728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 29 October 2019

    Kerajaan Melaka di jangka tumbang beberapa bulan lagi

    Nafi dan nafi sehingga melangkau logik samalah berbohong untuk menutupi pekara yang benar-benar berlaku.

    Ketika kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) Melaka menafikan akan bertukar tangan, PAS pula melaporkan perbincangan mengenainya berlaku sejak beberapa bulan lalu.

    Walaupun PAS Melaka tidak terlibat sebagai dalang bagi membentuk kerajaan pintu belakang pertukaran kerajaan negeri dijangka akan berlaku beberapa bulan lagi.

    Sekurang-kurangnya tiga ADUN PH didakwa bersetuju untuk bersama dengan 13 ADUN Barisan Nasional (BN) Melaka membentuk kerajaan baharu, sekali gus menggantikan kepemimpinan negeri yang ketika ini diketuai Ketua Menteri, Adly Zahari.

    Malah, seorang lagi ADUN juga dikatakan berminat menyertai kumpulan terbabit, namun masih belum membuat keputusan mengenainya.

    Pada masa ini, kedudukan kerusi DUN Melaka ialah 15 PH dan 13 BN yang semuanya dari UMNO.

    Jika tiga ADUN PH berkenaan berpaling tadah, BN akan memiliki 16 kerusi, manakala PH sembilan.

    Pada masa ini, komposisi kerusi PH ialah DAP (lapan), PKR (tiga) dan masing-masing dua milik BERSATU dan AMANAH.




    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 Comments:

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kerajaan Melaka di jangka tumbang beberapa bulan lagi Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top