728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 9 August 2014

    Benzema Kekal Bersama Real Madrid

    MADRID: Penyerang Perancis, Karim Benzema mengakhiri spekulasi mengenai masa depannya selepas menandatangani kontrak baharu untuk terus bersama gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.

    Kenyataan itu diumumkan juara Eropah itu, awal pagi Khamis.

    Menurut kenyataan pasukan itu, kontrak Benzema akan dilanjutkan sehingga Jun 2019.

    “Real Madrid mengumumkan melanjutkan kontrak Karim Benzema bersama kelab ini sehingga 30 Jun 2019, untuk lima musim lagi," kata kenyataan itu.

    Kontrak sedia ada Benzema dijadualkan tamat pada musim panas depan.

    Penyerang berusia 26 tahun yang beraksi bersama Perancis di Piala Dunia Brazil berhijrah ke ibu kota Sepanyol itu dari Lyon pada 2009.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Benzema Kekal Bersama Real Madrid Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top