PULUHAN ribu orang berkumpul dalam kepiluan bagi mengenang tragedi bom atom yang pernah meranapkan Hiroshima dan Nagasaki 69 tahun lalu di Jepun.
Perhimpunan itu diadakan ketika sentimen rakyat negara itu semakin membara dengan semangat antinuklear.
Ribuan mangsa bom atom yang kini berusia lanjut, saudara-mara mangsa, pegawai kerajaan dan delegasi asing – termasuk Duta Amerika Syarikat di Jepun, Caroline Kennedy – menghadiri majlis berkenaan.
Semua peserta kemudian bertafakur ketika jam tepat menunjukkan pukul 8.15 pagi di Jepun (7.15 pagi waktu Malaysia) – detik yang sama bom atom digugurkan tentera AS menggegarkan Hiroshima dalam Perang Dunia Kedua lalu.
Pada 69 tahun lampau sebuah kapal terbang B-29 milik AS yang dinamakan Enola Gay menggugurkan bom atom di Hiroshima sekali gus membuka satu daripada babak terakhir Perang Dunia Kedua.
Dianggarkan kira-kira 140,000 prang terbunuh akibat bom berkenaan menjelang Disember 1945.
Tiga hari kemudian bandar pelabuhan Nagasaki turut mengalami nasib sama dan kira-kira 70,000 orang maut.
Jepun kemudian menyerah diri pada 15 Ogos 1945 dan menamatkan sama sekali perang berkenaan.
Minggu lalu media AS melaporkan kru terakhir Enola Gay yang masih hidup, Theodore Van Kirk, meninggal dunia pada usia 93 tahun. Dia dijadual dikebumikan di tanah kelahirannya di Northumberland, Pennsylvania, hari ini.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci