728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 16 March 2017

    21 Tanduk Badak Sumbu Bernilai RM22.24 Juta Dirampas Thailand



    Pihak berkuasa kastam Thailand semalam merampas 21 tanduk badak sumbu, dianggarkan bernilai hampir AS$5 juta (RM22.24 juta) iaitu rampasan terbesar seumpamanya di negara itu.



    Thailand menjadi tempat persinggahan utama dagangan beberapa spesies haiwan terancam sebelum dihantar ke negara lain.



    Rampasan hampir 50 kilogram tanduk badak sumbu itu dibuat beberapa hari selepas gading gajah seberat 300 kilogram dirampas, serta susulan penemuan hampir tiga tan kulit tenggiling untuk dieksport ke Laos.



    “Ia adalah rampasan terbesar tanduk badak sumbu dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun,” kata Pengarah Jabatan Perlindungan Fauna dan Flora Thailand, Somkiat Soontornpitakkool.



    Tanduk badak sumbu itu ditemui dalam bagasi dihantar dari Habsyah ke Thailand. Polis berkata, dua wanita tempatan yang berkunjung dari Vietnam dan Kemboja untuk mengambil bagasi itu melarikan diri apabila ia perlu menjalani pemeriksaan rambang.



    Waran kini dikeluarkan untuk menangkap mereka. – REUTERS

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 21 Tanduk Badak Sumbu Bernilai RM22.24 Juta Dirampas Thailand Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top