728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 15 October 2017

    Militan Syiah Houthi Bunuh Tiga Tentera Arab Saudi



    Media Arab Saudi melaporkan tiga tentera negara itu terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh militan Syiah Houthi dan tentera bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.

    Jumlah kematian di kalangan tentera Arab Saudi meningkat kepada 20 orang dalam tempoh seminggu.

    Pertempuran berlaku dekat sempadan dua negara di bahagian selatan Arab Saudi.

    Media Arab Saudi juga menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan negara itu telah menyerang kubu Houthi.

    Sementara itu, media milik Houthi pula mendedahkan bahawa militan itu telah melancarkan sejumlah roket Katyusha ke arah tempat perkumpulan tentera Arab Saudi di Jazan. – Agensi


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Militan Syiah Houthi Bunuh Tiga Tentera Arab Saudi Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top