728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 6 July 2017

    Hampir Buta Kerana Tonton Drama Korea Terlalu Lama





    GARA-gara menonton drama Korea terlalu lama, seorang gadis berusia 20 tahun di China nyaris buta dan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital.

    Gadis itu menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan menonton dua drama bersiri sekali gus iaitu Cheese In The Trap dan Descendants of The Sun.

    Disebabkan dia tidak makan dan tidur, gadis itu hanya `melekat’ di tabletnya sambil menonton drama berkenaan.

    Selepas habis menyaksikan drama marathon itu, dia mengalami pedih mata, kabur penglihatan dan sakit kepala.

    Sebaik sahaja mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan bahawa dia mengalami acute glaucoma dan bernasib baik kerana tidak buta.

    Dengan rawatan segera, dia kini sedang menjalani pemulihan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Hampir Buta Kerana Tonton Drama Korea Terlalu Lama Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top