728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 14 June 2017

    2 Adik Kutuk PM Singapura Makin ‘Gila Kuasa’





    Krisis ‘perang peribadi’ yang asalnya hanya isu pertikaian rumah keluarga Lee Kuan Yew, kini makin panas apabila dua anaknya mula mengutuk abang mereka sendiri secara terbuka.

    Awal pagi Rabu, Lee Hsien Loong terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membidas tohmahan keras oleh dua adiknya, Dr. Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang setebal enam halaman yang tular di media sosial sejak semalam.

    Portal akhbar berpengaruh milik pemerintah, The Straits Times melaporkan, beliau yang juga perdana menteri berasa kecewa dan sedih dengan kenyataan dua saudara kandungnya tersebut berhubung isu keluarga mereka.

    “Saya kesal dengan dakwaan dibuat mereka, malahan saya dan isteri, Ho Ching menafikan dakwaan itu terutama mengenai konon saya ada cita-cita politik untuk mewarisi jawatan ini kepada anak saya pula,” kata Hsien Loong.

    Wei Ling dan Hsien Yang dalam kenyataan bersama mereka yang bertajuk ‘What has happened to Lee Kuan Yew’s values?‘ (Apa sudah jadi dengan nilai Lee Kuan Yew?) turut hilang keyakinan terhadap abang sulung mereka itu.

    Ia bermula daripada isu wasiat mendiang bapa mereka yang juga perdana menteri pertama negara itu berhubung nasib rumah agam keluarga di No.38, Oxley Road yang sepatutnya dirobohkan setelah Kuan Yew meninggal dunia.

    Dalam jawapan balas, Hsien Loong menyatakan: “Meskipun adik-beradik boleh berbeza pendapat, saya percaya jurang perlu ada dalam keluarga dan sebagai anak paling tua, saya cuba terbaik untuk tangani isu keluarga kami.”

    Kuan Yew yang meninggal pada 23 Mac 2015 lalu mempunyai tiga orang anak. Mendiang menjadi ketua kerajaan Singapura dari 1959 sehingga 1990, sebelum kemudian dilantik sebagai menteri kanan dan mentor sehingga 2011.

    Netizen republik itu kecoh apabila Wei Ling dan Hsien Yang mengutuk cara pentadbiran keras Hsien Loong yang penuh dengan agenda peribadi untuk diwariskan kepada anaknya, bahkan mereka sedia berpindah ke luar negara.

    Ini kerana kedua-duanya bimbang dengan ancaman keselamatan yang diterima sesiapa sahaja cuba kritik Hsien Loong, waima ahli keluarganya sendiri dan menganggap Singapura kini tiada lagi masa depan untuk rakyatnya.

    Hsien Loong yang kini bercuti dengan keluarganya di luar negara dilaporkan bakal meneliti semula krisis peribadi itu sekembalinya ke tanah air hujung minggu ini, lapor stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

    Kenyataan terbuka Wei Ling dan Hsien Yang yang tidak dijangka tersebut turut menerima sambutan hangat netizen Singapura khasnya pembangkang apabila telah dikongsi lebih 10,000 kali dan menerima kira-kira 4,000 tanda suka.

    Abang sulung mereka itu dilantik sebagai perdana menteri yang ketiga menggantikan Goh Chok Tong pada 12 Ogos 2004. Beliau mempunyai empat orang anak iaitu Xiuqi, Yipeng, Hongyi dan Haoyi. – Agensi

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 2 Adik Kutuk PM Singapura Makin ‘Gila Kuasa’ Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top