728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 9 July 2017

    Minyak Wangi Tiruan Boleh Membunuh




    Kandungan kimia di dalam bahaya minyak wangi tiruan membabitkan pelbagai jenama terkemuka boleh mengakibatkan kesan radang kulit selain kanser hati kepada pengguna.

    Jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kimia terkandung di dalam minyak wangi tiruan mudah meresap masuk ke dalam tubuh melalui kulit.

    “Kebiasaannya minyak wangi akan disembur ke bahagian pergelangan tangan, leher dan badan. Semua ini adalah bahagian sensitif yang boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan.

    “Berdasarkan kajian perubatan dilakukan sebelum ini, cecair minyak wangi tiruan boleh menyebabkan kesan rabun atau buta jika terkena tepat pada mata,” katanya.

    Menurutnya, minyak wangi tiruan turut didapati menjadi punca sesak nafas dan masalah pernafasan selain radang pada kulit.

    “Semua ini berpunca kandungan kimia berat terutama methanol yang kerap diguna pakai di dalam produk tiruan ini.

    “Kebiasaannya pewangi tulen menggunakan kimia ethanol sebagai pelarut yang selamat dari sudut kesihatan selain kuantiti tidak berlebihan,” katanya,

    Bagaimanapun kandungan methanol di dalam minyak wangi palsu berubah menjadi formalin yang turut menjadi punca kanser hati.

    “Biasanya methanol mampu memberi kesan dalam tempoh singkat antaranya pening, sakit kepala, mual, sakit perut dan gangguan penglihatan.

    “Oleh itu elakkan beli minyak wangi tiruan untuk mengelak penyakit berbahaya ini,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Minyak Wangi Tiruan Boleh Membunuh Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top