728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 24 July 2017

    Jemaah Haji Malaysia Pertama Berlepas Hari Ini






    Malaysia Airlines memulakan operasi penerbangan haji hari ini dengan penerbangan terus pertama ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur  (KLIA).


    Penerbangan MH8000 berlepas pada pukul 6.30 pagi dan dijadual tiba di Madinah pada pukul 10 pagi waktu tempatan, menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.


    Malaysia Airlines akan mengendalikan 76 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah, berlepas dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang,  bagi musim ini.


    “Penerbangan berkenaan akan menggunakan pesawat A380-800 dan A330-300, masing-masing berkapasiti 483 dan 287 tempat duduk.


    “Bagi kemudahan penumpang, Malaysia Airlines juga akan menyediakan penerbangan perantara domestik bagi menghubungkan penumpang dari Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Alor Setar, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching kepada KLIA,” katanya.


    Penerbangan akhir haji akan berlepas dari KLIA pada 26 Ogos.


    Menurut Malaysia Airlines, fasa kedua operasi dari Arab Saudi ke Malaysia, akan bermula pada 7 September dan berakhir pada 4 Okt. – BERNAMA





    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Jemaah Haji Malaysia Pertama Berlepas Hari Ini Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top