Wednesday, 8 May 2019

Kerajaan failkan saman pelucuthakan ke atas Najib, Rosmah


Kerajaan dan pihak polis memfailkan dua saman perlucuthakan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan beberapa yang lain bagi menyita barang-barang mewah berjumlah RM711 juta, termasuk 27 kereta mewah dan hartanah daripada mereka yang terlibat.

The Edge melaporkan bahawa dua notis usul dan afidavit sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam untuk merampas barang-barang itu, yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB.

Sumber yang dipetik berkata ia adalah langkah susulan selepas penyitaan barang berharga tahun lepas di kediaman yang dikaitkan dengan Najib di beberapa kawasan, termasuk Bukit Bintang.

Notis pertama yang difailkan semalam adalah untuk merampas harta di Lembah Klang, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam bernilai RM680 juta.

Perisytiharan kedua ialah bagi merampas barang bernilai RM31 juta, termasuk 27 kereta mewah, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), 29 akaun bank, jam tangan dan beg.

Difahamkan, Supt Foo Wei Min, yang mengetuai Unit Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dalam operasi dan penyiasatan, mengesahkan kewujudan afidavit yang menyokong tindakan untuk melucut hak harta berkenaan.

Unit itu juga dikatakan dibantu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendengaran permohonan akan mengambil masa sehingga sebulan, lapor The Edge.

Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas mengesahkan bahawa Malaysia telah menerima AS$57 juta (RM236 juta) dari AS, yang merupakan wang yang telah dilucuthakkan dari Red Granite Pictures selepas dituduh membiayai filem menggunakan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB.

Pada Mac lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun, menegaskan bahawa siasatan ke atas barangan yang dirampas mesti selesai pada atau sebelum 16 Mei.

Ini kerana pihak polis hanya mempunyai sehingga tarikh itu untuk memegang barang yang dirampas. Selepas itu, Fuzi berkata, pihak polis perlu melalui proses tertentu, termasuk cadangan dari mahkamah sebelum meneruskan siasatan.

Pada 27 Jun tahun lalu, bekas Pengarah CCID Bukit Aman Amar Singh dilaporkan berkata jumlah nilai barang yang disita berkaitan dengan kes 1MDB adalah antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.
Link sumber- https://m.malaysiakini.com/news/475288




Tuesday, 7 May 2019

25 Penduduk Palestin Terbunuh

Selasa , 07-05-2019 – Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan, 25 orang penduduk awam Palestin terbunuh dan lebih 1500 lagi cedera berikutan serangan ganas berterusan tentera rejim zionis Israel ke atas bumi Gaza yang terkepung itu.

Pesawat tempur dan bot perang Israel menyerang beberapa sasaran dan kediaman di Semenanjung Gaza pada hari Ahad kelmarin. Sementara itu, pihak penjuang Islam Palestin menyerang balas dengan menembak berpuluh peluru roket ke arah petempatan haram Yahudi di seberang tembok sempadan kawasan Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, warga yang terkorban termasuk dua wanita mengandung dan tiga bayi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin
-PALESTIN KINI

Seludup Telur Kena 25 Tahun Penjara


Nak hidup senang tak nak hidup susah adalah lumrah manusia.

Kisah kali ini berkaitan dengan dua lelaki Tanzania yang dikenakan hukuman 25 tahun penjara.

Kesalahan dua lelaki itu kerana menyeludup 16 biji telur burung unta.

Penyeludupan yang dilakukan disabitkan dengan kesalahan 'mensabotaj ekonomi'.

Kalau di Malaysia bagaimana?. Adakah penyeludup yang menyeludup keluar hasil dalam negara boleh disabitkan kesalahan 'mensabotaj ekonomi'?. Penulis tak tahu,...hanya cukup sekadar bertanya.

Di Tanzania telur burung unta lazimnya digunakan bagi tujuan perubatan tradisional. Ada juga untuk ole-ole para pelancong.

Pesalah yang dihukum penjara selama 25 tahun merupakan adik beradik, beliau adalah Julius Marwa, 42, dan Matiko Marwa, 32.

Menurut sumber di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Daerah Serengeti, hukuman itu dijatuhkan oleh hakim Ismael Ngaila.

Menurut berita atas talian yang menyiarkan berita ini. Ketika ditahan dua beradik itu dikatakan merancang untuk menjual telur yang diseludup itu di negara jiran, Kenya yang kononya telur burung unta mampu mengubati penyakit AIDS.

Wednesday, 1 May 2019

Dosa semalam, ikhlaskah taubat kita hari ini?

Sungguh sahabat!...sebenarnya Allah tidak melihat seberapa besar dosa yang pernah dilakukan dimasa lalu, tetapi seberapa ikhlas taubat kita hari ini setelah menyesali kelakuan buruk dimasa lalu.

Allah sentiasa memberi pertunjuk jelas kepada orang-orang berserah diri pada-Nya.

Oleh itu, bertaubatlah sebelum terlambat dan bersabarlah  dengan segala umpat keji orang lain terhadap kita diatas kelakuan lalu, kerana mereka mungkin tidak mengerti maksud Tak Ada Insan Suci Yang Tak Mempunyai Masa Lampau, Dan Tak Ada Insan Berdosa Yang Tidak Mempunyai Masa Depan.

Semuga usaha kita memperbaiki diri di terima disisi-Nya.