Thursday, 21 November 2019

Bayi maut dicekik, ibu kritikal ditikam pemutar skru

Seorang bayi perempuan meninggal dunia dipercayai dicekik manakala ibunya kritikal selepas dipercayai ditikam dengan pemutar skru dalam kejadian di sebuah apartment di Batu Caves di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi pada 14 Nov itu, bayi berusia tiga minggu bersama ibunya berusia 42 tahun itu dipercayai diserang seorang wanita yang mendakwa ibu berkenaan mempunyai hubungan dengan suaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata berkata bayi itu dilapor tidak sedarkan diri ketika ditemui manakala ibunya cedera parah di kepala.

"Kedua-duanya dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan bayi itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi, Selasa (19 Nov).

"Ibunya yang cedera di bahagian kepala pula masih lagi koma," katanya kepada pemberita hari ini berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Fadzil berkata sepasang suami isteri berusia 27 dan 25 tahun bersama pembantu wanita berusia 19 tahun ditahan pada hari kejadian bagi membantu siasatan. Mereka direman sehingga Ahad untuk siasatan lanjut.

"Polis turut merampas pemutar skru yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya.

Fadzil berkata siasatan awal mendapati wanita terbabit bertindak menyerang ibu berkenaan kerana cemburu.

- Bernama

Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis - IGP

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memberikan jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia, polis sentiasa memerhatikan anggota militan Yazid Sufaat yang telah dibebaskan selepas menjalani tahanan, selama dua tahun.

“Dia (Yazid) telah dibebaskan atas beberapa syarat dan kami yakin kami menjaga perkara itu dengan sebaiknya.

“Jangan risau mengenainya. Syarat yang ditetapkan kepadanya amat tegas, dan ini akan membantu kami memerhatikannya,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran Menteri Kewangan dan Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan, di Kuala Lumpur hari ini.

“Yazid yang mempunyai kaitan secara langsung kepada kejadian 11 Sept 2011 di Amerika Syarikat telah ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor untuk tempoh dua tahun, di bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pota)."

Abdul Hamid berkata, polis juga akan terus berhubung dengan Yazid dalam proses pemulihan.

“Kami tidak akan berhenti membantu mereka yang terlibat dalam apa-apa elemen sama ada Daesh (IS) atau LTTE atau apa juga bentuk elemen keganasan, untuk kembali kepada masyarakat,” katanya.

- Bernama

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

KES PINDA AUDIT 1MDB | Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau dan anggota pasukan khas audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terkejut apabila mendengar rakaman suara meminta menggugurkan penyata kewangan 1MDB semasa mesyuarat membincangkan laporan audit syarikat itu.

Nor Salwani Muhammad, 52, berkata beliau mendengar rakaman mesyuarat itu bersama pasukannya sebaik sahaja kembali ke pejabatnya selepas mengiringi bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang dan seorang pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad untuk menghadiri mesyuarat itu pada 24 Feb, 2016.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Gopal Sri Ram pada hari keempat perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan audit akhir 1MDB.

"Selepas mendengar rakaman itu, kami terkejut dengan apa yang berlaku dalam mesyuarat. Antara yang memeranjatkan kami adalah apabila diminta menggugurkan dua penyata kewangan 1MDB supaya ia tidak dilaporkan dalam laporan audit,” katanya.

Saksi berkata, selepas mendengar rakaman audio itu yang dirakam menggunakan perakam, beliau telah memindahkannnya ke dalam cakera keras rasmi milik JAN dan 'thumb drive’ untuk tujuan keselamatan.

Jelas beliau lagi, rakaman asal audio tersebut telah dipadam kerana beliau bimbang akan diambil tindakan berikutan tindakannya merakam mesyuarat itu tanpa memaklumkan kepada pengerusi mesyuarat.

Mesyuarat itu turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, Arul Kanda, Shukry Mohd Salleh daripada Pejabat Perdana Menteri serta Mohamad Isa Hussain daripada Perbendaharaan.

Selasa lepas, ketika memberi keterangan, Ali menegaskan bahawa mesyuarat 24 Feb, 2016 itu diadakan atas arahan Najib yang mahu penyelarasan dalam Laporan Audit 1MDB.

Nor Salwani berkata, sepanjang 22 tahun bekerja, pengalaman mendengar rakaman mesyuarat bertarikh 24 Feb 2016 itu adalah yang pertama bagi beliau di mana kandungan rakaman itu sangat mengejutkan.

Sri Ram: Dari segi kebiasaan, bagaimana kamu menerangkan keadaannya (mesyuarat 24 Feb, 2016)?

Nor Salwani: Tidak normal

Terdahulu, saksi itu mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1MDB pada 24 Feb 2016.

Katanya beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik Saadatul Nafisah tanpa pengetahuannya (Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula bagi tujuan membuat minit mesyuarat kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat.

Najib, 66, diwakili oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili oleh peguam Datuk N. Sivananthan.

Najib didakwa menggunakan jawatannya mengarahkan supaya laporan audit akhir 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Sunday, 17 November 2019

Apabila rakyat anggap pemimpin sebaik-baik golongan jin

Pemimpin parti kerajaan tidak kira apa bangsa dan agama patut sedar rakyat sedang anggap kamu semua pemimpin sebaik-baik golongan 'jin'.

Bijak berpura-pura suci dengan menghala telunjuk kearah pemimpin parti pemerintah dahulu seolah-olah kini tidak berlaku tangan dibawah meja sebelum masuk poket.

Tekanan melalui peruntukkan undang-undang terhadap pemimpin parti yang ditumbangkan pada PRU ke-14 juga tidak menjanjikan sebuah keseronokan pada rakyat. Sungguhpun pada peringkat awal tekanan itu menampakkan kesungguhan kerajaan untuk sebuah keadilan.

Namun rakyat telah membuka pintu minda untuk sebuah penilaian jernih dengan mengambil kira pembebasan terhadap pemimpin parti kerajaan yang sedang menjalani hukuman.

Tidak meneruskan satu kes yang sedang berjalan di Mahkamah terhadap seorang pemimpin parti kerajaan bukan Melayu juga bukan satu pekara yang dibanggakan rakyat, kerana undang-undang tetap undang-undang.

Kerajaan patut akui kelemahan disebalik sebuah kuasa yang di miliki melalui tangan rakyat bukan pintu penunjuk tamak haloba untuk menekan pundak rakyat.

Kerusakan berpunca dari kuasa tidak bertempat selalunya dilanda taufan nafsu.

Pada siri kempen PRU ke-14 segala janji dibuat berasaskan keserakahan nafsu IBLIS sukar disucikan, kerana sebuah penuturan berupa janji tanpa mengukur kemampuan samalah tajamkan mata pisau untuk tikam perut sendiri.

Rakyat yang termakan dan menelan hasutan serta janji bulan bintang PH menang rakyat senang, rupanya senang kena kencing.

Sedarlah, rakyat tidak mahu melihat keindahan pada kata-kata.Rakyat mahu adalah ke molekan pada pelaksanaan yang menguntungkan semua lapisan.

Sedarlah, dikala pemimpin menikmati elaun atau gaji puluhan bahkan ratusan ribu, rakyat dipaksa hidup dengan pendapatan seribu.

Oleh itu, kerajaan perlu ingat sebelum rakyat ubah



Tidak perlu post-mortem jika tunai janji PRU14

Pakatan Harapan akan adakan post-mortem tentang kekalahan parti itu kepada Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai, Johor yang berakhir semalam.

Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), dan beliau juga orang kuat Majlis Presiden menjangkakan post-mortem diadakan pada minggu hadapan.

PH tidak perlu post-mortem kerana jawapan masih disimpan dalam buku manifesto PH.

Sekiranya janji-janji manifesto ditunaikan pasti rakyat tidak muak dan mual melihat muka para pemimpin parti pemerintah.

Kini segala penimpuan untuk meraih undi pada PRU ke-14 secara langsung atau tidak sedang dibalas rakyat.

Tanjung Piai BN dijangka menang besar sebelum penamaan calon lagi

PRK Tanjung Piai - Badan pemikir MCA - Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap) meramalkan BN menang dengan majoriti 7181 undi ( 62.8 %) berdasarkan anggaran 70 % keluar mengundi.

Sokongan kaum Cina kepada BN di Tanjung Piai 32 peratus pada pilihan raya umum ke-14 .

Pilihan raya kecil (PRK Tanjung Piai) sokongan kaum Cina meningkat sekurang-kurangnya 45 %.

Kaji selidik sampel sebanyak 400 responden yang dijalankan Insap beberapa minggu sebelum penamaan calon, kadar sokongan Cina lebih tinggi untuk BN berbanding pada PRU ke-14.

Saturday, 16 November 2019

Syed Saddiq akui kekalahan PH pahit untuk ditelan

Kegagalan jentera Pakatan Harapan (PH) terutamanya jentera pemudanya patut diakui seluruh kepimpinan parti kerajaan termasuk gagal mengendali media sosial berbanding jentera Barisan Nasional (BN).

Dari segi kelengkapan memang BN semuanya kurang, namun pengalaman unggul yang ada pada BN disemua peringkat masih mendahului PH.

Syed Saddiq patut sedar kelebihan BN melalui kelemahan PH sejak hari pertama berkempen.

Penolakkan pengundi terhadap PH berpunca dari PH yang gagal memperbaiki pintu kelemahan yang dikunci dengan janji palsu.

Syed Saddiq tidak perlu berpura-berpura rasa pahit. Kerana calon PH sendiri telah digambarkan kalah lebih awal apabila kamu sendiri gambarkan telah "arwah".



15,086 undi majoriti BN tumbangkan PH di Tanjung Piai

Secara rasmi PH di tendang pengundi dari pelbagai kaum di PRK Tanjung Piai.

Akibat gagal tunai janji PH menang rakyat senang akhirnya di hukum rakyat dengan majoriti berpihak kepada BN 15,086 undi.

Wednesday, 13 November 2019

Halau sesiapa berkempen rumah ke rumah tanpa permit?

PERATURAN kempen rumah ke rumah sepatutnya ditetapkan sebelum hari penamaan calon bukanya selepas.

Umumnya tahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa penuh menentukan peraturan bagi setiap kempen pilihan raya.

Peraturan mengenakan permit untuk kempen rumah ke rumah hanyalah tindakkan terdesak kerajaan manakala SPR hanya alat.

Kita rakyat dapat rasakan Pakatan Harapan (PH) tiada harapan untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, dengan sebab itu juga rakyat khasnya pengundi di kawasan pilihan raya itu merasakan kerajaan PH menggunakan SPR untuk halang kempen rumah ke rumah setelah penerimaan masyarakat kepada Barisan Nasional amat baik.

Pengundi Tanjung Piai diharap dapat menghalau sesiapa yang berkempen rumah ke rumah tanpa permit.

Friday, 1 November 2019

Peringatan Mahathir kepada pengundi Tanjung Piai macam bercakap dengan cermin

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berpesan kepada pengundi Tanjung Piai supaya tidak terpedaya dengan janji pembangkang, kerana kerajaan sahaja yang mampu membantu rakyat dikawasan pilihan raya kecil (PRK) itu.

Pesanan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) seperti orang bercakap dengan cermin.

Semasa Barisan Nasional (BN) memerintah manusia yang bercakap dengan cermin itu telah menabur janji dan fitnah sehingga tumbanglah kerajaan BN.

 Pemimpin BN dari bawah hingga atas berpesan kepada pengundi supaya tidak percayai janji-janji dan fitnah pembangkang, oleh kerana pengundi memilih untuk meletakkan otak lembu di kepala akhirnya harga kangkong tak mampu diturunkan.