3 Perkhidmatan Tren Paling Hebat Di Asia

Share on Google Plus



KERETA api atau tren menjadi trend pengangkutan prominan dalam kemudahan perhubungan antara tempat ke tempat.

Mari kita kenali 3 perkhidmatan tren paling hebat di Asia. Antaranya Tokaido Shinkansen, Shanghai Maglev Train dan Korea Train Express(KTX).

Di Jepun, khidmat tren menjadi satu kemudahan awam harian. Penggunaan kenderaan peribadi sudah dianggap ketinggalan zaman. Bagi yang mengikuti perkembangan teknologi, siapa yang tidak pernah kenal kehebatan Shinkansen atau lebih dikenali dengan nama bullet train.

Shinkansen memulakan perkhidmatan pada Oktober  1964 bagi laluan Tokyo-Osaka. Pada awal pembukaannya, perjalanan dari Tokyo ke Osaka mengambil masa kira kira 4 jam, namun setelah satu tahun operasi tempoh masa dapat disingkatkan kepada 2 jam 10 minit. Hari ini tempoh masa perjalanan dianggarkan cuma 2 jam 25 minit.

Shinkansen digunakan lebih 151 juta pengguna setiap tahun menjadikan Tokyo-Osaka sebagai laluan paling sibuk di Jepun. Menggunakan teknologi gegelung superkonduktor yang menghasilkan medan magnet antara landasan dengan kereta api, Shenkansen mampu bergerak dengan halaju 320km/j (lebih laju mengikut laluan).

Manakala di China, Shanghai Maglev Train merupakan kebanggaan warga China yang memulakan perkhidmatan awam pada 1 Januari 2004. Shanghai Maglev turut menggunakan teknologi yang sama seperti Shinkansen di mana wujud medan magnet di antara kereta api dan landasan. Tarikan ektromagnet yang terjadi daripada medan magnet yang kuat membenarkan kereta api untuk terapung di atas trek kerana tiada sentuhan antara kereta api dan landasan.

Dengan kelajuan operasi maksimum 431 km/j, Shanghai Maglev yang beroperasi di antara jalan Long Yang dan lapangan terbang antarabangsa Pudong mengambil masa hanya 7 minit dan 20 saat untuk melengkapkan keseluruhan perjalanan. Ia mampu menampung 574 penumpang dan beroperasi di antara setiap 15 minit.

Hebatnya Shanghai Maglev kerana ia mampu mencapai kelajuan maksimum iaitu 431 km/j dari 0 km/j dalam masa 4 minit sahaja. Landasan kereta api Maglev 30.5km panjang, Shanghai merupakan satu-satunya Maglev yang dikendalikan secara komersial di dunia. Shanghai Maglev dibina oleh syarikat Siemens dan Thyssen Krupp dan dikendalikan oleh  Pembangunan Pengangkutan Shanghai Maglev Co.

Dan tren paling hebat di Asia yang ketiga ialah Korea Train Express (KTX) yang dikendalikan oleh KORAIL. Pembinaan landasan KTX telah bermula pada tahun 1992 pada laluan Seoul-Busan dan memulakan operasi pada tahun 2004. KTX cuma mencatatkan kelajuan tertinggi 305 km/j dalam perkhidmatan tetap pada waktu itu walaupun infrastrukturnya direka untuk kelajuan 350 km/j.

Namun selepas beberapa pembaharuan dilakukan, generasi KTX, Hemu-430X mampu untuk mencapai 421.4 km/j pada tahun 2013, menjadikan Korea Selatan sebagai negara keempat di dunia selepas Jepun, Perancis dan China untuk membangunkan kereta api kelajuan tinggi berjalan pada landasan konvensional melebihi 420 km / h. KTX menyediakan dua line utama iaitu line Seoul-Busan dan line Seoul-Jeolla Province (Mokpo/ Gwangju).

Sujana Rafe



#LaskarMalaya





















Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment