728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 13 July 2017

    Program Khas Haji 1MDB : Siapa Kita Nak Jatuhkan Hukum?




    Di sebalik kecaman dan hentaman yang diterima oleh syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia masih mampu menghantar sebanyak 1,100 jemaah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

    Menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1MDB, jemaah haji yang terpilih itu terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara.

    Bayangkan tanpa 1MDB, belum tentu mereka ini dapat menunaikan haji, apatah lagi senarai menunggu untuk mengerjakan haji dengan Tabung Haji amat panjang.

    Ia merupakan satu program yang mulia, yang memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk menunaikan ibadah di tanah suci. Namun ada yang tidak puas hati dan menghina mereka ini serta memperlekehkan program berkenaan.

    Bayangkan ada pula yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum. Siapa yang dapat melupakan bagaimana Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan program itu dan menuduh umat Islam yang terlibat dalam program berkenaan tidak akan mendapat haji mabrur.

    Tuduhan beliau bahawa duit yang digunakan itu adalah duit haram, amat pedih dan merupakan satu penghinaan kerana bukan tugas manusia untuk menilai amal ibadat manusia lain.

    Ia merupakan satu perbuatan yang terdesak dan disebabkan kenyataan berkenaan, Mahathir telah diselar oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria sebelum ini.

    Bagi Harussani, perbuatan Mahathir itu merupakan sesuatu yang melampau, seolah-olah olah mengambil urusan Allah dan beliau sebagai manusia sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara itu.

    Sebenarnya program tajaan ini amat besar nilainya kepada jemaah yang terbabit. Kepada mereka ini, jangan risau tentang status haji ini mabrur atau tidak kerana perkara ini ditentukan oleh Allah dan bukannya dinilai oleh mana-mana orang.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Program Khas Haji 1MDB : Siapa Kita Nak Jatuhkan Hukum? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top