728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 22 June 2017

    Kerana Mahu Banyak 'Like' Facebook, Bapa Sanggup Gadaikan Nyawa Anak Kecil




    SEORANG lelaki dipenjara selama dua tahun selepas dia menghayunkan seorang budak lelaki ke luar tingkap untuk mendapatkan ‘like’ di Facebook.

    Lelaki yang tidak dinyatakan nama itu telah memuat naik gambar dirinya membiarkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terjuntai dari bangunan yang tinggi, dengan hanya memegang leher bajunya.

    Gambar itu dimuat naik beserta tulisan, ‘1,000 like atau saya akan jatuhkannya’.

    Sebaik sahaja dimuat naik, beberapa pengguna media sosial menghubungi polis, menuntut supaya dia ditangkap kerana mendera kanak-kanak.

    Polis kemudian menahannya di Algeria, dan menjatuhkan hukuman kerana membahayakan nyawa kanak-kanak.

    Menurut Al Arabiya, budak itu sengaja dibiar terjuntai dari tingkat 15 bangunan.

    Suspek enggan mengaku kesalahannya dan menuduh pengguna media sosial telah menyunting gambar tersebut.

    Dia berkata, ketika gambar itu diambil, terdapat penghadang di situ, tetapi mereka telah memadamnya.

    Bapa kepada kanak-kanak itu juga merayu kepada mahkamah, menegaskan bahawa lelaki itu bergurau.

    Namun, hakim berkata gambar itu jelas dan suspek telah membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.

    Dia dipenjarakan selama dua tahun.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kerana Mahu Banyak 'Like' Facebook, Bapa Sanggup Gadaikan Nyawa Anak Kecil Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top