Najib Tunaikan Impian Imam, JKKK Untuk Ke Mekah

Share on Google Plus




Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak adil bagi pemimpin akar umbi seperti imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan negara tidak diberi balasan setimpal atas usaha mereka.

Justeru, kata Perdana Menteri, memandangkan hasrat menunaikan haji antara impian utama setiap daripada mereka, telah mencetuskan idea kepadanya untuk menaja golongan itu ke Mekah.

Sejak program khas haji 1Malaysian Development Berhad (1MDB) diperkenalkan lima tahun lalu, lebih 5,000 imam dan Pengerusi JKKKP di seluruh negara telah dipilih menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Waktu saya turun padang dan sembang dengan imam, ketua kampung dan pemimpin masyarakat, saya dapat dengar keinginan utama mereka ialah nak tunai haji. Mereka nak pergi Mekah buat (kerja) haji, tapi halangannya kewangan. Mereka tidak ada kemampuan itu. Ia sangat terbatas.

“Lagipun elaun imam tidak banyak, sedangkan beban dan tanggungjawabnya besar. Golongan yang besar jasanya ini terpaksa tunggu lama nak tunai haji. Saya sebagai pemimpin cuba bantu mereka.

“Allah gerakkan hati saya untuk mulakan program ini lima tahun lalu. Program ini sangat istimewa kerana ia mempunyai nilai sumbangan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardu Haji – Program Khas Perdana Menteri dan Yayasan 1MDB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Kata Najib, dengan program khas itu, setiap bakal haji diberi subsidi lebih RM20,000 melibatkan kos haji, subsidi dari Lembaga Tabung Haji (TH), wang saku dan peralatan sepanjang mengerjakan haji.

“Mana ada kerajaan lain di dunia ini buat seperti ini kepada rakyatnya?

“Saya sedar dan saya nak hargai sumbangan tidak ternilai ini kepada imam dan JKKKP untuk mereka martabatkan bangsa dan negara.

“Inilah yang terbaik dari saya, sebagai tanda ingatan kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan kita buat setakat termampu,” katanya.

Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan peruntukan tambahan berbentuk duit poket bernilai RM1,000 kepada setiap bakal haji berkenaan.

Menurutnya, beliau tidak mahu meminta apa-apa daripada bakal haji berkenaan, melainkan doa agar Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah.

“Jika kerajaan BN kekal, program khas ini akan diteruskan dan memberi peluanng kepada rakan-rakan kita yang belum berkesempatan menunaikan haji, ke Mekah,” katanya.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment