728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 23 March 2017

    10 Negara Paling 'Ignorant' Di Dunia



    Pada Disember 2016, Independent UK menerbitkan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Ipsos MORI, sebuah syarikat penyelidikan pasaran, tentang ‘2016 Index of Ignorance’ atau ‘Indeks Kejahilan 2016’.
    Ipsos MORI membuat kaji selidik melibatkan 27,250 orang berusia 16 hingga 64 tahun, menguji pengetahuan mereka tentang negara sendiri.
    Kajian ini dijalankan pada September sehingga November 2016. 40 negara terlibat, di mana dianggarkan kira-kira 500 sehingga 1,000 orang diuji daripada setiap negara.
    Soalan-soalan termasuklah jumlah populasi negara, perbelanjaan penjagaan kesihatan negara, pemilikan rumah dan bilangan Muslim di negara mereka.
    Keputusan menunjukkan tiada kaitan di antara kekayaan dan ‘kejahilan’.
    Amerika Syarikat, salah satu ekonomi paling kaya di dunia tergolong dalam 10 negara paling jahil.
    Manakala Malaysia yang masih rancak membangun, tergolong dalam 10 negara paling ‘sedar’.

    10 negara paling jahil

    10 negara paling jahil (ignorant), mengikut susunan, adalah:
    1. India
    2. China
    3. Taiwan
    4. Afrika Selatan
    5. Amerika Syarikat
    6. Brazil
    7. Thailand
    8. Singapura
    9. Turki
    10. Indonesia

    10 negara paling sedar

    10 negara paling sedar atau ‘least ignorant’, mengikut susunan, adalah:
    1. Belanda
    2. United Kingdom
    3. Korea Selatan
    4. Republic Czech
    5. Malaysia
    6. Australia
    7. Jerman
    8. Itali
    9. Norway
    10.Sweden

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 10 Negara Paling 'Ignorant' Di Dunia Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top