728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 11 June 2017

    Tanpa Power Bank, 7 Tips Mudah Ini Mampu Bantu Jimatkan Bateri Smartphone Anda





    Pernah tak kita nak keluar atau pergi shopping sekali bateri phone tinggal bawah 50%? Tengok dalam bag, power bank pula tak bawak! Memang akan gundah gulana smartphone tanpa bateri.

    Sekarang mood nak raya, memang kerap kita akan keluar shopping diluar. Memang akan ambil masa berjam-jam diluar. Jangan rosakkan mood raya anda.

    Ini tips yang saya selalu gunakan jika disituasi begini.




    1. Tukar kecerahan skrin kepada yang paling rendah. Kecerahan skrin antara penyumbang utama penggunaan bateri smartphone.

    2. Setkan nada dering ke “silent mode” tanpa vibrate. Pastikan situasi kita bukan menjangkakan panggilan yang penting.

    3. Tutup data internet. Buka jika perlu sahaja untuk semak apa-apa perkembangan di FB, Whatsapp dan media sosial yang lain.

    4. Jika lagi extreme, setkan phone ke “Flight Mode”. Ini akan menutup data internet dan line telefon sekali, lagi jimat bateri. Dan pastikan situasi kita bukan menjangkakan sebarang panggilan telefon.

    5. Jangan main game di phone. Sesetengah permainan game akan menggunakan pemprosesan CPU dan grafik phone yang tinggi. Sabar kejap, balik nanti baru main game ya.

    6. Jangan off dan on semula phone dengan kadar yang kerap jika nak jimatkan bateri. Jika tempoh jangka masa yang lama tak mengapa.

    Off dan On phone semula ni ibarat bila kita tidur dan bangun terus lalu terus berlari. Memang memenatkan, sama juga pada smartphone, ia akan menggunakan bateri yang banyak untuk ‘bangun’ semula.

    7. Jika anda masih perlukan data internet tetapi di kawasan anda hanya ada Internet 3G atau lagi rendah, dicadangkan boleh tutup sementara internet anda. Data Internet 4G adalah paling jimat bateri. Teknologi paling baru akan pastikan pengunaan bateri lebih optimum.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Tanpa Power Bank, 7 Tips Mudah Ini Mampu Bantu Jimatkan Bateri Smartphone Anda Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top