BUKIT MERTAJAM: Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan kes seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang, di sini Ahad lepas.
Jurucakap polis berkata lima lelaki berusia antara 23 dan 25 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Butterworth, di sini sejak Jumaat hingga awal pagi Sabtu.
"Berdasarkan maklumat dan risikan, polis mengesan seorang daripada mereka lewat malam tadi sebelum menahan empat rakannya secara berasingan di sekitar Butterworth, dekat sini bagi membantu siasatan.
"Mereka dipercayai anggota kumpulan yang memang aktif menyamun mangsa terutama ketika awal pagi dan rekod juga menunjukkan kumpulan itu turut terlibat dengan beberapa kes di Kuala Lumpur," katanya di sini.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun tersebut bersama seorang kawan wanita warga asing berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai, diserang empat lelaki ketika berehat di situ.
Suspek yang pada mulanya ingin menanya jalan menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa sebelum merogol dan meninggalkannya di kawasan terpencil di Sungai Dua iaitu lima kilometer dari lokasi kejadian.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/08/09/tahan-bantu-rogol/
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci