Tuesday, 26 August 2014

Lima Polis Suspek Kes Jual Kereta Curi, Dihantar Ke Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Lima anggota polis yang dipercayai cuba menjual kereta hasil samun daripada seorang warga Indonesia akan dihantar ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, berdasarkan semakan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kecurian kenderaan itu dilaporkan di negeri itu.

"Siasatan awal akan dijalankan di Kuala Lumpur...kita akan hantar kesemua suspek ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin di sini, Selasa.

Media melaporkan lima anggota polis ditahan selepas dipercayai cuba menjual sebuah kereta mewah yang disamun daripada seorang lelaki warga Indonesia, yang disyaki terbabit dalam jenayah pecah rumah dan curi kenderaan.

Anggota polis itu yang berusia lingkungan 20-an dan bertugas di Cawangan Khas serta Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditangkap di tempat berasingan kelmarin dan semalam.

Sementara itu, Tajuddin berkata, kompleks baharu IPD Cheras berkeluasan 22,043 meter persegi itu dibina awal Disember 2010 dan siap sepenuhnya 31 Mac tahun lepas.
Tambahnya, bangunan setinggi tiga tingkat itu beroperasi sepenuhnya awal Januari lepas.

Wednesday, 13 August 2014

Murid Tahun Dua Maut Tercampak Dari Kereta Dipandu Ibu

IPOH: Seorang murid lelaki berusia lapan tahun maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu ibunya dalam kemalangan di Kilometer 1, Bagan Tiang, Jalan Tanjung Piandang, Parit Buntar, dekat sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Asisten Komisioner Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian pada 7.15 pagi itu, Muhammad Ilham Zaki Saaidi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Mat Fauzi ketika kejadian, mangsa yang merupakan murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Tanjung Piandang itu sedang dalam perjalanan ke sekolah menaiki kereta yang dipandu ibunya Sharifah Mohd. Yusop, 39 tahun.

"Ketika tiba di tempat kejadian kereta Proton Saga Aeroback yang dipandu ibu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Semasa kereta itu terbalik, cermin pada bahagian kiri sebelah penumpang dipercayai telah pecah dan mengakibatkan mangsa tercampak keluar sebelum dihempap kenderaan tersebut, kata Mat Fauzi.

Beliau berkata, sebelum itu, kereta terbabit telah terlanggar dawai penyokong tiang elektrik di tepi jalan dan ia menyebabkan si ibu gagal mengawal kenderaannya.

Bagaimanapun, ibu mangsa yang tersepit di tempat pemandu tidak mengalami kecederaan.

Mayat dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/08/13/murid-maut-tercampak/


Along Eyzendy Mengaku Ditahan Dalam Operasi Polis

SUBANG JAYA: Pelakon Along Eyzendy menjelaskan dia merupakan antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee, dekat sini, pada 20 April lalu.

Bagaimanapun, Along memberitahu dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti sosial termasuk dadah dan telah dilepaskan oleh pihak berkuasa selepas mendapati ujian air kencingnya adalah negatif.

Along atau nama sebenarnya Eyzendy Aziz, 35, berkata, dia berada di lokasi kejadian untuk menemani seorang rakan yang merupakan pembantu produksi bagi mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan penggambaran drama.

"Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

"Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan," ujarnya ketika ditemui mStar Online, pada previu telefilem Kem Cuci Tangandi sini, pada Selasa.

Along berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar sebelum ini mengenai seorang pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan bersama 41 individu dalam Ops Cantas Khas Polis Daerah Dang Wangi, di sebuah premis hiburan di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

Turut ditahan bersama pelakon itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.

Dalam pada itu, Along mengakui enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara ini ketika dihubungi pihak media adalah bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi lebih panjang.

"Saya baca di blog-blog yang menulis berita tentang itu, ada yang menambah-nambah hingga mendakwa saya terlibat dengan gejala tidak bermoral itu. Saya bukan kaki kelab malam, saya hanya pergi atas urusan tertentu sahaja.

"Saya tidak mahu komen kerana saya tidak mahu orang cakap tentang perkara ini, lagi pula ia tidak ada sebarang kes pun terhadap saya," ujarnya.

Along bersama barisan pelakon utama dalam telefilem Kem Cuci Tangan.

Sementara itu, Along berkata, biarpun perkara tersebut tidak menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keluarganya di kampung.

Katanya, ibu antara orang yang paling bimbang apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.

"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.

"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif," ujarnya.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/08/13/along-ezendy--mengaku-ditahan/

Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat

PETALING JAYA: Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.

“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya.

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim, 59, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak pada Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.

Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun.

Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung.

Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior.

Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian.

Sementara itu Bernama melaporkan, Habirah memberitahu suaminya itu sudah lama menghidap penyakit jantung namun tidak menyangka arwah akan meninggalkannya dalam masa terdekat.

"Arwah berhajat mahu makan nasi kandar di sebuah restoran kegemarannya di Sungai Petani, dan kami baru sahaja pulang dari sana kira-kira 1.30 tengah hari tadi," katanya kepada pemberita di rumahnya, pada Rabu.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/08/13/maidin-meninggal-dunia/

Pelanggan Restoran Pizza Diusir Keluar, Tukar Lampin Anak Di Meja Makan

SEORANG ibu diusir keluar dari sebuah restoran pizza kerana menukar lampin kotor anak perempuannya di meja makan.
Miranda Sowers dan tiga anaknya diusir keluar dari Brother's Pizza Express di Spring, Texas, selepas dia bertindak menukar lampin anak perempuannya yang berusia empat bulan di meja makan.
Ketika kejadian, Sowers sedang menjamu selera bersama anak-anaknya di restoran berkenaan.
Bercakap kepada stesen berita Texas, KHOU, dia pada awalnya membawa anaknya ke tandas di restoran berkenaan tetapi mendapati ia tiada ruang penukaran lampin.
"Saya mempunyai pelapik saya sendiri, dia (anak) kecil, muat di atas kerusi. Jadi, saya cepat baringkan dia dan menukarkan lampin secara diam-diam," katanya.
Pengurus restoran, Donny Lala berkata, pekerjanya membuat keputusan tepat mengusir wanita itu.
"Sebaik sahaja anda membuka lampin itu, pelanggan-pelanggan mula mengadu mengenai bau busuk. Pelanggan muntah (kerana bau busuk) adalah perkara terakhir yang saya mahu dengar," katanya kepada Sowers.
Sowers bagaimanapun tidak membiarkan insiden diusir dari restoran tersebut begitu sahaja, sebaliknya dia memfailkan aduan dengan Biro Perniagaan Lebih Baik. - mirror.co.uk
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/08/13/ibu-diusir-keluar/

Konflik Ukraine: Angka Kematian Kini 2,086 Orang

GENEVA: Angka kematian di kawasan konflik di timur Ukraine meningkat kepada sekali ganda dalam tempoh dua minggu menjadikan jumlah keseluruhan 2,086 orang, kata pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
Menurut pejabat pesuruhjaya itu, bilangan itu termasuk sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak.
Jumlah setakat 10 Ogos itu meningkat hampir sekali ganda berbanding 1,129 kematian pada 26 Julai, dan ia dianggap sebagai "amat konservatif, kata pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB. - AFP
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/08/13/jumlah-kematian-ukraine/

Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat transaksi yang mencurigakan membabitkan akaun bank milik empat penumpang MH370.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany berkata, sejak kehilangan pesawat itu, sebuah bank tempatan melaporkan sejumlah RM111,000 dikeluarkan daripada akaun milik empat penumpang pesawat itu.
"Bank berkenaan menyedari sejumlah wang telah dikeluarkan daripada akaun terbabit pada 18 Julai lalu.
"Pihak bank menjalankan siasatan dalaman sebelum membuat laporan polis pada 2 Ogos lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.
mstar online

Shamsul Iskandar Mohon Maaf Kepada Jamil Khir, Kes Saman Selesai

KUALA LUMPUR: Kes saman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan fitnah terhadapnya, selesai selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu membuat permohonan maaf.

Shamsul Iskandar, dalam kenyataannya yang dibacakan di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin pada Jumaat menyatakan kesal dengan pernyataan yang dibuatnya berhubung isu permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah disalah erti dan menimbulkan kekeliruan sehingga wujud persepsi negatif terhadap Jamil Khir.

Dalam kenyataan itu, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil memohon maaf terhadap Jamil Khir atas segala kekeliruan dan salah tanggapan yang timbul daripada pernyataan yang dibuatnya.

Peguam Adnan Seman
http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2014/08/08/shamsul-jamil/

Tian Chua Mengaku Tak Bersalah Sebut Perkataan Aibkan Polis

PETALING JAYA: Anggota Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebut perkataan yang mengaibkan seorang pegawai polis.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, didakwa menyebut perkataan tersebut kepada pegawai polis Petaling Jaya, DSP Glenn A. Sinappah bertujuan mengaibkan kehormatannya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama lobi Hotel Armada, pukul 7.45 malam, 14 April lalu.

Tian Chua didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dengan mengambil kira faktor kedudukan dan kewangan tertuduh.

Peguam Michelle Yesudas yang mewakili Tian Chua memohon agar jumlah jaminan itu dikurangkan kepada RM500 atas alasan jaminan hanya bertujuan memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah pada tarikh akan datang.

"Anak guam saya juga menghadapi kes-kes lain yang masih belum selesai di Mahkamah Jalan Duta (Kuala Lumpur)," katanya.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan Tian Chua dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula. Tian Chua membayar jaminan itu.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2014/08/12/tian-chua-aib-polis/

Pelajar Diancam Kerana 'Like' Facebook 'I Love Israel'

PETALING JAYA: Beberapa pelajar dan guru-guru di Pulau Pinang didakwa mengancam untuk memboikot pelajar yang menekan butang 'like' pada laman Facebook 'I Love Israel'.

Status seorang guru didakwa menunjukkan dia dan rakan-rakan Facebooknya menyerang pelajar yang menekan butang 'like' di laman tersebut. 

"Pelajar saya suka Israel? Saya malu," kata guru tersebut dari sebuah sekolah di Simpang Ampat, dalam Bahasa Melayu.

Kemaskini statusnya itu menyebabkan rakan-rakannya seolah-olah menyerang pelajar berkenaan, dengan salah seorang daripadanya menggesa supaya dia disiksa.

"...Kita boikot saja budak ini. Saya sebagai guru tidak pernah kenal pelajar ini. Mulai sekarang dan selepas ini, boikot, jangan kawan atau berkomunikasi dengannya," kata seorang lagi guru.

Ini diikuti oleh komen daripada guru wanita yang didakwa berkata: "Kita bakar dia hahaha."

Jurucakap keluarga berkata, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu takut nyawanya terancam dan takut untuk ke sekolah pada minggu ini.

"Dia tidak mendapat apa-apa panggilan telefon yang mengancamnya, tetapi terdapat beberapa rakan-rakannya memberitahu bahawa terdapat beberapa lelaki yang ingin memukulnya," kata jurucakap itu.

Katanya, pelajar itu sebenarnya tidak benar-benar 'suka' halaman Facebook tertentu, dan berpandangan bahawa ia (like) mungkin berlaku secara automatik.

Katanya, pelajar-pelajar lain juga mendapati Facebook mereka menunjukkan bahawa mereka 'suka' akaun Facebook 'I Love Israel' tanpa persetujuan mereka.

Tambahnya, dia dan keluarga pelajar berkenaan baru sahaja bertemu dengan penolong kanan sekolah yang berjanji bahawa tindakan akan diambil.

Laporan tersebut, katanya, juga telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan daerah.

Laporan dibuat di Balai Polis Bandar Tasek Mutiara pada Isnin.

Percubaan untuk mendapatkan penolong kanan sekolah bagaimanapun tidak berjaya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/08/12/pelajar-like-israel/

Penguat Kuasa SPAD Diugut, 'Dilarikan' Pemandu 'Prebet Sapu'

RAWANG: Dua anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diugut dan 'dilarikan' pemandu 'prebet sapu' yang berang kerana kegiatannya di sekitar Rawang dikesan pihak berkuasa itu.

Kejadian itu berlaku sebaik kedua pegawai terbabit memperkenalkan diri dan memaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukan kerana memberi khidmat teksi secara haram.

Salah seorang penguat kuasa berkenaan, Mohd Hafezffuddin Mohd Apandi, 26, ketika dihubungi mStar Online berkongsi pengalamannya bersama rakan setugasnya, Nor Azean Hashim, 26, ketika diugut dan dibawa 'lari' melalui sebuah kampung selama hampir 10 minit.

"Pemandu itu ugut kami dan kata 'jangan main gila, aku nak bawa gi port aku' sambil beritahu dia pernah berulang kali masuk penjara.

"Demi keselamatan, kami cuba memujuk dia untuk menurunkan kami di sebuah stesen minyak. Bagaimanapun, selepas kira-kira 10 minit dia menurunkan kami di tepi jalan berdekatan sebelum memecut kenderaannya," katanya.

Tambah Mohd Hafezffuddin, lelaki berkenaan yang berusia dalam lingkungan 50an, berbadan tegap dan berkulit gelap itu turut mendakwa dirinya adalah bekas tentera.

"Kami bagaimanapun sempat mendapatkan nombor plat pendaftaran kenderaannya dan membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dua pegawai berkenaan terbabit dalam Ops Tegas pada Selasa.

Katanya, ketika kejadian dua pegawai berkenaan melakukan penyamaran sebagai penumpang dalam operasi penguatkuasaan dari Stesen KTM Rawang ke Taman PKNS di sini.

Che Hasni berkata, kedua-dua anggota penguat kuasa berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Rawang di sini.

Mengenai Ops Tegas pada Selasa, katanya, operasi yang bermula dari pukul 3.30 petang dan membabitkan 54 anggota merekodkan 11 kes iaitu lapan pemandu teksi tidak menggunakan meter, dua prebet sapu dan satu kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Bagi kesalahan tidak menggunakan meter mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, jika didapati bersalah akan didenda tidak kurang RM100,000 dan tidak lebih RM500,000, atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan teksi sapu, kita akan dakwa mengikut Seksyen 16, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 dan keretanya akan dilucutkan (hak)," kata Che Hasni.

Beliau berkata, sejak Ops Tegas dilancarkan Jun 2011 sehingga Julai tahun ini, sebanyak 6,079 kesalahan direkodkan membabitkan pemandu teksi.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/08/12/ugut-spad/

Sheera Iskandar Dituduh Riak Kerana Bertudung

PETALING JAYA: Pelakon Sheera Iskandar memberitahu selepas membuat keputusan untuk bertudung pada Ramadan lalu, ada segelintir pengikutnya di Instagram memberi komen-komen berbau negatif.

Sheera, 29, berkata, dia juga dianggap riak kerana dilihat seperti sengaja ingin menunjukkan penghijrahannya itu kepada umum walaupun dia sebenarnya tidak pernah membuat pengumuman sudah berubah imej.

"Sebenarnya saya nak bagi komen kepada awak (mStar Online) pun takut kerana risau dengan pelbagai tanggapan masyarakat. Rasa kurang manislah bila orang memberi persepsi negatif pada kita.

"Lagipun saya tidak pernah membuat sebarang pengumuman (untuk bertudung), sekadar memuat naik foto saya seperti biasa di Instagram. Ada yang memberi komen buruk kononnya saya riak.

"Ada juga memberi komen bersifat sindiran dengan kata-kata seperti 'nak pakai tudung, pakai betul-betul. Jangan nak gembar-gembur'. Rasa tak senang hati pula bila orang komen begitu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Sheera Iskandar

Bagaimanapun, tambah Sheera, kebanyakan peminatnya menyokong perubahan itu dan dia berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan dirinya.

Sementara itu, Sheera menganggap perubahan itu adalah perkara wajib untuk dia bertudung kerana peranannya sebagai wanita beragama Islam.

"Diakui terdapat beberapa dugaan selepas saya memakai tudung tetapi saya percaya semua ini ada hikmahnya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sheera kini muncul menerusi drama Jalan Kembali, di saluran TV2, setiap Isnin, pukul 9 malam.

"Ketika penggambaran drama itu, saya masih belum bertudung. Diharap peminat tidak terkejut apabila melihat 
-mStar Online
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/08/13/sheera-iskandar-dituduh-riak/

Along Eyzendy Mengaku Ditahan Dalam Operasi Polis

SUBANG JAYA: Pelakon Along Eyzendy menjelaskan dia merupakan antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee, dekat sini, pada 20 April lalu.

Bagaimanapun, Along memberitahu dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti sosial termasuk dadah dan telah dilepaskan oleh pihak berkuasa selepas mendapati ujian air kencingnya adalah negatif.

Along atau nama sebenarnya Eyzendy Aziz, 35, berkata, dia berada di lokasi kejadian untuk menemani seorang rakan yang merupakan pembantu produksi bagi mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan penggambaran drama.

"Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

"Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan," ujarnya ketika ditemui mStar Online, pada previu telefilem Kem Cuci Tangandi sini, pada Selasa.

Along berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhir sebelum ini mengenai seorang pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan bersama 41 individu dalam Ops Cantas Khas Polis Daerah Dang Wangi, di sebuah premis hiburan di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

Turut ditahan bersama pelakon itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial
.

Dalam pada itu, Along mengakui enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara ini ketika dihubungi pihak media adalah bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi lebih panjang.

"Saya baca di blog-blog yang menulis berita tentang itu, ada yang menambah-nambah hingga mendakwa saya terlibat dengan gejala tidak bermoral itu. Saya bukan kaki kelab malam, saya hanya pergi atas urusan tertentu sahaja.

"Saya tidak mahu komen kerana saya tidak mahu orang cakap tentang perkara ini, lagi pula ia tidak ada sebarang kes pun terhadap saya," ujarnya.
Sementara itu, Along berkata, biarpun perkara tersebut tidak menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keluarganya di kampung.

Katanya, ibu antara orang yang paling bimbang apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.

"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.

"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif," ujarnya.

-mstar online
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/08/13/along-ezendy--mengaku-ditahan/

Sunday, 10 August 2014

Mangsa Culik Warga Bangladesh Ditemui Mati Di Bukit Gambir

GEORGE TOWN:  Seorang daripada dua warga Bangladesh yangdilapor diculik sekumpulan lelaki warga Myanmar ditemui mati di Bukit Gambir pada Ahad.  

Ketua Polis Daerah Timur Laut  Asisten Komisioner Polis (ACP) Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa berusia 39 tahun itu ditemui pukul 1.30 petang dalam keadaan bogel serta mukanya ditutup dengan baju dan kesan jerutan di leher.  

"Pada pukul 2 petang Sabtu polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Bangladesh mengatakan dia dan seorang lagi rakannya telah diculik dan dibawa ke atas bukit berkenaan.  

"Mangsa turut mendakwa kumpulan penculik terbabit meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 daripada rakan-rakannya," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, Ahad,".

Katanya, lelaki bernama Mozibur Rahman, 33, itu berjaya melepaskan diri pada pukul 6 pagi Sabtu dan mendakwa diculik sekumpulan lelaki warga Myanmar sejak Khamis lepas.  

Mior Faridalathrash berkata susulan itu polis bersama beberapa rakan warga asing berkenaan melakukan gerakan mencari sehingga pukul 7.30 malam Sabtu namun gagal menemui mangsa. 

Pada hari kejadian Mozibur Rahman dikatakan dihubungi seorang lelaki dipercayai warga Myanmar yang meminta bantuannya untuk membuat kabinet dapur kira-kira pukul 8.30 malam. 

Mereka kemudiannya bertemu di hadapan sebuah flat di Bukit Jambul di sini sebelum datang tiga lelaki menaiki sebuah kereta yang menyamar sebagai polis dan meminta pasport mangsa untuk diperiksa, katanya.  

Tiga lelaki yang juga dipercayai warga Myanmar itu kemudiannya memperdaya mangsa menaiki kereta itu untuk dibawa ke balai polis selepas mendakwa pasport yang dimiliki adalah palsu.  

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa telah mati dalam tempoh kurang daripada 24 jam dan pihaknya telah memanggil seramai 20 rakan warga asing berkenaan untuk membantu siasatan.  

"Lokasi kejadian agak curam dan berbukit-bukit dan polis turut meminta bantuan bomba untuk menurunkan mayat mangsa," katanya. 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/08/10/mangsa-culik-bangla/

Pesawat AS gugurkan makanan, air

BAGHDAD - IRAQ. Tiga pesawat milik Amerika Syarikat menggugurkan makanan dan air di puncak Gunung Sinjar, utara Iraq, semalam.

Menurut laporan Al Jazeera/AFP, tindakan itu dilakukan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada lebih 40,000 golongan minoriti Yazidi yang kini terperangkap di kawasan itu selepas dijadikan sasaran terbaharu kumpulan Negara Islam (IS).

Jurucakap Pentagon John Kirby berkata, tindakan itu dibuat bagi menyelamatkan mangsa yang terkandas sejak enam hari lalu.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat dunia supaya membantu golongan ini daripada menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai.

“Dianggarkan lebih 50,000 penduduk Yazidi terperangkap di atas Gunung Sinjar selepas melarikan diri. Lebih setengah juta penduduk menjadi pelarian sejak serangan dua bulan lalu.

Sementara itu, Menteri Hak Asasi Manusia Kamil Amin berkata, kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun dan wanita Yazidi dilaporkan diculik oleh askar IS.

Sumber perisikan AS pula mendedahkan, ratusan wanita Yazidi yang diculik dan dipenjarakan itu dijual atau dikahwinkan dengan askar IS yang kini menguasai Mosul dan sedang cuba menawan Baghdad. - Al Jazeera/AFP
http://www.sinarharian.com.my/global/pesawat-as-gugurkan-makanan-air-1.306277

Adam, Fiza rujuk kembali

RAMADAN lalu memberi rahmat kepada pasangan selebriti, Fiza Elite dan Adam AF yang kembali bersama 17 Julai lalu selepas bercerai pada 28 April lalu.
Memetik laporan media, pasangan ini dikhabarkan telah mendaftarkan rujuk semula perkahwinan mereka di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Shah Alam, Selasa lalu jam 11 pagi.
Sebelum ini, Adam dan Fiza sah bercerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah setelah tujuh bulan mendirikan rumah tangga.
Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September tahun lalu.

Pesawat Terhempas Di Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran

RIYADH: Sebuah kapal terbang membawa 40 penumpang dan lapan anak kapal terhempas di kawasan perumahan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran, pagi Ahad, agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan, memetik jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Iran dan wartawannya sendiri.
Laporan awal menyatakan 34 penumpang, termasuk kanak-kanak, terbunuh dalam kemalangan itu.
Terdapat lapan mangsa yang dilaporkan tercedera, menurut laporan dnd.com.pk.
Pesawat penerbangan Taban Air itu berlepas ke Tabas, di timur laut Iran dan terhempas di blok kediaman Azad di Mina 6 Boulevard, menurut laporan, namun terdapat saksi yang menyatakan ia berlaku di kawasan terbuka zon ketenteraan yang dimiliki Industri Pertahanan Iran yang terletak 6km dari timur lapangan terbang.

IRNA melaporkan bahawa enjin yang terhenti menyebabkan berlakunya kemalangan.

Sektor penerbangan Iran telah mengalami kemalangan yang berulang-ulang yang mana ahli politik Iran sering mengaitkannya dengan sekatan antarabangsa.

SEkatan termasuklah menghadkan syarikat penerbangan Iran daripada membeli pesawat baharu.

Selama bertahun-tahun, pesawat-pesawat dapat meneruskan perkhidmatan melalui bahagian-bahagian alat ganti yang diimport di pasaran gelap, atau dikeluarkan semula di dalam negara, menurut sumber penerbangan.

Empat syarikat penerbangan Iran - Iran Air, Iran Aseman Airlines, Mahan Air dan Iran Air Tours kesemuanya mempunyai purata umur pesawat di atas 22 tahun, lapor media Iran.

Mereka memberikan khidmat kepada pasaran yang terdiri daripada 76 juta orang.

Syarikat-syarikat AS, Boeing Co and General Electric Co berkata mereka sedang berusaha untuk mengeksport bahagian-bahagian alat gantian untuk Iran di bawah perjanjian untuk melegakan sekatan.

Ketua Iran Air berkata syarikat penerbangan itu memerlukan sekurang-kurangnya 100 pesawat penumpang apabila sekatan terhadap negara itu ditarik balik.

Mehrabad terletak di pinggir bandar barat Tehran dan memainkan fungsi utamanya sebagai lapangan terbang domestik, walaupun ia juga menawarkan khidmat untuk beberapa laluan antarabangsa.
-mStar Online

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/08/10/pesawat-terhempas/