728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 13 July 2017

    Nora Danish Teringin Sangat Nak Mengandung Lagi





    Sudah empat bulan bergelar isteri kepada Nedim Nazri, pelakon Nora Danish mengakui beliau kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama suaminya itu.

    Nora juga sebenarnya merindui pengalaman ketika hamil selepas melahirkan anak pertama beliau kira-kira lapan tahun lalu.

    Alhamdulillah, selepas hampir empat bulan perkahwinan kami, saya kini bersedia untuk memiliki anak semula. Terus terang, ia juga antara sebab utama kenapa saya berkahwin kerana rindu untuk kembali mengandung dan melahirkan cahaya mata.

    Bagi saya, anak adalah anugerah yang dikurniakan Allah sebagai pengikat kasih dan menguatkan lagi hubungan saya dengan suami. Lebih-lebih lagi, anak saya, Rayqal, sudah pun berusia lapan tahun dan dia sendiri sangat teringin mempunyai adik untuk menjadi temannya.



    Menurut Nora, sejak berkahwin beliau dan Nedim sentiasa berusaha dan berikhtiar agar segera diberikan rezeki untuk menimang anak. Walaubagaimanapun, mereka tetap menyerahkan soal itu kepada ketentuan Allah SWT.

    Nora mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal Ramli bersama bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai. – bn

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Nora Danish Teringin Sangat Nak Mengandung Lagi Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top