728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 7 July 2017

    Joy Revfa Minta Bukti Sekat Hafiz Di IG




    BELUM tamat lagi rupanya kontroversi yang terpalit pada pengasas kosmetik Joy Revfa gara-gara gambarnya bergaya ‘seksi’ dalam iklan promosi produk syarikatnya itu.

    Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin meluahkan rasa kesal di laman Facebooknya terhadap pihak yang mendakwa dia menyekat akaun Instagram (IG) suami, Hafiz Hamidun.

    Menerusi statusnya, Joy turut mendakwa perkara tersebut merupakan fitnah terhadap dirinya dan meminta dikemukakan bukti sekiranya benar dia menyekat suaminya sendiri daripada IG.

    Tapi yang peliknya, bukankah Hafiz sendiri yang mengatakan dia tidak tahu-menahu tentanh gambar itu kerana telah disekat oleh isterinya di laman sosial tempoh hari?







    Dia turut memberitahu akan mengambil tindakan saman terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya itu.

    Namanya tiba-tiba hangat diperkatakan selepas memuat naik gambar yang didakwa netizen sebagai kurang sesuai dengan imej wanita bertudung di akaun Instagram miliknya.

    Akibatnya, usahawan berjaya itu dikecam teruk oleh netizen yang tidak bersetuju dengan gayanya yang tidak mencerminkan statusnya sebagai isteri seorang penyanyi lagu-lagu ketuhanan.

    Ini kerana, rata-ratanya berpendapat pakaian dikenakan Joy tidak sesuai dan seksi kerana ia seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun dia memakai anak baju berwarna nude.







    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Joy Revfa Minta Bukti Sekat Hafiz Di IG Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top