Sunday, 15 December 2019

Bukanya Wang Pusaka Keluarga PH Bantu Kelantan


Lim Guan Eng nampaknya cuba meletakkan diri beliau sebagai pelakon memegan watak sebagai manusia suci dan cuba jadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai tempat melahirkan para pengarah bertaraf berbintag-bintang.

Nak muntah pun ada apabila beliau menyebut contoh walaupun pemimpin PAS menghina DAP, beliau meluluskan dana apabila kerajaan Kelantan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan sebanyak dua kali.

Mungkin Lim Guan Eng telah meletakkan ingatan rakyat dibawah telapak kaki yang mana zaman Barisan Nasional yang dituduh zalim, perompak, penyamun dan sebagainya tidak membantu Kelantan dan Pulau Pinang.

Lim Guan Eng tidak perlu tunjuk baik kerana hasil dari Kelantan secara jujurnya juga ke persekutuan.

Dah PH kerajaan dan beliau menteri kewayangan sudah tentu menjadi tanggung jawap kerajaan untuk membantu mana-mana negeri di Malaysia.

Sekiranya persekutuan tidak ingin membantu Kelantan, kerajaan yang di tadbir para pemimpin PH harus bersetuju untuk tidak mengambil sebarang cukai dari negeri itu.

Saturday, 14 December 2019

Kes tidak didakwa jejas kepercayaan kepada polis dan peguam negara

Tidak salah jika seseorang ingin tahu perkembangan sesudah laporan polis dibuat.

Samantha Chong yang juga bekas peguam ingin tahu kenapa tidak ada perkembangan mengenai laporan polis yang difailkan enam bulan lalu, mendakwa dirinya telah diserang secara seksual.

Menurut laporan berita atas talian( Malaysiakini). Dalam satu siri ciapan di Twitter yang ditujukan kepada Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Peguam Negara, Tommy Thomas, Chong berkata dalam banyak keadaan, pegawai penyiasat tidak mengendahkannya.



"Kemas kini (perkembangan kes) susah nak dapat. Adakah perlu enam bulan lagi?

"Inikah caranya anda melayan mangsa serangan seksual? Dan kemudian seolah-olah terkejut kenapa ramai mangsa memilih untuk berdiam diri?

"Kenapa ditangguh? Cukup-cukuplah," katanya di Twitter.

Chong mendakwa suspek meraba tubuhnya dua kali dalam majlis jamuan tahunan peguam jenayah di sebuah hotel di Petaling Jaya pada bulan Jun lalu.

Katanya lagi, dia telah memberi amaran kepada suspek apabila dia meraba dan menjauhkan dirinya daripada lelaki tersebut.

Bagaimanapun, dia mendakwa lelaki itu, yang dikatakannya mabuk, mengikutinya dan mula mengancam serta melemparkan kata-kata tidak senonoh ke arahnya.

Berikutan laporan polis berhubung perkara itu, polis Petaling Jaya menangkap suspek yang didakwa itu dan membuka dua kertas siasatan.

Satu siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan, manakala satu lagi Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Malaysiakini telah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan penjelasan mengenai aduan Chong.

Dalam ciapannya, Chong berkata dia telah berhenti menjadi seorang peguam kerana "takut dengan tindak balas" daripada peguam lain.

Katanya, dia mengalami trauma yang teruk akibat kejadian itu.

"Suspek kini telah meneruskan kehidupannya dengan gembira. Sementara itu, mimpi buruk tersebut menjadi kawan yang setia kepada saya.

"Saya penat cuba berusaha keras untuk keluar dari bayang-bayang, sementara saya tidak dimaklumkan (perkembangan kes)," katanya.

Menurut pandangan Kaki Palu, tindakan sebegini menurunkan kepercayaan awam kepada polis dan peguam negara seterusnya kerajaan dianggap tidak mampu dan lemah dari segenap sudut pandang rakyat.



Tuesday, 10 December 2019

Anwar Keluar Penjara Kisah Jubor Bercambah



Dikala rakyat menunggu keputusan Mahkamah terhadap Najib Razak (mantan PM) kisah jubor pula semakin panas.

Selepas kisah jubor Azmin Ali, kini kisah jubor Anwar pula sedang berada pada suhu kepanasan 100%.

Kisah Presiden PKR Anwar Ibrahim melakukan salah laku seks terhadap Muhammad Yusoff Rawther sedang meletup di segenap penjuru alam.

Yusoff mendakwa insiden itu berlaku pada hari keempat PRK Port Dickson yang ditandingi Anwar.

Pada 5 Disember, Anwar dalam kenyataan menafikan dakwaan itu, dengan berkata dia sibuk berkempen pada hari kejadian itu didakwa berlaku.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut.

"Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen," katanya.

Dipercayai penyokong Anwar begitu giat menafikan dan mempersoalkan masa yang diambil Yusoff untuk membuat laporan Polis begitu lama sedangkan kejadian itu didakwa berlaku pada 2018.

Tidak kurang juga bertanggapan dakwaan itu adalah satu konspirasi politik yang didalangi pihak yang tidak diketahui dengan tujuan untuk membunuh masa depan politik Anwar.

Ada juga yang mempersoalkan, mengapa dakwaan melakukan salah laku seks terhadap Muhammad Yusoff oleh Anwar timbul pada musim KONGRES NASIONAL PKR.

Sebahagian lain pula, dakwaan itu dibuat bagi tujuan menghalang Anwar jadi PM ke-8.

Penulis pula tak lupa pada kata-kata bidalan, tak ada angin pokok tak goyang, anjing kalau dah biasa makan tahi tak makan pun di hidunya.

Anwar keluar penjara sahaja kisah jubor pun bercambah, baik dok di penjara je lah.

Mana-mana pihak termasuk penyokong Anwar rasanya tak usah spin cerita, biar polis buat kerja dia.


Sunday, 8 December 2019

Tak usahlah nak jadi macai hingga ketahap mahacai.

Sampai Bila Orang Melayu Mahu Berhenti Berpolitk

Anak muda!, selesakah kamu dengan keadaan sekarang?.

Kamu anak muda Melayu di ajar bersyukur atas segala nikmat,' iya !, kamu dan aku patut bersyukur.

Ingatlah rungutan kos sara hidup tinggi, harga barang keperluan harian meningkat harga tidak dapat di elakkan biarpun parti mana memerintah.

Mungkin ramai tak percaya, sejak manusia pertama hingga manusia terakhir, harga apa sahaja barang tetap meningkat selagi tidak kiamat.

Sibuk berpolitik, ada tanah sekakang kera dibiarkan terbiar, tiada cara ikhtiar untuk majukan, lama-lama jual.

Pinjam AIM, TEKUN beli motor kereta yang akhirnya jadi besi buruk.

Maju tidak juga, poket tetap kering, ada motor sebuah dah bangga, kerja buat ala kadar, cukup-cukup makan.

Bukan nak puji bangsa lain, ada lesen ada kereta, jarang-jarang ada motor, kalau ada pun untuk keliling kampung, atau kawasan perumahan.

Berpolitik dok salahkan DAP, BERSATU, PKR, PAS, AMANAH, UMNO, MCA, MIC etc.

Berbual politik 24 jam, kerja 8 jam pula asyik nak balik awal, datang kerja pula nak lambat.

Ingatlah, berpolitik tidak memberi untung pada poket kamu dan aku, kalau ada pun cukup bayar secawan air.

Pemimpin atas bukan sahaja jutawaan harta, bulan-bulan juga besar masuknya. Kamu dapat apa?.

Kononya demi negara dan segala macam lagi, seolah-olah bulan dan bintang pun kamu nak capai, sedangkan nak bayar minum pun harap kawan-kawan.

Baikilah ekonomi, perkukuhlah tulang empat kerat untuk diri dan keluarga kamu dari menyibukkan diri untuk poket orang lain.

Musim Pilihan Raya Umum, pangkah lah apa yang kamu suka.

Parti mana pun memerintah, pembangunan negara di pertanggung jawap keatas pemimpin parti kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat.

Jika pemerintah tidak berjaya, tukarlah pemerintah dari parti lain.

Tak usahlah nak jadi macai hingga ketahap mahacai.







Friday, 6 December 2019

Kongres BERUK Atau Kongres AMK?

Persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini di cemari pergaduhan seperti binantang.

Adegan tumbuk menumbuk, tolak menolak, tendang terajang, maki memaki mengalahkan sifat haiwan di zoo sangat memalukan dan tidak bertamadun.

Pemimpin parti Keadilan sepatutnya bijak mendidik agar ahli lebih bertamadun supaya tahu beza sifat dan perangai manusia dan binantang.

Bukti jelas apabila ramai penonton menyaksikan pertunjukan sarkas percuma.

Satu dunia sudah tahu dan mungkin ramai label bahawa parti itu parti samseng.


Tuesday, 3 December 2019

CYBERTROOPER GAJI RM5,000 UNTUK APA?

DAP perlu CYBERTROOPER untuk apa?, untuk mempertahankan DAP atau kerajaan?.

Kalau sebelum BN tumbang, bukankah DAP yang dok heboh kata BN bayar CYBERTROOPER RM3,000 sebulan untuk pertahan Najib ( mantan Perdana Menteri ) , bukan itu aje yang di hebohkan malah macam-macam lagi.

La nie DAP iklan cari PENULIS MEDIA SOSIAL, ' CYBERTROOPER lah tu, apa lagi.

Dengan tawaran gaji lumayan pasti ramai yang mohon tu, kan, kan, kan.

Aku nak pesan satu jer,, tak kiralah DAP ke, CAP BUNGA RAYA ke, PAN ke, PUKIR R ke,  usaha adalah tangga kejayaan.

Kalau berkaitan CYBERTROOPER, rakyat dah jemu malah sangat tak percaya, namun ada kelebihan di satu sisi lain, iaitu, kiranya berita berbentuk video, kalau main tulis-tulis hanyalah hayalan penulis itu sendiri.