Gambar fail seorang anggota puak pemisah pro-Rusia menyentuh bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas di timur Ukraine. Foto AP |
Pula Dah,Tak habis habis bertempur dan bagaimana nak selesai siasatan MH17 yang ditembak jatuh di negara bergolak itu.
Pertempuran antara tentera
Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia yang memasuki hari ketiga pada Selasa
menghalang pasukan penyiasat antarabangsa untuk memasuki lokasi nahas pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine, kata Kementerian Keadilan Belanda.
"Kumpulan
pakar Belanda dan Australia tidak meninggalkan Donetsk untuk ke lokasi nahas di
timur Ukraine. Ketika ini terlalu banyak pertempuran berlaku di kawasan sekitar
nahas," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Di
Kiev, pada Isnin, tenteranya memasuki bandar berhampiran lokasi nahas MH17 di
timur Ukraine, termasuk Shakhtarsk yang terletak kira-kira 10 kilometer.
Polis
Australia dan Belanda memerlukan akses untuk ke lokasi nahas bagi mencari baki
mayat daripada 298 mangsa yang masih berada di kawasan itu.
Lebih
200 mayat ditemui dan dihantar ke Belanda untuk proses pengecaman. - AFP
Nak tak nak pun kita negara Malaysia terpaksa terima lambat atau sebaliknya untuk selesaikan masalah MH17 ynag terhempas dan mengorbankan banyak penumpang.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci