728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 15 May 2017

    Hindraf Mahu Cetus Ketegangan Kaum, Agama




    PERTUBUHAN Pribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang hari ini, membuat laporan polis terhadap Hindraf berhubung isu penganjuran protes besar-besaran terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

    Yang Dipertua PERKASA Pulau Pinang, Mohd Nasir Othman berkata, protes besar-besaran itu dijadualkan diadakan di sebuah kuil di Butterworth Ahad ini dan ia disifatkan sebagai satu provokasi menggunakan agama untuk mewujudkan suasana tidak selesa di kalangan rakyat di negara ini.

    Beliau berkata, pihaknya turut membidas tindakan penganjur yang menggantung kain rentang berhubung program berkenaan di Jalan Telaga Air, Butterworth, semata-mata untuk menghasut masyarakat India menyertai himpunan protes berkenaan.

    "Penganjuran protes ini juga dibimbangi akan menyebabkan berlakunya ketegangan antara kaum dan agama, seterusnya mengancam perpaduan di negara ini.

    "Justeru, kita membuat laporan polis bagi meminta tindakan sewajarnya diambil untuk menghalang penganjuran program berkenaan," katanya pada sidang media, selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) di Bukit Mertajam, hari ini.

    Mengulas lanjut, Mohd Nasir berkata, pihaknya juga membantah tindakan Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S Vell Paari yang menggesa penangkapan dan pengusiran Zakir susulan permintaan kerajaan India terhadap pendakwah itu, selain mengaitkannya dengan kegiatan kumpulan militan.

    "Ia adalah satu tindakan tidak sensitif terhadap Islam dan boleh mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini," katanya.

    Baru-baru ini, Vell Paari didakwa menggesa penangkapan dan pengusiran Zakir berikutan permintaan kerajaan India dengan Notis Merah Interpol terhadap pendakwah antarabangsa itu.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Hindraf Mahu Cetus Ketegangan Kaum, Agama Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top