728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 15 June 2017

    Bimbang Gadis Jadi 'Bintang Porno' Melalui Instagram





    Seorang pemimpin PAS bimbang dengan trend di kalangan gadis muda memperagakan tubuh badan mereka menerusi Instagram (IG).


    Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh berkata, seseorang gadis akan dilabelkan “Porn Star IG” jika gambar lucahnya yang disebarkan untuk tatapan dan perkongsian rakan lain di Instagram menjadi tular serta disukai ramai.


    Beliau berkata, sesetengah remaja khasnya gadis menjadikan “Porn Star IG” sebagai sumber kemegahan, sedangkan perbuatan berkongsi gambar lucah sendiri dengan orang lain ialah salah laku dari segi agama dan sosial.


    Katanya, ada di kalangan gadis melakukan aktiviti tidak bermoral itu kerana kekurangan wang, sekadar bersuka-suka dan ada pula mahu menikmati pelbagai kesenangan diberikan lelaki yang mengambil kesempatan.


    Antara habuan itu ialah wang atau telefon bimbit bersama simkad dan kredit percuma.


    “Akibat pertukaran gambar bogel semasa berkenalan di IG, gambar berkenaan akan dijadikan ‘modal’ oleh lelaki bernafsu serakah untuk mengugut mangsa mereka.


    “Dengan ancaman sekiranya anak gadis berkenaan tidak mahu dijadikan ‘boneka seks’, maka gambar yang memalukan itu akan ‘dikirimkan’ kepada ibu bapa si gadis ataupun ditularkan ke media sosial lain,” katanya dalam kenyataan disiarkan Harakah Daily semalam.


    Nuridah khuatir “Porn Star IG” akan menyebabkan gadis terbabit dalam zina kerana kajian yang dijalankan Dr Khaidzir Ismail dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2007 menunjukkan hanya seorang daripada 887 gadis remaja tidak pernah melakukan hubungan seks.


    “Tahun 2007, kita sedia maklum ketika itu media sosial tidak lagi begitu berkembang seperti hari ini. Bagaimana agaknya nasib anak gadis pada masa sekarang dengan kewujudan pelbagai laman sosial dan penularan ‘trending’ Porn Star IG yang semakin mendapat tempat di kalangan remaja tidak diawasi?”


    Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa mengambil langkah pencegahan dengan mengehad dan mengawasi penggunaan Internet serta gajet oleh anak sebelum mencapai usia matang, selain perlu memantau kelakuan mereka di dalam serta di luar rumah, bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah sosial.


    “Anak-anak merupakan pewaris bangsa dalam memperjuangkan agama. Mereka adalah aset masa depan negara, maka didiklah mereka mengikut acuan Islam.”

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bimbang Gadis Jadi 'Bintang Porno' Melalui Instagram Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top