Jenazah Abang Suhaili Abang Yakub, seorang guru yang lemas di Sungai
Bulin dekat sini petang semalam ditemui pasukan mencari dan menyelamat
selepas waktu Isyak malam semalam. Mayat mangsa yang masih lengkap
berpakaian ditemui tidak jauh dari tempat mangsa lemas ketika cuba
berenang menyeberangi sungai berkenaan.
Jenazah mangsa dibawa ke
Hospital Betong untuk bedah siasat. Pada Ahad, jam 2 petang mangsa yang
dikenali sebagai ’Cikgu Kawan’ turun menjala bersama seorang lagi
rakannnya.
Ketika kejadian berlaku, mangsa cuba untuk menyeberangi
sungai berkenaan yang berarus deras akibat hujan yang berlaku malam
sebelumnya.
Rakannya cuba melarang mangsa daripada menyeberangi sungai,
tetapi tidak diendahkan. Sejurus itu, ketika menghampiri pertengahan
sungai, mangsa tenggelam dan rakannya sempat melihatnya terkapai-kapai
meminta tolong dan akhirnya tenggelam dihanyutkan air deras.
Operasi
pencarian melibatkan lima anggota polis, lima anggota JBP, 10 anggota
JPAM, 10 petugas RELA serta masyarakat kampung dengan menggunakan empat
buah bot. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, James Whelan turut
serta.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci