Krisis Arab Saudi Dan Qatar, Ini Pandangan Rakyat Malaysia Yang Menetap Di Sana

Share on Google Plus




Isu Arab Saudi dan sekutunya yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar kini telah masuk hari ke 7 dan nampaknya semakin panas. Namun begitu di waktu yang sama Turki, Lebanon dan Algeria telah mengambil pendekatan berbeza.

Bekalan makanan dari 3 negara ini telah memenuhi rak-rak pasaraya di Qatar. Ditambah permintaan makanan dikatakan bertambah di sepanjang bulan Ramadan, ini sekaligus memberi kelegaan bagi mereka yang menetap dan bekerja di Qatar.

Sebelum krisis ini melanda, sejumlah besar bekalan makanan Qatar dengan populasi penduduk seramai 2.5 juta adalah daripada UAE dan Arab Saudi.

Terkini Vocket telah menerima pandangan daripada salah seorang pembaca kami iaitu Tuan Abd Latib Karim, warga Malaysia yang bekerja di Qatar. Ikuti penulisan beliau di bawah.





Salam dari Doha

Sejak meletusnya isu ini, terdapat banyak cerita dan teori yang bertebaran. Mungkin ada yang betul tapi banyak juga yang tak betul. Kalau semak di laman sosial, pakar-pakar dan jaguh geopolitik segera tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Kemaskini terakhir sehingga kini 10 negara yang telah memutus hubungan diplomatik dengan Qatar, 2 negara yang mengurangkan hubungan diplomatiknya.

Dengan terputusnya hubungan diplomatik bererti hubungan laut, udara dan darat terputus. Malah ruang udara pun tidak dibenarkan masuk bagi penerbangan Qatar Airways.

Warga Qatar di Negara tersebut diarah keluar. Tapi tidak sebaliknya. Warga Mesir masih terus bekerja dan menetap di Qatar. Jelas menunjukkan Qatar tidak mahu terikut-ikut rentak mereka.

Dengan penutupan sempadan dan pintu masuk / keluar bermakna bekalan bahan-bahan mentah terutama makanan terputus. Untuk makluman Qatar mendapat sebahagian besar bekalan makanan dari Saudi, Oman dan UAE.

Ini menyebabkan penduduk Qatar panik, takut bekalan habis mereka menyerbu supermarket menyebabkan bekalan terutama ayam, susu, beras, tepung licin sekelip mata.

Tetapi Alhamdulillah, fenomena ni hanya satu hari sahaja, keesokkan nya dah kembali normal. Kerajaan Qatar memberi jaminan bahawa bekalan makanan adalah amat mencukupi, malah boleh bertahan shingga 12 bulan.

Iran pula bersedia membekalkan makanan melalui jalan laut begitu jugak Turki. Malah barang-barang Turki telah mula memenuhi rak-rak makanan menggantikan produk Saudi.

Kami di Doha agak tersentak dan nak gelak pun ada bila baca berita dari Astro Awani yang melapurkan kira-kira 5000 rakyat Malaysia bakal terkandas tidak dapat pulang beraya.

Tidak ada masaalah sama sekali kalau nak balik raya. Boleh lagi pilih Qatar Airways, Oman Air, Sri Lankan Airways, Cathay Pacific atau Cebu Arlines. Saya pun baru hantar isteri pulang ke KL guna Qatar Airways.

Kerajaan Qatar telah menekankan bahawa segala tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar malah mengarut. Dan pihak Qatar juga telah memberikan maklumbalas yang jelas dan tegas bahawa mereka tidak akan tunduk.

Qatar adalah sebuah Negara berdaulat yang berhak menentukan dasar luarnya sendiri tanpa campurtangan sesiapa. Dan ini adalah sesuatu yang harus dihormati.

Pihak pemerintah telah mengarahkan kepada semua warga Qatar termasuk expatriate supaya tidak menyebarkan kenyataan-kenyataan atau pendapat di media sosial yang boleh menyinggung warga Negara lain walaupun Qatar sendiri dihujani dengan berbagai-bagai kenyataan negatif dan berunsur fitnah.

#staystrongQatar menjadi hashtag yang sangat popular dan yang menariknya warga Qatar bersatu hati memberikan sokongan padu kepada Qatar, tidak kira sama ada penduduk tempatan mahupun expatriate, tak kira agama dan kerakyatan.

Pemerintah Saudi dan sekutunya telah mengeluarkan senaria 59 nama dan 12 organisasi pengganas. Antara yang termasuk ialah ulamak tersohor Dr Yusof Al Qardawi.

Pihak PBB telah menolak senarai tersebut kerana ada diantara organisasi yang tersenarai adalah badan amal yang aktif menyalurkan bantuan untuk Palestine, Yemen, Syria dan Myanmar.

Emir Kuwait dan Presiden Turki memainkan peranan penting sebagai orang tengah untuk mencari jalan penyelesaian.

Emir Qatar mahu masalah ini diselesaikan di meja rundingan, bukan dengan tindakan ketenteraan. Walaubagaimanapun Turki dan Pakistan telah bersetuju untuk menghantar tentera ke Qatar.

Sekian, kepada rakan-rakan dan saudara mara di Malaysia, usah khuatir, kami di sini biasa aja.




Dari Abd Latib Karim,
Al Khor, Qatar


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment