab dia minta saya pulangkan secara paksaan atas alasan nak beli aset.
Saya pernah keguguran sebelum ini dan suami pernah bertanya, “Kenapa kau tak boleh ada anak?”. Malah bila saya mengalami keguguran, dia dengan tanpa rasa bersalah menyalahkan saya.
Saya dah jadi macam hamba abdi kepada dia. Dalam rumah, saya kena bayar semuanya pada suami. Bila saya pakai baju dia, nanti dia akan minta belikan baju yang lain.
Pernah sekali dia mengendeng-ngendeng saya sebab nak minta dibelikan iPhone. Dia bukan minta ratus ringgit, tetapi ribu-riban dan adakalanya puluhan ribu.
Macam dia kata nak beli aset sebelum ini, dia nak RM15,000 dalam masa sebulan. Mana saya nak dapatkan duit banyak itu sedangkan rumah itu adalah tanggungjawab dia sediakan untuk isteri? Saya minta tempat perlindungan pondok pun tak apa.
Dia ada banyak duit tetapi dia asyik beli barang-barang game, gajet yang dia suka mengikut peredaran zaman. Apa saja yang baru, semua dia beli, hipster katanya. Saya hanya mampu tengok saja.
Pernah pinjam RM5 daripada suami, dia minta bayar balik siap dengan bunga. Saya terpaksa bayar balik RM10/RM15. Azabnya perkahwinan seperti ini.
Sewalah Rumah Lama Lama, Agar Tiada Hutang Jangka Panjang - Menteri
Memiliki aset hartanah di usia muda hanya mengundang hutang jangka masa panjang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau memberi contoh negara luar seperti United Kingdom, (UK), penduduknya lebih suka menyewa lama-lama sebelum mempunyai cukup wang untuk membeli aset.
“Ia budaya kita — kita tidak percaya kepada sewa. Kita perlu tukar fikiran,” kata Johari ketika sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) di sini.
“Apabila anda ke United Kingdom, mereka hanya menyewa hinggalah mereka mempunyai wang untuk membuat komitmen jangka panjang.”
Beliau turut mencadangkan lebih banyak rumah mampu milik dibina untuk disewa dan bukannya untuk dibeli.
'Okey Jer Jadi Ibu Muda,' - Amyra Rosli
Selamat diijabkabulkan hujung tahun lalu, pelakon Amyra Rosli tidak berasa terlalu cepat dikurniakan cahaya mata.
Amyra, 26, berkata di pertengahan usia 20-an adalah waktu yang sesuai baginya menimang cahaya mata bersama suami tercinta Amar Baharin.
“Pada usia 26 tahun tidaklah terlalu muda. Amyra pun sudah berumah tangga. Mengapa perlu merancang untuk tidak mempunyai anak?
“Jika Allah memberi rezeki, Amyra terima, tiada masalah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.
Pasangan bahagia ini diijabkabulkan pada 11 November lalu di sebuah hotel di sini dengan Amyra menerima mas kahwin RM1,111 dan wang hantaran RM50,000.
Pelakon drama Tersuka Tanpa Sengaja berkata mendapat cahaya mata awal bukan penghalang kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina.
Katanya, cahaya mata memang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berumah tangga maka tiada alasan terhalang untuk menghabiskan waktu berdua.
“Kalau Amyra ada perancangan yang begitu, Amyra tidak akan berfikir untuk berkahwin dahulu.
“Bila dah berkahwin, inilah langkah seterusnya yang harus Amyra tempuh dengan Amar.
“Dapat anak awal, Amyra akan dapat lebih pengalaman dan lebih matang,” katanya.
Amyra berkata Amar sememangnya teruja apabila diberitahu bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Katanya, kelahiran bayi sulung itu nanti akan memberi kebahagiaan kepada keluarga di kedua-dua belah pihak.
“Amar jenis berkeluarga. Dia juga ada kakak yang sudah enam tahun kahwin tetapi belum ada anak. Ini cucu pertama kedua-dua belah keluarga.
“Kami pun sebenarnya tidak mahu terlalu teruja bercerita tetapi kami berkongsi dan pada masa sama menjaga tidak mahu terlebih.
“Asalkan peminat tahu, itu sudah memadai,” katanya.
Thursday, 30 March 2017
12 Perkara Yang Pramugari, Pramugara Tak Boleh Buat Untuk Penumpang
Tahukah anda, ada perkara yang pramugari atau pramugara tidak boleh lakukan untuk para penumpang? Namun ramai penumpang sebenarnya tidak menyedarinya.
Kami kongsikan catatan daripada Yahoo Travel yang menemu ramah Shawn Kathleen, bekas pramugara untuk menjelaskan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pramugari/pramugara dan kru penerbangan.
1. TIDAK BOLEH berikan anda sebarang ubat
Menurut undang-undang, mereka tidak dibenarkan langsung. Namun ada beberapa ubat yang hanya boleh diberikan kepada seorang doktor dalam masa kecemasan.
2. TIDAK BOLEH simpankan beg anda di tempat simpanan beg
Anda rasa seorang anak kapal harus membantu anda meletakkan beg anda? Ternyata anda salah! Seorang anak kapal sebenarnya tidak dibenarkan untuk mengangkat beg anda kerana ia boleh menyebabkan kecederaan.
Mereka hanya boleh membantu anda menolak beg anda masuk ke tempat simpan beg dan menutup pintunya.
3. TIDAK BOLEH buat panggilan untuk tangguhkan penerbangan
Seorang juruterbang pesawat tidak akan menunggu untuk ketibaan anda. Ramai yang selalu bertanya, namun ia tidak akan pernah terjadi kerana seorang juruterbang sendiri tidak mampu membuat keputusan itu.
4. TIDAK BOLEH suruh juruterbang pandu kapal terbang lebih laju
Pastikan anda menempah penerbangan yang lebih lewat dari masa ketibaan di lapangan terbang jika anda perlu menukar penerbangan.
5. TIDAK BOLEH terima tip dalam bentuk wang tunai
Seorang anak kapal tidak dibenarkan menerima sebarang wang tunai daripada para penumpang. Jika anda ingin memberinya tip, anda boleh berbuat demikian dalam bentuk baucar ataupun sekotak coklat.
6. TIDAK BOLEH minum bersama para penumpang
Anak kapal tidak dibenarkan minum alkohol bersama penumpang pada waktu kerja. Begitu juga buat juruterbang. Mereka tidak dibenarkan untuk minum alkohol pada masa bekerja.
7. TIDAK BOLEH halau anjing pemandu – walaupun anda ada alahan
Mengikut undang-undang, seorang anak kapal tidak boleh memindahkan haiwan perkhidmatan yang sedang membantu seseorang yang tidak berupaya.
Jika penumpang ada alahan, penumpanglah yang perlu meninggalkan penerbangan itu dan ambil yang lain.
8. TIDAK BOLEH buat orang lain tukar tempat duduk mereka
Anda ingin tukar tempat duduk kerana mahu bersebelahan dengan teman anda. Bagaimanapun seseorang anak kapal tidak boleh memaksa sesiapa untuk menukar tempat duduk mereka.
9. TIDAK BOLEH duduk di Kelas Bisnes meskipun tempat itu kosong
Anda harus bayar lebih untuk duduk di Kelas Bisnes, sama ada dalam bentuk ‘miles’ ataupun wang.
10. TIDAK BOLEH membenarkan anda bawa minuman keras sendiri
Kebanyakan syarikat penerbangan akan merampas minuman keras jika mereka melihatnya. Seorang anak kapal tidak mahu sebarang penumpang dalam keadaan mabuk.
11. TIDAK BOLEH teman anda keluar pesawat
Anak kapal boleh memanggil seseorang untuk bertemu dengan anda namun selagi ada penumpang dalam pesawat, mereka tidak boleh keluar dari pesawat itu.
12. TIDAK BOLEH beri pen dalam penerbangan antarabangsa
Anak kapal tidak lagi menyediakan pen untuk anda mengisi borang kastam. Anak kapal juga tidak mempunyai bekalan pen yang cukup untuk anda gunakan. Oleh itu, anda harus menyediakan pen anda sendiri.
9 Rakyat Malaysia Di Korea Utara Dibenarkan Pulang Ke Tanah Air, Kata Najib
Sembilan rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara kini dibenarkan pulang ke tanah air, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata kesemua mereka berlepas dari Pyongyang pada pukul 7.45 malam ini waktu Malaysia dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 5 pagi esok.
“Saya berterima kasih kepada pegawai kerajaan yang terbabit dengan perundingan itu, diketuai Kementerian Luar,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Najib berkata secara peribadi, beliau bimbang dengan perkara itu dan Malaysia telah berusaha gigih di belakang tabir untuk mencapai kejayaan seperti itu.
“Banyak halangan dapat diatasi bagi memastikan kepulangan rakyat Malaysia.
Keselamatan warganegara kita sentiasa menjadi keutamaan saya,” kata beliau.
Susulan perkembangan itu, perdana menteri berkata Malaysia kini membenarkan rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini.
“Selain daripada itu, selepas bedah siasat selesai dijalankan terhadap mangsa dan menerima surat daripada keluarganya yang memohon supaya mayatnya dibawa kembali ke Korea Utara, koroner telah memberi kebenaran untuk melepaskan mayat itu,” kata beliau.
Najib berkata kerajaan amat percaya kepada prinsip keadilan dan kedaulatan.
“Siasatan polis kita terhadap jenayah berat di Malaysia akan diteruskan.
Saya sudah mengarahkan supaya mengambil langkah sewajarnya untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.
Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau bersyukur melihat semua rakyat Malaysia bersatu dalam menangani krisis itu dengan penuh semangat Negaraku.
“Ia menunjukkan apa yang boleh dicapai untuk negara sekiranya kita semua bersatu untuk bekerjasama,” kata beliau.
Ketegangan Malaysia dan Korea Utara timbul berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.
Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia mengenai cara ia mengendalikan kes itu, yang mengakibatkan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai persona non grata.
Beliau meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac.
Korea Utara bertindak balas dengan mengusir Duta Malaysia di Pyongyang.
Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini. ― Bernama
4 Keburukan Utama Bila Tidur Terlalu Dekat Dengan Kipas.....
Cuaca sekarang panas semacam. Kalau tak ada aircond, memang susah nak tidur waktu malam. Lagi dasyat, ada yang tidur tak cukup dengan aircond, siap pasang kipas sekali.
Bagi mereka yang suka sangat tidur dekat sangat dengan kipas, anda perlu berhati-hati.
Berdasarkan kajian, kipas yang dihalakan terus pada wajah dan badan bakal mengundang masalah-masalah kesihatan!
1. Tubuh kurang oksigen
Perkara ini berlaku disebabkan angin masuk ke hidung dan mulut. Angin yang masuk di dalam tubuh tidak keluar dan akan menyebabkan tubuh tidak dapat menyedut oksigen dengan baik.
2. Suhu badan turun mendadak
Angin kipas membuatkan suhu badan turun mendadak. Ia disebabkan tekanan darah dalam tubuh dan sistem pernafasan yang terganggu. Apabila tekanan darah terganggu, ia beri tekanan pada fungsi jantung dan paru-paru.
3. Dehidrasi
Badan akan kekurangan air apabila berada dalam keadaan sejuk terlalu lama. Kemungkinan akan diserang hiportemia! (kesejukan melampau hingga menyekat aliran darah ke hidung, telinga, jari, tangan dan kaki).
4. Potensi diserang Bell Palsy
Akibat wajah terkena angin kipas terlalu lama, anda boleh dijangkita Bell Palsy. Sejenis penyakit saraf yang membuatkan wajah menjadi tegang, sukar untuk senyum atau membuat ekspresi.
Ini Dia Kereta Polis Paling Laju Di Dunia....
Polis di sini memperoleh sijil Buku Rekod Guinness kerana memiliki kereta polis paling laju di dunia – Bugatti Veyron.
Kereta berkenaan adalah satu daripada 14 kereta berkelajuan tinggi yang dimiliki polis Dubai untuk digunakan bagi meronda bandar raya itu.
Antara kereta mewah yang dimiliki pasukan polis itu ketika ini ialah Aston Martin 77, Bentley Continental GT, Porsche Panamera dan BMW i8.
Bugatti Veyron itu yang mampu memecut selaju 407 kilometer sejam bagaimanapun menjadi tarikan utama antara kenderaan berkenaan.
Sebelum ini, polis Itali memiliki kereta peronda paling laju di dunia – Gallardo LP560-4 – yang mempunyai kelajuan maksimum 370 kilometer sejam. – Agensi
Tapak Kaki Dinasour Terbesar Dunia Baru Dijumpai
Sekumpulan saintis menemui tapak kaki dinosaur terbesar di dunia berukuran 1.7 meter di kawasan terpencil di pantai barat laut Australia.
Tapak kaki dinosaur ‘sauropod’ itu adalah antara 21 jenis jejak yang ditemui di Semenanjung Dampier kira-kira 130 kilometer dari pantai peranginan Broome.
Dinosaur sauropod adalah reptilia berkaki empat dan makan tumbuh-tumbuhan.
“Ia ternyata lebih besar daripada apa yang pernah dicatatkan di lain-lain lokasi di dunia,” kata Ketua Pengarang kajian bersama Universiti Queensland dan James Cook, Steve Salisbury.
Kata Salisbury, tapak kaki itu bagaikan Jurassic Park Australia ditemui selepas menghabiskan masa lebih 400 jam menyiasat dan menjejak dinosaur di situ.
Pada 2015, tapak kaki sauropod berukuran 1.2 meter dikesan di Jerman.
Menurut Salisbury, batu yang mengandungi jejak dinosaur sauropod di Dampier itu bertarikh antara 127 juta hingga 144 juta tahun lalu, lebih tua berbanding lain-lain fosil dinosaur yang ditemui di Australia. – Reuters
Apabila Isu Wang Hantaran RM20k Panas, Apa Abang Makenik Ini Buat?
Aku berusia 27 tahun, berkelulusan Masters, bekerja di selatan tanahair dan telah pun berkahwin dengan hantaran RM20,000, barang kemas sepersalinan berserta dengan mas kahwin sebanyak RM3,000. Sabar, jangan judge apa-apa dulu. Aku asal orang utara. Yang orang selalu kata “perempuan utara ini mahal-mahal”
Yes, aku sangat terkejut bila mak dan abah aku kata duit hantaran aku mesti RM20,000. Jadi bermulalah episod aku ditolak oleh ramai lelaki yang ingin menjadikan aku suri hati mereka. Namakan saja siapa dari kerja pejabat tanah, off shore, guru atau pun pensyarah, semuanya tarik diri bila mendengar jumlah duit hantaran yang dipinta. Bila sudah cinta sesangat, aku siap pujuk mak dan abah untuk kurangkan duit hantaran.
Jawapan dorang “kalau kahwin pun nak minta kurang, macam mana nak bela anak mak” “nak dapat sesuatu kena la usaha” “senang dapat senang kena buang”
Sampaikan ada sorang mamat tu pernah kata.. ermm baik saya beli kereta kalau hantaran dah macam tu. Hadehh… Umur 25, akhirnya berjumpa seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk jadikan aku suri hati dia. Dengar je 20k, dia diam dan cakap akan cuba kumpul duit. Wahh ni lelaki pertama yang sanggup sahut syarat mak abah aku. So malam tu jugak aku call tanya dan minta restu. ”adik boleh terima dia, mak setuju tak?..dia kerja mekanik je..” Alhamdulillah mak aku setuju. Mula-mula takut jugak, sebab abg ipar 1st kerja offshore kat Vietnam, 2nd lecturer , 3rd PTD. Yang bakal suami aku mekanik cabuk je. Si dia masa tu gaji dalam 1k je tanpa kwsp,ada motor ex5 je..
Aku pulak gaji RM3k masa tu. So aku tersangat-sangat tak sangka yang mak aku approved si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu, bermulalah episode kami buat persediaan untuk masa depan. Apa kami buat? Aku punya part sediakan barang rumah siap-siap. Dari sekecil2 benda hingalah sebesar-besar benda..tv,sofa,dining table,microwave,oven,washing machine..boleh kata rumah aku tu dah lengkap la. Semua tu ak beli sikit-sikit masa belum kawin. Rumah tu memang aku yang beli. Tak ada sewa-sewa. Dia? Dia kumpul duit..memang ikat perut habis. Makan bercatu, kadang-kadang apa yang aku masak..aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik-makcik.kawan-kawan dia pernah kata “apasal mahal sangat..ada emas ke kat dia punya *** tu?” “kita ni pipit dia tu enggang,mana nak sama.. cari la perempuan lain,yang muda..yang hantaran murah-murah.. muda-muda ni senang nak beranak” “takpayah la kawin dengan orang jauh,kawin yang sama negeri, tak de la kena bayar mahal2” “hantaran ko ni include GST sekali ke sampai mahal mcm tu sekali?”
Siang kerja bengkel. Malam part time jual burger+baiki kereta sesapa yang rosak tengah2 malam. Aku memang tak bantu lansung dia kumpul duit. Dia amik masa 24 bulan untuk kumpul duit kahwin. Tempoh 2 tahun tu, nak jumpa/gayut tepon dengan si dia memang susah. Padahal kami tinggal di taman yang sama. Cuma lain2 fasa je. Rumah sewa dia kat fasa lama,rumah aku fasa baru. Ni ada sikit pesanan untuk kaum hawa. Masa lelaki tengah kumpul duit,kita yang perempuan ni jangan la buat perangai,merajuk,paksa-paksa nak jumpa, nak hadiah,nak romantik macam drama kul 7 tu and so on. Kena faham,diaorang menggunakan 200% kudrat yang ada semata-semata nak halalkan hubungan dengan kita. Perempuan masa ni kena betul-betul sabar, jangan bayangkan yang bukan-bukan,jangan pikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa.
Awal tahun 2016, dia datang merisik. Raya haji kami kawin. Jenis makayah aku,total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. So apa2-apa persiapan awal utk majlis pihak perempuan memang kena dahulukan duit pihak perempuan dulu la. Dah habis majlis, mak abah cuma ambil 2k sahaja dari amount sebenar. Aku pun pelik. Rupa2nya selebihnya tu diaorang pulangkan semula pada suami suruh guna untuk buat modal bukak bengkel sendiri.
“behind every successful man there is a woman” Alhamdulillah dengan duit hantaran+loan PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri, hire pulak 2 pekerja lagi. Ada plan jugak nak bukak pusat servis sendiri. Kami berdua memang terkejut sangat. mak mertua cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang macam tak de masa depan tu boleh jadi tauke.. aku gelak2 je..kalau nak kenangkan tempoh 2 tahun si dia usaha kumpul duit tu..allahu tak sanggup nak kenang. Tak semua makabah kejam. Ak dulu2 pun pikir makabah nak jual aku ke apa mintak smpai 20k. Rupa2nya permintaan diaorang tu bersebab. Untuk korang yang rasa marah sebab makabah minta hantaran tinggi2 tu. Aku doakan supaya makabah korang ada plan special untuk korang. Insya’allah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang. – ABANG MEKANIK,I LOVE YOU
Kenapa Bualan 'Nakal' & Pesanan Ozylnn Ini Menjadi Trending?
Siapa ikut Instagram pasangan Johan & Ozlynn? Mesti semua tahu pasangan ini sememangnya romantik bersama walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Memang suka tengok family dorang ni. Lebih lebih anak bongsu mereka, Chantiq yang memang keletah dan comel.
Menerusi laman Instagram milik mereka, Ozlynn berkongsi perbualan bersama Johan. Memang nakal betul. Ozlynn ada beri nasihat buat kaum adam. Haa nasihat apa ni? Hehe
Jangan putuskan gaya bercinta
Memula text nak belikan nasik lemak jek.. pastu melalut ke lain org tua nih… gaduh?? Uishhh ada.. dh nama laki bini.. sedangkan lidah sendiri boleh tergigit apatah lagi lidah asing2.. Tapi shuben aku ada cara dia nak memujuk.. gaduh x lama.. ktorg panggil “satu waktu” ja..
Pastu baik balik.. weh isteri mane x seronok kalau laki tetibe dok msg nyakat2 romantik.. betul.. Buat kaum adam jgn penah putuskan gaya masa bercinta tuh walaupon bini ko dh beranak pinak.. baru la isteri ko rasa semangat.. semangat nak masak memcm utk ko..
Hiburkan isteri dengan usikan manja
Berdandan untuk ko.. ah apa saja la utk ko yg bernama “suami” .. sebab isteri terasa yg suami masih bernafsu kt dia.. cer korg buat derk jek.. balik pon tak bg salam.. masok umah pon trus campak brg.. masok bilik n main fon..
Isteri ko pon makin runsing n makin serabai sb terasa diri terabai.. cer bg semangat sikit kt isteri.. penat ye jd surirumah, samada bekerja atau sepenuh masa kt umah.. jgn pandang remeh.. jd sesekali hiburkan lah isteri korg dgn usikan manja utk kembalikan semangat mcm zaman bercinta dulu ok.. dh mama nak bersiap.. papa ko dh nak balik tuh ?
Sumber : jozlynnhanania
"Lepas Ni Jangan Ada Pula Nasi Lemak Gay", Tiba-Tiba Status FB Ini Dimakbulkan Tuhan
Netizen hari ini dikejutkan dengan kisah Nasi Lemak Gay yang dibuka di sekitar kawasan Cheras. Gerai nasi lemak yang diusahakan oleh Adi Yusuf ini dibuka berhadapan dengan stesen minyak Petronas di Taman Segar, Kuala Lumpur.
Kisah yang kami kongsikan pada awal petang ini telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Adi ini yang dianggap seperti memperlekehkan agama bagi mendapat perhatian dari netizen menerusi laman-laman media sosial.
Sebelum kisah Nasi Lemak Gay ini jadi tular hari ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Tun Carlos telah berkongsi kebimbangan beliau mengenai isu peniaga LGBT ini di laman Facebook beliau.
Status yang dimuat naik oleh beliau pada 25 Mac ini berbunyi:
Lepas ni jangan hairan la kalau ada Nasi Lemak Gay ke, Nasi Lemak Pelacur ke. Allah kalau nak turun bala, Pak Lebai pun tak terkecuali. Macam kat Acheh dulu. Semua kena. Kan..sekejap sangat kita lupa.
Siapa sangka, beberapa selepas status yang muatnaik oleh beliau itu, kebimbangan beliau ini akhirnya menjadi realiti dengan tularnya kisah peniaga nasi lemak yang menggunakan nama Nasi Lemak Gay.
Berdasarkan kepada status beliau itu, beliau turut menyenaraikan Nasi Lemak Pelacur juga yang berkemungkinan akan digunakan sebagai nama perniagaan nasi lemak suatu hari nanti. Namun, setakat ini, tiada sebarang maklumat yang diketahui mengenai nama ini.
Selain itu, beberapa orang pengguna Facebook turut mengecam tindakan pemilik gerai nasi lemak ini dengan memuatnaik status seperti di bawah:
Uzair Zahid Farhan
Nasi lemak gay? Haihh tada hashtag yg lebih baik ke untuk letak pada makanan?
Yup betul x salah pun cari rezki halal. Tapi halalkah cara kita?? Matlamat x halalkan cara.. Yg tular nasi Lemak Pondan tu boleh terima lagi tapi yg ni..xboleh nk hadam dah.. Huhu maaf saya tak sempurna.. Tapi jangan la kita bangga memperlihatkan dan mengkhabarkan sesuatu yg sepatutnya rahsia antara kita dgn Tuhan. Sekian
Mohd Hasrul Hassan
Adoi pening..Macam2 org buat marketing perniagaan sekrang kan..bermula dgn nasi lemak anak dara,now!! Nasi lemak pondan,nasi lemak gay..Next may be nasi lemak lesbian,nasi lemak janda,nasi lemak duda..Tp nasi lemak gay tu da melampau kot…Serius tu marketing bunuh diri..Nak marketing pun biarlah berpada kan..Jgn smpai memalukan diri sendri dan tambah2 keluarga…Dropship/agent perfect skinz ingat ya nak promot produk jgn over sgt tau cth amik pic smbil mandi,aksi lucah smbil pegang produk,pegang produk time clubbing..Cannot ya sya owner xapprove pic macam tu utk tujuan promosi..Amik lah time pi kendri kawin ka,time lepak ngn kawn2 kat kedai makan ka,time g bercuti ka,pergi umrah ka,dlm bilik kemas blik elok2 make up lek lok baru selfie kan sopan mcm tu..kan kan kan
'Nak Tengok Beza Orang Cerdik Dengan Orang Bangang?'
Boleh dikatakan, semenjak King Coco sudah berbadan dua ini, populariti instafamous itu semakin berkurangan berbanding dengan sebelum-sebelum ini.
Farah Elmo atau lebih dikenali sebagai Mami |
Setelah aksi Mami sedang leka menari semasa menggunakan applikasi Bigo Live jadi tular di laman media sosial, Mami telah memuatnaik status ke laman Facebook beliau untuk menerangkan perkara sebenar mengenai video terbabit.
Menurut beliau, video tersebut dimuatnaik semasa beliau menyertai pertandingan melawak dan ianya merupakan sebuah aksi spontan.
Status yang dimuatnaik oleh beliau pada 27 Mac ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan di antara yang menarik perhatian kami adalah komen yang ditinggalkan oleh Siti Norbaizura ini.
Nak tengok beza orang cerdik dengan orang bangang, kau bezakan farah elmo dengan natasya qisty. Natasya dapat 9a’s bijak and lawa. Bila kena kecam sebab pakai make up lawa lawa je terus deactivate media social sebab malu, sedangkan bukan kesalahan pun make up. Ni si perempuan ni, buat video bodoh,bila orang kecam,lagi banyak video bodoh keluar. Oh lupa, dia takde achivement ape ape untuk orang kenal dia, jadi bangang je dia mampu.
Nampak perbezaan?
Komen yang setakat ini telah mendapat lebih 1,178 likes ini turut mendapat perhatian daripada netizen-netizen lain yang rata-ratanya bersependapat dengan beliau mengenai hal ini.
Untuk makluman, Natasya Qisty merupakan seorang pelajar cantik yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini di mana kisahnya ditularkan oleh media-media tempatan.
Natasya Qisty |
Natasya Qitsy kemudiannya mengambil keputusan untuk memadamkan segala akaun media sosial beliau setelah beliau teruk dikecam oleh haters yang mencemburui kecantikan dan kepintaran yang dimiliki beliau.