728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 11 June 2017

    Suami Jadi Bingung, Isteri Mengidam Nak Naik UFO





    Biasanya, wanita yang mengandung akan mengidam mahu makan sesuatu yang lain yang jarang dimakannya dan biasanya suami akan pergi mencari barang yang diidamkan oleh isteri itu.

    Ada cerita kita pernah dengar si isteri mengidam mahu makan daging rusa, mahu makan durian, mahu makan ikan keli, kadangkala ada yang mahu menghidu bau petrol. Bagaimanapun di media sosial, seorang suami berkongsi luahan isterinya mengidam satu benda yang mustahil untuk ditunaikan.

    Isteri lelaki itu mengidam hendak menaiki UFO iaitu kapal angkasa makhluk asing yang biasa dipaparkan dalam komik atau filem sains fiksyen luar negara.

    “Selama ini, Alhamdulullah, okay saja. Cuma alahan kuat tapi tak adalah nak mengidam macam-macam. Tapi sejak akhir-akhir ini aku tak faham betul perangai dia.

    “Ada ke patut dia mengidam nak naik UFO?,” tulis suaminya di Facebook.

    Suami wanita itu yang tidak mendedahkan identitinya pada mulanya menyangkakan isterinya hanya membuat lawak tapi apabila tiba waktu malam, isterinya sampai menitiskan air mata menyampaikan hasrat benar-benar hendak naik UFO.

    Lebih kasihan, si isteri turut digelakkan oleh ahli keluarga yang lain kerana mengidam perkara pelik seperti itu.

    “Lepas itu, pergi rumah mak boleh pulak dia ceritakan hasrat dia tu dekat mak dan adik-beradik yang lain. Bergegar rumah sebab gelakkan dia.

    “Jadi, apa lagi, malam itu akulah yang kena memujuknya. Dia cakap dia selalu mimpi naik UFO, teringin sangat nak naik. Aku kelentong dia cakap, macam mana nak cari UFO yang oi, depa datang bumi seabad sekali sahaja, tu pun kita tak tau bila.

    “Niat nak melawak saja, tapi boleh pulak dia percaya bulat-bulat. Aku tak tahulah dia ni betul-betul ke atau main-main. Tiap-tiap malam asyik cakap nak naik UFO,” katanya.

    Si suami, selepas mengadu kepada ibunya mendapat cadangan supaya membawa isterinya itu dibawa menaiki UFO mainan di sebuah pasaraya besar yang boleh digerakkan dengan menggunakan syiling token.

    Akhirnya terjadi satu perkara yang tidak disangka-sangka.

    “Esoknya, aku ajak dia pergi Tesco nak beli barang dapur. Masa lalu dekat mainan tu aku tanya la dia, yang nak naik UFO mainan tu tak?

    “Dia nak oii, aku terus pergi beli token… Tak boleh aku nak lupa sampai sekarang macam mana muka dia masa naik benda tu.

    “Tersengih macam kerang busuk, happy sungguh dia,” katanya.

    Isterinya selepas dibawa naik UFO mainan sudah tidak meminta-minta lagi untuk naik UFO.

    Pening kepala lelaki yang bergelar suami jika sampai begitu tahap mengidam seorang wanita yang sedang sarat mengandung.

    Bagaimanapun, jika sayang, pasti si lelaki akan berusaha sedaya upaya hendak memenuhi hasrat si isteri yang mengidam. Mereka kata itu pembawa budak.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Suami Jadi Bingung, Isteri Mengidam Nak Naik UFO Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top