728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 9 August 2014

    Pencarian Berlian £12,000 Jatuh Dari Langit

    SEBUTIR berlian bernilai £12,000 (RM64,653.61) yang dijatuhkan dari langit pada ketinggian 100,000 kaki, 'mendarat' di lokasi misteri di sekitar sebuah perkampungan kecil di Lincolnshire, England.
    Menariknya adalah berlian itu akan menjadi milik sesiapa yang dapat menemuinya.
    Benar, individu bertuah akan memiliki batu berlian dengan 1.14 karat itu.
    "Sesiapa yang menemui berlian kami sememangnya boleh memilikinya, maka kami menggalakkan orang awam untuk keluar dan memulakan pencarian," kata Tobias Kormind, pengasas kepada syarikat berlian itu.
    Berlian itu diikat pada sebulan belon diisi gas helium pada minggu ini dan dilancarkan ke angkasa lepas dari sebuah padang di Derbyshire, England sebagai sebahagian daripada aksi publisiti pembekal emas, 77 Diamonds untuk menarik perhatian ramai. - metro.co.uk
    http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/08/08/berlian-12000-pound/

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pencarian Berlian £12,000 Jatuh Dari Langit Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top