Friday, 13 July 2018
UEC: Antara Tidak Tahu Dan Buat Tidak Tahu
Oleh ARIF ATAN
"Saya mengajar homeschool IGCSE. salah seorang pelajar saya bekas aliran UEC. ibu bapa mereka menukar sekolah kerana anak mereka tidak mahir berbahasa English dan Melayu. Sampai sekarang sudah 7 bulan, anak murid saya tidak mahu bercakap dengan saya menggunakan bahasa Melayu. Bersungguh saya mengajar dia bahasa Melayu. Dan dia tidak ada minat langsung dengan bahasa Melayu. Bukankah dengan bahasa, kita akan jadi lebih rapat bukan? dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan saya dan pelajar yang bukan berbahasa mandarin."
Itu antara reaksi mereka yang bergelumang dan berdepan sendiri dengan hakikat sikap murid asuhan UEC. Mungkin Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak tahu. Mungkin pula Timbalannya, Teo Nie Ching buat-buat tidak tahu. Mungkinlah. Kita pun tidak tahu.
Mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) sebenarnya satu langkah ke belakang kerana UEC datang dari sistem pendidikan berasaskan perkauman bukan berteraskan kebangsaan bagi sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat.
UEC lahir dari sekolah vernakular Cina warisan zaman penjajah yang tidak diiktiraf pendidikan kebangsaan. Mengiktiraf UEC bersifat kontradik dengan semangat Malaysia Baru dan ketika satu dunia bercakap tentang Revolusi Industri 4.0.
Mengiktiraf UEC sekaligus memberi isyarat bahawa kerajaan PH akan memberi muka kepada lebih banyak lagi tuntutan perkauman yang hanya meningkatkan lagi darjah prejudis antara rakyat berbilang kaum bahkan mencabar semangat Perlembagaan.
Syarat mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menghalalkan UEC untuk diiktiraf hanya solekan semata-mata sebabnya kurikulum dan format soalan penguasaan Bahasa Melayu bagi UEC jauh lebih rendah arasnya berbanding Bahasa Melayu SPM.
Bandingkan saja format Bahasa Melayu UPSR bagi kertas Penulisan dan Pemahaman antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Kalau mata pelajaran Bahasa Melayu bagi SMPC, apa tah lagi.
Dari segi roh dan praktikalnya, lepasan UEC berkiblatkan semangat Cina melangkaui jati diri sebagai anak Malaysia. Bayangkan bagaimana pemegang sijil UEC mahu hidup di universiti awam (UA) atau bekerja dalam perkhidmatan awam, atau UA dan sektor kerajaan akan datang perlu diubah ikut nilai pemikiran mereka yang tidak fasih berbahasa kebangsaan dan berkiblatkan Taiwan?
Sudah puluhan tahun Dong Zong menuntut supaya kerajaan memberi ruang lebih luas kepada pendidikan kaum Cina dengan mengenakan tekanan demi tekanan perkauman melalui pelbagai tuntutan menjelang setiap kali pilihan raya.
Sejarah asal usul lahirnya UEC mesti diketahui apa lagi di pihak kerajaan PH kerana setiap polisi yang hendak dibuat bukan sekadar untuk memancing undi kaum setiap kali pilihan raya tetapi paling penting kestabilan negara dan pengukuhan negara bangsa untuk jangka panjang.
Jadi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini jangan malas mengkaji sebelum membuat keputusan. Kerajaan PH perlu meneliti susur galur perjuangan pendidikan Cina termasuk bagaimana wujudnya sijil UEC ini yang merupakan hasil 'perjuangan' menolak sistem pendidikan kebangsaan.
Itu realiti, kerajaan dan penyokong PH tidak harus nafi. Laungan Malaysia Baru juga tidak ada makna jika kerajaan PH tunduk pada tuntutan perkauman ketika banyak lagi manifesto Harapan belum nampak tunas pun lagi.
Sebaliknya, jika PH cepat-cepat mengiktiraf UEC sekalipun terang-terang boleh menjejaskan usaha memupuk perpaduan melalui pendidikan kebangsaan, hanya akan membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa PH atau pemimpin-pemimpin Melayu dalam PH adalah alat atau tunggangan DAP.
Adakah itu yang PH mahu ketika kerajaan pasca PRU-14 terbina pun atas sokongan undi Melayu yang relatif jauh lebih rendah berbanding bukan Melayu?
Bahkan, kalau PH terpaksa mengiktiraf UEC dengan sebab terhutang budi dengan pengundi Cina pada PRU-14, jelas itu juga anggapan yang terlalu naif politik. PH buat pertama kali berjaya tumbangkan BN di peringkat Persekutuan kerana turut mendapat sokongan pengundi Melayu bukan hanya Cina semata-mata.
Kalau PH tidak mengiktiraf UEC pun dengan hujah tegas mengutamakan kepentingan kebangsaan dan menumpukan usaha menggilap perpaduan nasional melalui pemerkasaan sebenar sekolah kebangsaan, mustahil PH akan hilang majoriti sokongan bukan Melayu terutama pengundi Cina.
Tapi kalau PRU-15 nanti, pengundi Cina boleh pula majoritinya menolak PH atas alasan kerajaan tidak mengiktiraf UEC seperti termaktub dalam buku Harapan, itu isyarat jelas untuk kita semua sebagai RAKYAT yang mencintai tanah air ini satu-satunya, BANGKIT tidak memberi muka langsung kepada bermacam-macam desakan perkauman sejak zaman merdeka lagi yang sebenarnya mengancam penerapan nilai-nilai kebangsaan yang telah lama disepakati untuk masyarakat berbilang kaum hidup rukun damai.
Wednesday, 11 July 2018
Anak Najib Hidap Kanser Tahap 4, Sukar Bayar Bil Rawatan
Puteri Norlisa, anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghidap kanser tahap empat (akhir), dilaporkan tertekan susulan pembekuan akaun banknya.
Adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin berkata, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norlisa, 37, sukar membayar bila hospital bagi rawatan kimoterapi bagi kanser darah, lapor Utusan Online.
“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser.
“Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.
“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata.
SPRM baru-baru ini dilapor membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman dan Mohd Nizar susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.
Norlisa dilapor dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu dan kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.
“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.
“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata.
Laporan itu tidak menyebut Norlisa dirawat di hospital mana.
Nazifuddin berharap kerajaan Pakatan Harapan lebih prihatin terhadap nasib kakaknya.
Sementara itu, Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini mendedahkan cek peribadinya untuk membayar bil hospital anaknya ditendang bank.
Perkara itu membuatkan beliau sedar akaun banknya dibekukan.
Najib bagaimanapun berkata beliau difahamkan akaun bank anak-anaknya tidak lagi dibekukan bermula pagi ini.
Beliau justeru berkata, tindakan itu membuktikan pembekuan sebelum ini sebenarnya tidak berasas.
Tuesday, 10 July 2018
Bila Ashman Najib Berdiri Bersama Perjuangan Rakyat
BILA ASHMAN NAJIB BERDIRI BERSAMA PERJUANGAN RAKYAT
Saya sentiasa besar hati setiap kali berjumpa Gina, Daniar dan Ashman. Saya pernah memusuhi ayah mereka tetapi mereka sentiasa menghurmati saya dengan penuh sopan. Ianya membuatkan saya rasa luluh hati sebenarnya. Saya tidak ragu-ragu menulis tentang mereka kerana anda akan tahu saya tidak berbohong apabila anda temui mereka.
Riza juga begitu (dia tiada di sana semalam). Anda lihat di media, Riza digambarkan sebagai penerbit filem Hollywood yang hidup berfoya-foya dan bongkak dengan kemahsyuran serta kekayaan. Hakikatnya, jika anda temui Riza, anda akan fikir dia geng lepak kedai mamak atau anak cikgu sekolah. No joke.
Saya tidak pernah temui anak-anak DS Najib dari perkahwinan pertama. Saya tidak akan menulis tentang perkara yang tidak saya ketahui, jauh sekali menulis sesuatu yang tidak benar. Semoga satu hari nanti saya boleh menulis tentang mereka juga.
DS Rosmah Mansor (mak tiri saya ๐คฆ๐ป♀️ sebab dia bercakap takde nye nak sejuk hati) akan marah saya kalau saya tulis tentang anak-anaknya, “kau suka sangat tulis tentang anak-anak aku. Nanti orang fikir hand bag kau tu aku kasi. Kau lah ni dulu hari-hari kutuk aku” ๐ ๐ผ♀️. Anda tengok! Sebab tu saya malas layan DS Rosmah. Tun Siti dulu panggil saya sayang. DS Rosmah ni “aku kau” je dengan saya๐♀️. Lebih baik saya borak dengan anak-anak dia dari cair taik telinga cakap dengan dia tau tak? ๐
Ok. Now berbalik kepada anak-anaknya. Semalam saya minta Gina ambilkan gambar saya dengan Ashman sebab ada sesuatu yang ingin saya tulis tentang Ashman. Saya taknak simpan gambar dengan Gina sebab biasanya saya suka menulis dari gambar yang terkini. Nanti bila nak tulis tentang Gina, saya akan ambil gambar baru. Banyak nak di ceritakan tentang Gina.
Saya mahu menulis tentang mereka kerana ianya mungkin menjadi inspirasi untuk anak muda Malaysia. Ianya juga untuk anda lebih mengenali siapa anak-anak Negarawan ini. Selama ini mereka sentiasa jauh dari lensa kerana kehidupan peribadi adalah hak peribadi.
Namun, saya fikir ada baiknya saya bercerita tentang mereka kerana ianya akan lebih mendekatkan mereka kepada rakyat. Lagipun, saya teruja dengan kuasa kasih sayang terhadap perjuangan seorang Negarawan yang sedang bangkit melawan, DS Najib Razak.
No doubt, Ashman sangat handsome. Dia maskulin, manis dan punyai raut Melayu bangsawan. Itu muka, tapi budi bahasanya saya bagi 10 cap jari. Sesiapa yang ada anak dara yang dewasa, suruh lah depa follow Ashman di Instagram. Tapi jangan mimpi nak dating dengan Ashman kalau tak belanja “kak nina” teh tarik dulu k๐♀️.
Ashman anak bongsu DS Najib. Ashman kawan baik DS Najib. Ashman buah hati DS Najib.
TETAPI, hari ini Ashman mengalami satu proses transformasi luar biasa. Kini Ashman pembela DS Najib. Kini Ashman kekuatan DS Najib. Kini Ashman berdiri untuk Negarawan demi perjuangan bersama rakyat Malaysia.
Semalam ahli UMNO dan rakyat bukan menderma kerana DS Najib miskin. Tetapi, kerana rakyat mahu DS Najib bangkit untuk membela rakyat. DS Najib perlu bangkit melawan kerana perjuangan di mahkamah ini bukan perjuangan DS Najib seorang, tetapi ini adalah perjuangan rakyat, khususnya orang Islam dan Melayu.
Di sini lah pentingnya peranan Ashman. Di mana DS Najib berada, di situ lah Ashman berdiri. Saya bangga melihat Ashman yang sentiasa berdiri kuat dengan wajah yang tidak pernah lekang dari senyuman kerana itulah lambang kekuatan seorang anak pejuang rakyat.
Pejuang rakyat yang sebenar adalah DS Najib. DS Najib lah Perdana Menteri yang bangunkan ekonomi dan infrastruktur negara untuk rakyat, bukan untuk keluarga, bukan untuk kroni.
Ashman bukan businesman yang kaya raya. Jauh sekali bergelar billionnaire! Ashman tidak minta direct award dari ayahnya. Ashman tidak minta “bail out” berbillion Ringgit dari ayahnya. Ashman tidak minta nak jadi Ketua Pemuda dari ayahnya. Ashman tidak miliki kuda, jet peribadi, kapal layar, malah kereta pun Ashman tak drive!
Walaupun DS Najib tidak berikan kekayaan dunia kepada anak bongsunya ini, tapi Ashman tidak pernah tidak ada di sisi ayahnya. Dialah yang menemani ayah nya bersama adik beradik nya yang lain. Dia lah yang berurusan di kaunter mahkamah untuk semua urusan dokumentasi mahkamah dan menjamin ayahnya bersama adik beradik nya yang lain. Dialah yang menunggu hingga ayahnya selesai segala urusan mahkamah sebelum meninggalkan mahkamah bersama adik beradiknya yang lain.
Dulu anda kutuk Ashman kononnya budak yang gila muzik dan hidup berfoya-foya. Hey, saya pun menyanyi dalam bilik air lah. Makcik bawang kat kampung pun menyanyi di dapur lah. Penuh orang menyanyi di karaoke. Konsert artis barat penuh penonton hingga ke bumbung stadium. Tengok cai PH lagi dahsyat. Depa nyanyi “hidup tun!” sebaik bangun tidur dan sebelum tidur malam๐คฆ๐ป♀️
Ashman tidak pernah menyusahkan rakyat. Ashman tidak pernah ambil hak rakyat. Ashman tidak pernah masuk ke kampung menipu rakyat . Ashman hanya berdiri untuk seorang Negarawan, dan dialah pejuang untuk rakyat Malaysia hari ini. Kuat Ashman, kuatlah DS Najib!
Kak Nina bangga dengan Ashman!
Anina Saadudin
#EmpiricalLife
Menteri Pengsan Ketika Dengar Amanat Tun M
MENTERI PENGSAN KETIKA DENGAR AMANAT TUN M
Semasa perhimpunan JPM, Perdana Menteri berpesan kepada penjawat awam jangan guna jawatan untuk kayakan keluarga dan kawan-kawan.
Sejurus selepas itu, seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pengsan dan dikejarkan ke hospital. Beliau di laporkan stabil dan sedang berehat.
Umum tahu yang anak-anak Tun M mengumpul kekayaan diwaktu pertama kali beliau jadi Perdana Menteri dan salah seorang anaknya tersenarai sebagai 10 orang terkaya di Malaysia.
Kalau abam pun, abam akan pengsan atau buat-buat pengsan sebab tak sanggup nak tahan gelak dengar kata-kata hipokrit macam tu..
Kah kah kah kah...
#OhMyPM #ThisIsMalaysiaLah #DontSayBrotherDontUmbrella #BrotherAlwaysUmbrellaYouKnow
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155846866467675&id=653722674
Jangan Iktiraf UEC - Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO tidak bersetuju sebarang pengiktirafan ke atas Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) dan mendesak kerajaan mempertahankan sistem pendidikan sedia ada.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pengiktirafan UEC hanya akan menyebabkan Malaysia gagal mewujudkan nilai kenegaraan bagi membina identiti bangsa yang bersepadu.
"Kita harus melihat kepada kepentingan negara dan sebab itu saya tertarik ulasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya mengutamakan Malaysia dahulu, baru bangsa dan atas semangat itu kita harus pertahankan sistem bersifat nasional dan bukan bersifat perkauman.
"Jika kita membenarkan ruang berasaskan kaum atau bangsa, kita tidak dapat mewujudkan nilai kenegaraan sebagaimana yang kita hasratkan, atas semangat itu, Pemuda UMNO tidak bersetuju mengiktiraf sijil UEC," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini. Yang turut hadir, naibnya, Shahril Sufian Hamdan dan EXCO pergerakan itu.
Mengulas mengenai desakan bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin supaya kerajaan menutup sekolah tahfiz, Asyraf menyifatkan pandangan itu sebagai dangkal.
"Apa sahaja seruan untuk menutup sekolah tahfiz, mereka harus jelas dengan kuasa Majlis Raja-Raja dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri.
"Apa juga keputusan, harus rujuk Majlis Raja-Raja. Saya rasa hujah untuk menutup sekolah tahfiz tidak kuat, bahkan amat dangkal," katanya.
Asyraf berkata, kerajaan sebaliknya harus memperkasakan lagi sekolah tahfiz kerana kewujudannya bukan bersifat politik.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu sudah merangka 'blueprint' yang jelas untuk pelajar tahfiz kerana kita bukan sahaja mahu melahirkan generasi tahfiz yang hanya tahu menghafal al-Quran sebaliknya generasi mempunyai pelbagai kemahiran lain.
"Kita mahu pelajar tahfiz ini tidak ketinggalan dalam sistem pendidikan negara," katanya.
Friday, 6 July 2018
Pelaku LGBT Antara Dia Dengan Allah, Tapi Warganegara Ada Hak - Menteri
Menteri agama yang baru, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengulas mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), berkata setiap warganegara mempunyai hak mereka.
Justeru, beliau yang dikritik bersikap 'lunak' dengan golongan berkenaan berpendapat mana-mana warganegara tidak kira sama ada mereka LGBT atau bukan sekiranya tidak melakukan jenayah, pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang.
Walaupun perbuatan golongan LGBT itu berdosa namun Mujahid menjelaskan, sekiranya ia tidak mencabar undang-undang negara, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan.
"Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi pun tetap haram tetapi itu antara dia dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan.
"Contohnya, minum arak berdosa, haram. Kalau dia minum secara terbuka dan berkata "suka hati aku nak minum" itu jenayah. Kerana mencabar undang-undang.
Ruang personal, ruang publik
"Secara moralnya, itu dia ada dia punya ruang personal. Tetapi jangan memberi galakkan di ruang publik sebab ia akan menjadi jenayah. Kalau di ruang personal, tiada siapa, sebagai Muslim tetap bersalah dan berdosa," ujarnya dalam wawancara bersama Malaysiakini.
Sehubungan itu, Mujahid berkata beliau akan terus melakukan dialog dan mendekati golongan berkenaan bagi memberi penjelasan bahawa perbuatan yang dilakukan mereka bercanggah dengan agama Islam.
"Di sini kita perlukan dialog. Dialog bukan bermakna menyokong. Kita tak sokong LGBT, ia perbuatan bercanggah dengan Islam, melanggar moral dan adat.
"Tetapi dengan dialog kita akan dapat banyak faedah untuk saya jelaskan pada mereka," katanya lagi.
Manakala itu, anggota parlimen Parit Buntar berkata usul Rang Undang-undang 355 (RUU355) tidak substantif berbanding isu yang melibatkan penstrukturan semula mahkamah syariah.
Bagaimanapun, Mujahid berkata, terpulang kepada pihak kerajaan sama ada mahu membawa usul berkenaan di sidang Parlimen akan datang atau tidak.
"Saya rasa isu ini (RUU355) ini isu politik dan bukan substantif. Sebab isu yang substantif ialah untuk memperkasakan mahkamah syariah, bukan meningkatkan had hukum.
"Isunya ialah mempertingkatkan segala kelemahan yang ada di mahkamah syariah seperti macam mana perlu perkasakan lagi struktur proses, sumber manusia, gaji para hakim. Kan ia lebih substantif.
"Kalau tingkatkan had hukum adakah selesai isu-isu ini?" Soal Mujahid.
Ditanya lagi sekiranya ada 'harapan' usul itu akan dibawakan pada sidang parlimen yang akan bermula 16 Julai ini, Mujahid kata ia terpulang kepada kerajaan.
PAS punya hak bawa usul
"Saya tak tahu. Terpulang pada PAS sebab dia mempunyai hak nak bawa (usul itu). Tapi terpulang pada kerajaan hari ini sama ada lihat ia keutamaan.
"Kami tidak akan politikkan isu agama kerana ada benda lain yang lebih besar daripada politik ini," kata Mujahid lagi.
Usul RUU 355 atau pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 gagal dibahaskan pada sidang parlimen yang lalu.
Sebelum itu, usul berkenaan dibentang tiga kali pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April 2016 oleh Hadi sebagai usul persendirian.
Namun pihak PAS menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat yang lalu agar memasukkan usul berkenaan ke dalam sidang penggal ke-14.
Usul pindaan Akta 355 mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku syariah dan mencadangkan hukuman maksimum terhadap pesalah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.
Hukuman sebelum ini ialah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan.
Thursday, 5 July 2018
MP Yang Tinggalkan Parti Tiada Maruah - Zahid
KUALA LUMPUR 4 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara tegas menyifatkan ahli Parlimen yang meninggalkan parti tersebut sebagai tidak bermaruah.
Ahmad Zahid berkata, hal ini kerana kemenangan yang diraih mereka bukan disebabkan oleh kapasiti individu, sebaliknya kerana bantuan parti serta ahli akar umbi.
Di samping itu, beliau turut menyokong penuh desakan yang dilakukan oleh ketua-ketua sayap supaya ahli Parlimen terbabit melepaskan jawatan.
“Jika mereka merupakan ahli Parlimen yang bermaruah, mereka haruslah meletakkan jawatan dan sanggup menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.
“Seharusnya mereka berlapang dada dan berfikiran terbuka, bukan melayani permasalahan peribadi yang sedang dihadapi oleh mereka dan membalikkan permasalahan itu seolah-oleh tidak yakin kepada UMNO,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pertama di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hadir sama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Ketua Puteri UMMO, Datuk Zahida Zarik Khan.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama rakan komponen lain dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan kelak.
“Kita (dalam mesyuarat MT) sudah bincangkan berkenaan pilihan raya Sungai Kandis dan sebarang keputusan akan diberikan pada hari yang sesuai,” katanya.
Menyentuh tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah menyokong pelantikan Speaker dalam kalangan calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Zahid menjelaskan, perkara tersebut dibuat atas restu parti.
“Mereka mengambil keputusan berkenaan setelah Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah merestuinya dan tentu keputusan itu adalah keputusan yang dibuat oleh parti,” katanya.
Wednesday, 4 July 2018
Kenapa Ketika Ada Kuasa, Najib Tak Tangkap Pembangkang?
Pelik juga aku apabila ada orang komen, ketika DS Najib berkuasa dulu, kenapa beliau tidak gunakan kuasa untuk menahan dan mendakwa pembangkang?
Hari ini katanya beliau sudah menjadi mangsa salah guna kuasa.
Bagi aku, jika beliau menggunakan kuasa sesuka hati beliau menangkap dan mendakwa pembangkang ketika itu, lagi besar kemenangan PH.
Dan apabila PH menang, sudah tentu orang ramai tidak lagi bersimpati dan berkata padan muka kerana ketika beliau berkuasa dahulu beliau juga suka menahan dan mendakwa musuh-musuh politik beliau seperti yang beliau hadapi saat-saat ini.
Sepatutnya orang yang mengomen itu bersyukur yang DS Najib ketika berkuasa dahulu, beliau tidak menyalahgunakan kuasa untuk menahan dan memenjarakan lawan politik sesuka hati.
Sebenarnya apabila akmal kita kurang, kita akan cakap benda-benda yang bodoh dan merapu...
dari FB : Azman Hussin
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1702469523200378&id=100003120392995
Belajarlah Dari Istiqomah Ahli PKR...
Sesungguhnya merasa amat kagum dengan ahli2 PKR yang amat setia dan istiqamah perjuangan ahli PKR.
Dari tahun 1999, DSAI dibicara, kemudiannya didapati bersalah seterusnya dihukum penjara beberapa kali sehinggalah diberi pengampunan. Namun beliau tetap diberi sokongan oleh ahli2 PKR tanpa rasa berbelah bagi. Sayangnya mereka pada ketua mereka dan tetap yakin bahawa walaupun mahkamah mendapati DSAI bersalah mereka tetap mempertahankan beliau.
Berbeza sama sekali dengan sokongan orang UMNO pd Dato’ Sri Najib Tun Razak. Baru peringkat siasatan, masih belum sampai pendakwaan lagi tp berlumba-lumba ahli UMNO termasuklah bekas MB Johor meluahkan rasa hati betapa selama ini mereka tahu berkenaan 1MDB yang kononnya tidak telus.
Termasuklah jugak seorang barua ini, MP Rembau yang secara tiba2 mempunyai sifat khusyuk dan tawadduk berkata menyesal kerana tidak menegur DSN lebih awal ttg 1MDB. WTF!!!.... kemudian berlumba2 pula puak2 dlm BN meninggalkan pakatan kerana mahu bebas. Mereka lupa tiket kemenangan mereka adalah BN.
Saya malu tengok perangai org BN tetapi saya lebih malu melihat ada kalangan ahli UMNO terutamanya si BANGSAT #KhairyJamaluddin yg langsung tiada sifat kesetiaan dan istiqamah tiba2 ingin mengajar ahli UMNO ttg perjuangan. You should be ashamed lah #KJ.
Semoga DSN tabah dalam menjalani ujian ini semua. Beliau tidak pun menjerit REFORMASI. Tidak sesekali beliau mengungkapkan KONSPIRASI tetapi beliau hanya sedih melihat segala apa yg beliau lakukan utk anak bangsa dan tanah air sedikit demi sedikit tergadai kerana fitnah dan ketamakan bangsanya sendiri. Wallahualam
#SoladaritiuntukNajib
Dari FB: Azizi Yahaya
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214921462003353&id=1032087152
Sunday, 1 July 2018
Orang Melayu Tak Boleh Harap Kerajaan PH - Najib
tidak boleh berharap lagi kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk perjuang nasib mereka.
Ini kerana, kata bekas perdana menteri tersebut, kekuatan parti Melayu dalam gabungan PH berkenaan sebenarnya datang daripada sokongan pengundi orang bukan Melayu ekoran kerusi kawasan itu tidak ditandingi calon DAP.
“Setakat ini, pihak kerajaan PH sudah pun mengizinkan pencabulan bahasa Melayu, agenda Islam dan bumiputera juga tidak lagi akan mendapat tempat utama dalam aspek pentadbiran mereka selepas ini.
“Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat di negara sendiri jika UMNO hilang kuasa. Kita sudah terlepas kuasa dan mesti tabah hadapi ujian Allah SWT,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, tengah malam tadi.
Dalam pada itu, menurut Najib, beliau berharap semoga UMNO dapat mengembalikan semula keyakinan orang Melayu menerusi perpaduan kukuh dan kasih ahli UMNO kepada parti.
“Insya-Allah dengan adanya perpaduan lebih kukuh dan kasih kepada parti, UMNO boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu,” katanya. – Mynewshub.tv
Why 95% Of The Chinese Reject BN
Over 90% of Chinese voters rejected BN in GE14 because they saw no future under the NEP and believed PH could end the inequality.
Tay Tian Yan, Sin Chew Daily
Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad concluded that “Chinese Malaysians are rich” after seeing so many wealthy Chinese Malaysian students in London.
So he confirmed that the government needs to help the Malays in order to avoid conflicts with richer ethnic groups, in particular the Chinese.
Mahathir should have visited London regularly, but I’m not sure whether he has noticed that most of the passengers onboard the London-bound MAS flights are actually the Malays!
He also won’t miss seeing Malay faces in London’s most celebrated shopping areas of Knightsbridge and Bond Street.
So, what is our conclusion? That all the Malays are rich?
Sure enough we won’t draw this sort of conclusion. Perhaps we may claim that the Malays we see in London’s streets are the nouveaux riches who have benefited tremendously from the New Economic Policy implemented since the 1970s. But, by no means they represent the majority of Malays.
We are also not going to say that the emergence of these Malay nouveaux riches will trigger conflicts with other ethnic groups in the country.
There are many Chinese Malaysian students in London, and the best explanation we can offer is that some Chinese Malaysian families are indeed better off, but not all of them.
Moreover, they normally do not have large families, and are tightening their belts just to make sure their children could gain access to high quality education.
Many Chinese Malaysian students overseas have to take up part-time jobs to partly pay for their tuition fees and day-to-day living expenses. They might be doing the unglamorous dish-washing chores in back kitchens during the bitter cold months of winter.
Many of them have been learning to stand on their own feet and fight the discrimination under NEP in hope of changing their destinies.
We cannot deny that there was justification to the NEP when it was first planned. Its objectives were to restructure the society and eliminate poverty irrespective of race.
Basically, it was supposed to be an affirmative policy meant to rectify the wealth gap in our society.
Unfortunately when Mahathir was the prime minister in the 80s through 90s, the NEP began to drift away from its originally intended objectives to tilt overwhelmingly towards helping the Malay community, overlooking other underprivileged groups in the country, including the Chinese, Indians and indigenous peoples in East Malaysia who need a hand from the government.
Since then NEP has become a protective shield for Malay supremacy that accords special treatment to the Malays in many areas from the education, economy to public services sectors. Those with political and economic connections have been able to accumulate considerable wealth and resources.
NEP has since evolved into a tool for the distribution of political resources, with the politically well connected getting the lion share of the wealth.
Holding the reins of this country, Umno unashamedly monopolized the distribution of economic interests in the name of defending Malay supremacy. This marked the start of Umno’s decline while reinforcing the Malay crutch mentality.
From GE12 to GE14, Chinese Malaysians displayed their increasing distaste for inequality under NEP, not so much because they hated Umno or BN per se. Many of them blamed MCA and Gerakan for BN’s unfair policy.
Over 90% of Chinese voters rejected BN in GE14 because they saw no future under the NEP.
These people supported PH whom they believed could bring such inequality to an end.
Most Chinese Malaysians are not against the government’s affirmative policy, but they hate to see it being exploited to advance the Malay supremacy and cronyism agendas.
Mahathir’s latest statement has brought back to life the haunting ghost of racist NEP, much to the frustration of many who have looked to him for the return of civil justice.
Source : Malaysia Today