728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 15 May 2017

    Abraj Kudai – Hotel Termewah Dunia di Mekah Simbol Keagungan Ekonomi Umat Islam



    First World Hotel di Pahang, Malaysia mempunyai lebih 7000 bilik untuk para pengunjung tetapi kemunculan Abraj Kudai di Mekah yang dijangka siap tahun 2017 ini akan mengatasi jumlah tersebut.

    Memiliki lebih 10,000 bilik tidur mewah untuk tetapi kenamaan, Hotel yang diberi nama Abraj Kudai ini tiada masalah untuk merampas pelbagai gelaran hotel paling besar, dan paling mewah di dunia mengatasi banyak hotel-hotel terkemuka di negara lain. Ianya juga turut dilengkapi dengan 70 buah restoran khas buat para pengunjung yang mahu menikmati percutian eksklusif di bumi Mekah.

    Kemewahan Luar Biasa!
     

    Menawarkan tahap kemewahan yang belum pernah dilihat, untuk kegunaan pelancong dan golongan diraja di Arab Saudi. Hotel tersebut yang menelan belanja kira-kira $3.6 bilion, juga menempatkan empat tapak pendaratan helikopter, seperti yang dilaporkan portal The Guardian.

    Setinggi 45 tingkat, hotel yang mengambil konsep seni bina kubu padang pasir ini mempunyai 12 menara di atas podium 10 tingkat. Ia turut menempatkan stesen bas, medan selera, pusat beli-belah dan dewan keramaian mewah.

    Kedudukan hotel ini adalah sejauh dua kilometer dari Masjidilharam, yang setiap tahun menyambut kedatangan kira-kira 5 juta umat islam dari seluruh dunia, yang mahu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

    Terdapat lima tingkat dalam bangunannya tidak dibuka untuk rakyat biasa kerana ia eksklusif untuk kegunaan keluarga diraja Arab Saudi. Abraj Kudai dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Arab dan direka oleh kumpulan Dar al-Handasah.




    Sebagai umat Islam, kita boleh menumpang bangga dengan kekuatan ekonomi yang dimiliki oleh keluarga diraja Arab Saudi, dan kemajuan teknologi pembinaan dan kesenian yang ditonjolkan melalui Hotel Abraj Kudai ini.

    Jikalau berkesempatan untuk menunaikan haji di Mekah, boleh juga luangkan sedikit masa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sana nanti.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Abraj Kudai – Hotel Termewah Dunia di Mekah Simbol Keagungan Ekonomi Umat Islam Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top