Saturday, 6 June 2015

#Nothingtohide Konspirasi KJ Untuk Malukan PM?

Wujud konspirasi dari pihak penganjur SukaGuam dan Pemuda UMNO untuk memalukan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Nothing To Hide yang dibatalkan atas perintah pihak polis pagi tadi berikutan isu keselamatan.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Ahmad dikatakan adalah penyokong setia Khairy Jamaludin.

Konspirasi ini jelas dari kenyataan berdolak dalik penganjur berhubung kehadiran Mahathir ke program tersebut.  Dalam beberapa kenyataan sebelum ini, penganjur mengatakan Mahathir dijemput tapi dalam sidang media yang diadakan selepas pembatalan tersebut, penganjur menafikan pula Mahathir memang telah dijemput.

Penafian ini satu perkara yang lucu  kerana kerusi untuk Mahathir duduk pun telah disediakan, bagaimana pula kata Mahathir tidak dijemput?  Ini juga bukan program terbuka, hanya peserta dengan kad jemputan sahaja yang dibenarkan masuk.
Di samping itu, tindakan penganjur juga membenarkan Mahathir mengambil alih majlis tersebut bila diumumkan Perdana Menteri tidak hadir, apa pulak tujuannya tu?  Ini bukan program Mahathir, tapi program Perdana Menteri bersama NGO.

Mahathir sepatutnya datang sebagai peserta, bukan rampas majlis itu jadi majlis dia.  Inikan program dialog, bukan ceramah perdana yang Mahathir nak berucap apa bagai.

asas2020.blogspot.com

http://asas2020.blogspot.com/2015/06/nothingtohide-konspirasi-kj-untuk.html#more

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci