728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 13 June 2017

    Remaja Lelaki Dicacah Dengan Tatu, “Saya Adalah Pencuri" Akibat Perbuatannya [VIDEO]





    Seorang remaja ditangkap kerana mencuri pastinya akan menyesal dengan perbuatannya itu seumur hidup selepas dahinya dicacah dengan tatu, “Saya adalah pencuri’.


    Terdahulu, remaja lelaki itu mencuri sebuah basikal dari lelaki yang hanya mempunyai satu kaki sebelum ditangkap oleh artis tatu, Maycon Wesley.


    Selepas ditangkap, Wesley kemudian menyuruh remaja itu duduk di kerusi dan merakam videonya mencacah tatu ‘saya adalah pencuri dan loser’ di dahinya dalam bahasa Portugis.


    Selesai mencacah tatu di dahinya, Wesley bertanya sama ada remaja itu suka atau tidak.


    Lapor media tempatan, remaja lelaki yang kelihatan takut apabila Wesley mencacah tatu di dahinya, telah menghilangkan diri selepas insiden yang berlaku pada Jumaat lalu.


    Keluarga remaja berkenaan yang tertonton video anaknya yang viral di media sosial itu kemudian membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan terhadap artis tatu berkenaan.


    Bertindak di atas laporan, polis kemudian menahan Wesley dan rakannya, Ronildo Moreira de Araujo, yang turut terlibat dalam insiden itu.


    Kedua-dua mereka didakwa atas tuduhan mendera remaja berkenaan.
    Menurut Wesley dan Araujo, mereka melepaskan remaja itu selepas dicacah dengan tatu dan tidak tahu di mana remaja itu berada sekarang.






    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Remaja Lelaki Dicacah Dengan Tatu, “Saya Adalah Pencuri" Akibat Perbuatannya [VIDEO] Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top