728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 12 December 2017

    Hasil GST Memang Dikembalikan Kepada Rakyat - Tengku Razaleigh




    Rakyat tidak seharusnya melenting dan memberontak dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan kerajaan sejak setahun lalu.

    Sebaliknya, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata pelaksanaan GST itu baik untuk membantu kerajaan meningkatkan ekonomi terutama dalam keadaan getir sekarang.

    Beliau berkata, walaupun pahit bagi rakyat untuk menerima hakikat itu, namun ia tidak boleh dielakkan kerana hasil GST itu dikembalikan kepada rakyat menerusi pelaksanaan projek pembangunan.

    "Kita terpaksa hadapi, tetapi apa yang kita harapkan ada kaedah baharu dilaksanakan kerajaan (mengatasi masalah ekonomi)," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, dekat sini, semalam.

    Yang turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah; Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), Muhammad Zahari Othman dan Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim.

    Tengku Razaleigh juga Ketua UMNO bahagian berkata, memang sebelum pelaksanaan GST banyak tentangan daripada pelbagai pihak khususnya rakyat.

    "Apa yang kita harapkan kerajaan boleh mengadakan kaedah baharu yang lebih baik bagi menambahkan pendapatan rakyat," katanya.

    Selain itu beliau bimbang dengan keadaan politik yang tidak menentu kerana boleh menjejaskan kehidupan rakyat khususnya di Kelantan.

    Katanya, masalah itu boleh menghalang segala kemajuan kerana ia terhalang dengan fahaman politik sempit bagi mereka yang berkepentingan.

    "Seperti yang berlaku di daerah Ini terutama projek pembinaan rumah untuk mangsa banjir banyak terhalang dengan politik sempit itu," katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Hasil GST Memang Dikembalikan Kepada Rakyat - Tengku Razaleigh Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top