Menurut laporan media, kumpulan itu yang baru menamatkan pengajian di sebuah institut hospitaliti di Thane, Maharashtra, terkandas di Malaysia selepas agensi mencari pekerjaan yang mendapatkan pekerjaan untuk mereka disenarai hitam dan mereka kemudiannya dibuang kerja.
Laporan itu turut mendakwa kumpulan itu diberi visa yang tidak membolehkan mereka terus bekerja di Malaysia.
Sehubungan itu, mereka menghubungi Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dan memohon dihantar pulang segera ke India, menurut laporan itu.
"Tugas kami adalah untuk mempermudahkan pelbagai formaliti melibatkan imigresen Malaysia dan mengambil langkah susulan dengan pihak berkuasa Malaysia," laporan itu memetik Singh sebagai berkata dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu.

No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci