728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 11 July 2017

    Kalau Nabi Hidup Lagi, Mereka Akan Letak Jawatan - Maszlee Malik





    Zaman ini penuh dengan kegilaan, jika para Nabi masih hidup tentunya mereka akan ‘letak jawatan’ kata seorang pensyarah pada satu majlis yang diadakan di sebuah gereja Methodist di ibu negara pada Sabtu lepas.  



    Kenyataan itu dibuat oleh Dr Maszlee Malik salah seorang pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang hadir sebagai responden kepada pembentangan pada forum yang bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies in Malaysia’.  



    “I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now, they will give up their professions.”  



    Dr Maszlee Malik yang juga merupakan aktivis IKRAM dan Felo Kanan IDEAS, menyatakan perkara demikian bagi merujuk kepayahan yang dihadapi pada zaman sekarang, sehinggakan para nabi dan wali tidak sanggup untuk terus memegang jawatan mereka, dan meletakkan jawatan.



    Katanya lagi norma-norma kini seolah-olah memaksa kita untuk bersetuju dengan pandangan yang kita anggap salah, kerana jika tidak, kita pula akan dipandang serong dan dipersalahkan.  



    Isu yang menjadi fokus kepada perbincangan forum tersebut ialah berkenaan hak kebebasan beragama dan cubaan untuk memperjelaskan salah faham berkenaan dengan kontroversi evangelikalisme yang melanda negara.  



    Forum yang berakhir pada pukul 5 petang itu menyaksikan kehadiran Pastor Sivin Kit (moderator program), Rev Dr Hwa Yung, Eugene Yap, Prof Madya Dr Helen Ting Mu Hung (IKMAS- Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Tan Kong Beng daripada Persekutuan Kristian Malaysia.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kalau Nabi Hidup Lagi, Mereka Akan Letak Jawatan - Maszlee Malik Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top