GENEVA: Angka kematian di kawasan konflik di timur Ukraine meningkat kepada sekali ganda dalam tempoh dua minggu menjadikan jumlah keseluruhan 2,086 orang, kata pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
Menurut pejabat pesuruhjaya itu, bilangan itu termasuk sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak.
Jumlah setakat 10 Ogos itu meningkat hampir sekali ganda berbanding 1,129 kematian pada 26 Julai, dan ia dianggap sebagai "amat konservatif, kata pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB. - AFP
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/08/13/jumlah-kematian-ukraine/
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci