Friday, 30 March 2018

TPM Seru Rakyat Sokong Akta "Fake News"





Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata orang yang jujur sudah tentu menyokong RUU tersebut kerana berita palsu menyusahkan rakyat, menghina dan merosakkan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Himpunan Sukarelawan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Khamis.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Pengerusi BN, meminta pengundi kawasan Parlimen Pulai supaya tidak mendengar dakyah pembangkang dan terus memberikan sokongan kepada BN dan Nur Jazlan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau turut meminta pengundi di kawasan itu supaya menaikkan semula majoriti kemenangan kerusi Parliamen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas serta merampas kerusi DUN Perling.

Pada PRU13, Nur Jazlan mengalahkan calon PAS, Salahuddin Ayub dengan majoriti 3,226 undi.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan lebih RM5.5 juta kepada Parlimen Pulai bagi melaksanakan beberapa projek rakyat antaranya membina baharu masjid Taman Kempas (RM2.5 juta), membina bumbung di antara kedai Jalan Tan Hiok Nee dan Jalan Pahang bagi Pusat Kebudayaan Persekutuan Tiong Hua Johor (RM3 juta).

Menggantikan baharu krematorium milik Kuil Arulmigu Rajamariaman di tanah perkuburan India, Jalan Kebun Teh (RM600,000).

Selain itu, sebanyak RM2.4 juta diberikan bagi Program Sentuhan Rakyat yang meliputi dana bantuan bencana, dana pesakit kronik dan program barangan dapur serta RM500,000 lagi bagi melaksanakan program Kepolisan Komuniti di kawasan perumahan.

Thursday, 29 March 2018

“Sukar Buat Gimik Lagi” – Nabila Razali





PADA zaman ini, terlalu banyak cara yang dilakukan bagi mempromosikan sesebuah produk. Strategi pemasaran dengan cara sensasi ‘viral’ kini telah menjadi salah satu taktik berkesan mendapatkan perhatian orang ramai.

Lihat sajalah situasi yang terjadi pada penyanyi, Nabila Razali yang selepas gimik yang dilakukan sebelum melancarkan video muzik pagi lagu sensasinya, Pematah Hati.

Sebelum kejadian itu, tidak dapat dinafikan nama Nabila sebenarnya sedikit suram dalam industri walaupun telah menceburi dalam industri seni sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013.



Jelas Nabila, dia mengakui gimik yang dilakukannya bersama pelakon, Aedy Ashraf itu memberikan impak yang besar buat lagu tersebut serta melonjakkan namanya dalam industri.

Gimik seolah-olah mereka bercinta dan kemudiannya putus itu berjaya menarik perhatian khalayak ramai ketika itu namun penyanyi itu beranggapan gimik seperti itu sukar diulanginya di masa hadapan.

“Selepas melihat respons yang diterima sewaktu ingin mempromosikan single Pematah Hati, saya berpendapat gimik tidak boleh dibuat berulang kali.

“Disebabkan itu, untuk single baharu yang akan datang, saya masih tidak tahu sama ada akan wujud gimik atau tidak kerana segalanya bergantung pada keadaan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.



Ujarnya, tindak balas negatif dari netizen yang diterimanya bagi lagu tersebut secara tidak langsung telah membantu lagu Pematah Hati menjadi lebih dikenali.

Walaupun gimik kontroversi itu memberi impak besar kepada lagu tersebut, Nabila berkata ia bukanlah satu-satunya punca lagu berkenaan popular.

Sebaliknya, kata Nabila lagu Pematah Hati itu mempunyai aura dan tarikan tersendiri yang apatah lagi ia merupakan hasil tangan dua komposer terkenal, Hael Husaini dan Ezra Kong

Bagi mengekalkan magis lagu popular itu, Nabila berharap single baharunya kelak akan turut dihasilkan komposer yang sama memandangkan Hael pandai menghasilkan lagu yang sesuai dengan kebolehan vokalnya.



 “Buat masa sekarang saya masih mencari material yang sesuai untuk dijadikan sebagai single baharu kelak. Namun, buat sama sekarang saya ingin fokus kepada lagu Cahaya Juara.

“Memilih Hael bukan kerana ramai penyanyi berebut untuk mendapatkan khidmatnya. Disebabkan sebelum ini kami pernah bekerjasama, justeru saya selesa bekerja dengannya.

“Hael juga faham cita rasa dan kemampuan saya menyanyikan lagu berentak pop. Terus terang saya masih tidak mempunyai keyakinan untuk mendendangkan lagu berentak balada,” jelas Nabila.

Menurutnya, industri tempatan kini tidak mempunyai ramai penyanyi yang membawa rentak lagu pop, sekaligus membuatkan dirinya mahu terus menyanyikan lagu bergenre sebegitu selagi mempunyai rezeki dalam bidang muzik. –MYNEWSHUB.CC/EZ





Wednesday, 28 March 2018

Guru Ketagih Seks Dengan Pelajar Sendiri, Sanggup Berhenti Kerja





SEORANG guru wanita di Arizona, Amerika Syarikat (AS) dituduh melakukan hubungan seks dengan pelajarnya berusia 13 tahun.

Berdasarkan rekod mahkamah, guru terbabit melakukan seks oral terhadap remaja berkenaan di dalam sebuah kelas di Sekolah Rendah Las Brisas Academy, Goodyear, dua minggu sebelum ditahan.

Memetik Dailymirror, Brittany Zamora, 27, didakwa melakukan hubungan seks dengan remaja berkenaan sebanyak tiga kali serta melakukan seks oral terhadap mangsa di dalam keretanya antara 1 Februari hingga 8 Mac.



Kedua-dua mereka juga bertukar gambar bogel dan mula menjalin hubungan apabila guru yang sudah berkahwin itu menggodanya menerusi sebuah aplikasi sembang selain sering berbalas mesej berunsur lucah.

“Kalau saya boleh berhenti kerja dan melakukan seks dengan awak sepanjang hari, saya akan buat,” kata guru itu menerusi salah satu mesej di telefon bimbit pelajar lelaki berkenaan.

Brittany ditahan Rabu lalu selepas ibu bapa remaja berkenaan menemui mesej yang menunjukkan kedua mereka menjalin hubungan seksual.

Sementara itu, ibu bapa remaja terbabit memberitahu polis bahawa suami Brittany ada menghubungi bapa remaja itu dan memujuknya agar dia tidak menghubungi pihak berkuasa mengenai tuduhan berkenaan.

Suami tertuduh memberitahu bapa remaja itu bahawa isterinya telah ‘melakukan satu kesilapan besar, tetapi dia sangat sayangkan kanak-kanak’.

Sementara itu dalam laporan Arizona Republic, Brittany akan dibicarakan di mahkamah pada Khamis ini.




Sanggup Gemukkan Diri Untuk Elak Sertai Latihan Tentera





TERBONGKAR… Gara-gara cuba mengelak daripada menghadiri kem khidmat negara mandatori dalam tentera, seorang lelaki Korea Selatan sanggup menambah berat badan sebanyak 29 kilogram dalam tempoh enam bulan.
Tindakan tersebut menyebabkan lelaki berkenan dianggap bersalah dan Mahkamah Daerah Cheongju menjatuhkan hukuman penjara ke atas lelaki berusia 21 tahun itu pada Ahad lepas.

Lapor Astro Awani, lelaki yang dirahsiakan identitinya itu dimaklumkan telah mencapai berat badan lebih 113 kilogram semasa dia melaporkan diri untuk membuat ujian fizikal untuk memasuki kem berkenaan pada Julai lepas.



Catatan indeks jisim badan pada paras 36.1 menyebabkan lelaki tersebut tidak layak untuk memasuki kem mandatori itu berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

Dia kemudiannya ditugaskan menyempurnakan khidmat negara mandatori itu dalam jawatan umum sehingga polis melakukan siasatan ke atasnya.

Undang-undang Korea Selatan menyatakan bahawa sesiapa yang cuba untuk mengelakkan diri daripada mengikuti khidmat negara mandatori selama 20 bulan, dengan sengaja melakukan kecederaan diri atau lain-lain sebab yang boleh mengelakkan diri untuk menghadiri kem tersebut, boleh didakwa.



Tambahan pula, rakyat negara berkenaan wajib untuk berkhidmat dalam ketenteraan dan tidak ada sebarang alasan untuk mengelakkan diri daripada mengikuti kem mandatori itu sepertimana yang telah termaktub dalam undang-undang Korea Selatan.

Dilaporkan peningkatan kes berlaku dalam kalangan lelaki muda untuk melarikan diri daripada menghadiri kem khidmat wajib itu.

Atas alasan conscientious objector termasuk alasan beragama, majoriti rakyat negara K-pop itu menjadikannya sebagai sebab untuk tidak mengikuti angkatan tentera. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tuesday, 27 March 2018

Selok-Belok 1MDB




Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 27 Mac 2018

(Kwong Wah Daily) - Adakah kita pernah terfikir mengapa Mahathir begitu takut dengan 1MDB dan begitu bersungguh-sungguh mahu memusnahkannya? Ia adalah kerana matlamat utama penubuhan 1MDB adalah menyelesaikan masalah kontrak yang tidak adil dengan 22 syarikat konsesi lebuh raya dan 18 syarikat penjanaan elektrik bebas yang ditinggalkan oleh Mahathir.

Pilihan raya umum semakin hampir dan topik paling hangat ialah sama ada Mahathir benar-benar sudah menyesali perbuatannya. Penulis ini selalu bertanya kepada mereka mengapa mereka membenci Najib sehingga mereka sanggup menunggang kuda (Mah) untuk menghancurkan anak ayam (Jib) dengan mempercayai bahawa binatang liar seperti harimau dan serigala juga akan menyesali perbuatannya.

Dalam erti kata lain, jika wakil jualan pembekal tetap anda ABC Sdn Bhd datang ke kedai anda untuk mengutip pembayaran dan anda memberi cek anda kepada ABC Sdn Bhd, kemudian, jika wakil jualan itu membelanjakan wang itu, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Tiada siapa yang benar-benar memahami insiden 1MDB itu. Penulis ini menggunakan contoh di atas sebagai penjelasan dengan cara yang paling mudah supaya pembaca dapat memahami selok-belok isu tersebut.

Malah, 1MDB telah menghantar wang itu ke akaun bank IPIC di British Vikings Island (BVI). Tetapi kemudian, IPIC berkata ia tidak menerima wang itu. 1MDB ditipu bukan kerana kecuaiannya tetapi kerana 1MDB telah diarahkan untuk menghantar wang kepada IPIC BVI, dan akaun IPIC BVI dan IPIC Kuwait dimiliki oleh pemegang akaun yang sama. Oleh itu secara sah, IPIC telah menerima jumlah wang yang dihantar itu.

Walaupun IPIC menyedari keadaan sebenar tetapi memandangkan isu itu serius dan melibatkan putera, kes itu diselesaikan melalui saluran undang-undang dan 1MDB memenangi kes itu.

Walau bagaimanapun, isu ini diputarbelit oleh orang yang mempunyai motif tersembunyi di negara ini dan menggunakannya untuk menyerang Kerajaan. Kerajaan mengadakan penyiasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang terdiri daripada 14 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS. Bintang politik DAP yang paling unggul, Tony Pua juga berada dalam panel itu. Laporan itu telah selesai.

Ia harus ditekankan di sini bahawa laporan itu disokong oleh Ketua Audit Negara dan diteliti oleh tiga firma pengauditan terbaik dunia ERNST & YOUNG, KPMG dan DELOITTE. Dengan penyempurnaan laporan itu, DAP Tan Seng Giaw yang merupakan ahli PAC mengesahkan bahawa 1MDB telah diperdaya dan isu itu telah diselesaikan. Beliau juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri Najib tidak melakukan sebarang salah laku.

Maka kenapa sehingga hari ini, parti pembangkang seperti DAP masih memainkan isu 1MDB? Terdapat dua wakil DAP dalam siasatan PAC dan jika mereka tidak mengiktiraf hasil siasatan PAC yang disertai oleh Ahli Parlimen mereka sendiri, apakah kredibiliti yang mereka ada? Atau patutkah kita mengambil ini sebagai DAP hanya mahu membincangkan hal-hal yang tidak masuk akal berdasarkan topik yang mereka suka?

Pernahkah kita memikirkan mengapa Mahathir begitu takut dengan 1MDB dan begitu bersungguh-sungguh mahu memusnahkannya? Ia adalah kerana matlamat utama penubuhan 1MDB adalah menyelesaikan masalah kontrak yang tidak adil dengan 22 syarikat konsesi lebuh raya dan 18 syarikat penjanaan elektrik bebas yang ditinggalkan oleh Mahathir.

Kita semua tahu bahawa kontrak-kontrak ini lebih teruk daripada perjanjian yang ditandatangani dengan Perikatan Lapan Negara yang menyerang China. Sebuah syarikat berdaftar pada dua ringgit boleh mendapatkan kontrak lebuhraya dengan pinjaman bank yang dijamin kerajaan, yang membolehkan pelarasan kadar tol secara berkala untuk tempoh 30 tahun.

Mengenai isu IPP, Tenaga Nasional telah dipaksa membeli semua elektrik yang dihasilkan oleh IPP setiap hari. Saya tidak mengatakan ini. Wakil DAP yang telah mengatakannya. Mereka sepatutnya berhenti baru-baru ini.

Kenapa Mahathir menegaskan bahawa Najib perlu digulingkan? Mengapa Mahathir hanya ingin berkuasa selama dua tahun? Adakah kerana beliau mahu menyokong syarikat konsesi ini untuk tambahan 30 tahun lagi? Saya tidak akan katakan banyak di sini. Anda boleh fikirkannya.



Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/2018/03/27/the-ins-and-outs-of-1mdb/

Najib Razak Paling Baik





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya membuktikan kemampuannya mentadbir negara dalam tempoh sembilan tahun sahaja berbanding 22 tahun pencapaian pemerintahan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata Najib cukup berjaya dalam banyak hal dan mencipta legasi jauh lebih baik daripada era sebelumnya.

Beliau berkata, Najib berjaya membina Menara 106 dengan ketinggian mengatasi Menara Berkembar Petronas yang dibina pada era Dr Mahathir; Lebuhraya Pan Borneo lebih panjang dan tanpa tol berbanding Lebuhraya Plus; membina Transit Aliran Massa (MRT) danECRL yang jauh lebih moden serta lebih laju.

Katanya, Najib sangat cekal, komited dengan visi, agenda transformasinya dan tidak berhenti usaha membawa pembangunan serta pentadbiran berkonsepkan 'dahulukan rakyat' ke arah masa depan lebih baik dan lebih hebat lagi.

"Dr Mahathir pasti mengakui bahawa anak didiknya, Najib ternyata muncul lebih baik daripada yang beliau sangka.

"Najib seolah-olah mewarisi kesabaran Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwar), ketegasan Tun Hussein Onn dan kelicikan Dr Mahathir serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Annuar berkata, antara kejayaan Najib dapat dilihat menerusi pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017, yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.

Katanya, kejayaan NTP 2017 adalah pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700; pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion dan peluang pekerjaan diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu dengan nilai RM2.68 juta.

"Setiap dasar dilaksanakan Najib adalah untuk kepentingan dan keuntungan pelbagai lapis rakyat," katanya.

Annuar berkata, Dr Mahathir terpaksa mengakui hakikat Najib menguasai dan memimpin UMNO dengan lebih hebat dan menguruskan negara lebih baik daripada beliau.

"Kehebatan dan kecekapan Najib yang paling menonjol berbanding Dr Mahathir adalah dalam enam aspek iaitu perpaduan nasional yang utuh; hubungan sangat baik dengan istana dan rating ekonomi lebih bagus.

"Selain itu, Najib memainkan hubungan diplomatik lebih mantap, rizab negara hampir lima kali lebih tinggi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih berkembang," katanya.

Annuar mendakwa jauh di sudut hati Dr Mahathir pasti mengakui kehebatan Najib, namun beliau tidak mempunyai pilihan.

"Apakan daya, Dr Mahathir tahu beliau sebenarnya tiada pilihan. Hati kecilnya tahu DAP bukan pilihan, Anwar bukan sesuai diberi peranan.

"Dr Mahathir juga amat tahu Mat Sabu hanya sekadar ayam sabungan. Beliau tahu dek lukanya mendalam berpunca daripada pemecatan anak kesayangannya, Datuk Seri Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah tidak lama dulu.

"Dr Mahathir nampaknya lawan tetap lawan sekalipun sudah tiada pakatan, sudah tiada harapan," katanya.

4 Cara Untuk Kesan Berita Palsu





BERITA palsu tersebar sepanjang masa di laman media sosial dan seluruh ruang internet, dan amat mudah disebar oleh mereka yang kurang peka, malah yang pandai turut mudah tertipu.

Menjelang pilihan raya umum ini, akan lebih banyak berita palsu dijangka tersebar kalau dinilai berdasarkan pengalaman lepas.

Empat cara di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk kita mengenal pasti berita palsu yang melintas di media sosial kita atau dalam mesej di telefon.


1. Berita eksploit sentimen

Banyak berita palsu yang tersebar disebar oleh pengguna media sosial yang telah mempunyai pendirian tentang sesuatu isu. Tajuk berita yang membenarkan prasangka, sangkaan dan khayalan yang biasanya berbentuk politik, mudah diterima dan disebarkan oleh mereka yang terpedaya. Contohnya, seseorang itu menyangka ada pemimpin parti politik korup, walaupun tanpa bukti. Satu berita yang menyokong sangkaannya itu akan segera disebar.


2. Tidak ada pautan berita

Satu gambar kejadian tanpa tarikh dan keterangan yang jelas, disertai dengan kenyataan yang diperbesarkan biasanya ialah satu bentuk berita palsu yang mudah tersebar. Berita (atau sebenarnya hanya satu catatan di Facebook) ini biasanya memenuhi ciri 1 di atas. Catatan ringkas ini ada kalanya dalam bentuk gambar dengan tulisan di atas gambar tersebut. Biasa terjadi, gambar itu sebenarnya gambar lama, dan bukan kejadian yang didakwa dalam catatan bersama gambar.


3. Kualiti tulisan rendah

Kualiti tulisan juga satu petunjuk bahawa berita itu bukan datang daripada laman atau agensi berita yang berkaliber. Walaupun disertakan pautan, laman web tersebut kelihatan dibuat dengan kepakaran yang sangat rendah atau sekadar menggunakan template sedia ada. Laras bahasanya mungkin tidak seperti laras bahasa laman berita biasa. Perhatikan ejaan dan juga tanda baca. Laman yang berkaliber dan laman media bertanggungjawab menjaga penyuntingan tulisan.


4. Berita tidak realistik

Berita yang memperbesar-besarkan sesuatu perkara, tajuk berita yang diakhiri dengan tanda soal tetapi seolah-olah telah membenarkan apa yang dilapor, peristiwa yang tidak mengikut proses sebenar (seperti prosedur pentadbiran, undang-undang dan lain-lain) kemungkinan besar berita palsu. Dalam hal ini, cuba periksa laman berita lain, atau tanya sesiapa yang terlibat atau pakar dalam bidang yang muncul dalam berita itu. Apapun, jangan cepat percaya perkara yang menakjubkan. – Mynewshub.cc

Perlekeh Jenama Telefon Perangai Kebudak-Budakan, Kata Janna Nick





Pelakon dan penyanyi Janna Nick menganggap insiden memperlekehkan sebuah jenama telefon pintar oleh seorang selebriti media sosial yang tular di laman sosial baru-baru ini sebagai satu tindakan tidak matang.

Menurut Janna, 23, setiap individu mempunyai hak tersendiri untuk memilih jenama yang disukai dan tidak perlu diperbesar-besarkan terutama membandingkan jenama keluaran dari Asia mahupun Barat.

“Pada saya itu hanyalah tindakan budak sekolah yang kurang matang dan tidak dinafikan saya juga begitu sewaktu di bangku sekolah dulu.

“Tetapi apabila usia semakin meningkat, kita semakin memahami serta mengetahui yang tindakan seumpama itu kurang bijak.

“Cuma saya mengharapkan isu ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana perkara itu bersifat peribadi.

“Sejujurnya saya seorang pengguna telefon pintar dan mementingkan kelajuan peranti dan mempunyai saiz skrin yang besar kerana itu memudahkan urusan kerjaya seni tanpa mementingkan jenama,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.



Monday, 26 March 2018

Bawa Lebih 900 Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Lelaki Warga Malaysia Ditahan Di Melbourne

Suspek ketika disoal oleh pihak ABF di lapangan terbang Melbourne. - Australian Border Force




SEORANG lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne kerana membawa lebih 900 bahan pornografi kanak-kanak.


Menurut Pasukan Sempadan Australia (ABF), bahan pornografi berbentuk gambar dan video itu dijumpai selepas pemeriksaan dilakukan terhadap suspek yang berusia 27 tahun, ketika dia tiba di lapangan terbang dari Kuala Lumpur.


"Kami menemui lebih 900 gambar dan video yang berkaitan dengan ekploitasi seks kanak-kanak di dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.


"Lelaki itu akan didakwa mengikut undang-undang Mengimport Tahap 2 Bahan Eksploitasi Kanak-Kanak mengikut Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901," kata ABF dalam satu kenyataan pada Ahad.


Suspek kini direman sehingga 29 Jun depan dan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Melbourne.


Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum AUS$180,000 (kira-kira RM543,000) atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Orang Yang Berat Badan Berlebihan Tanda Bahagia?




INDIVIDU yang telah berkahwin atau sedang menjalin hubungan dinasihatkan mengamalkan pemakanan sihat selepas kajian mendapati mereka yang telah berkahwin cenderung untuk menambah berat badan, lapor kompas.com

Penyelidik daripada Universiti Queensland, Australia yang mengambil data daripada 15,000 orang dalam tempoh 10 tahun mendapati mereka yang mempunyai pasangan secara purata menambah berat badan 5.7 kilogram setahun, sementara mereka yang bujang 1.7 kilogram setahun.

Ketua Penyelidik Stephanie Schoeppe menjelaskan, mereka bebas mengambil makanan dengan banyak dan mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi kerana merasakan tiada lagi keperluan untuk tampil menarik untuk pasangan mereka.

“Pasangan yang mempunyai anak juga cenderung untuk menghabiskan makanan anak-anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Prof Jerica Berge, daripada Jabatan Perubatan Keluarga dan Kesihatan Komuniti, Universiti Minnesota berpendapat, punca utama peningkatan berat badan pasangan disebabkan makan malam romantik dan tabiat sosial berkaitan makanan.

Bagaimanapun penyelidik di Central Queensland Universiti mendapati mereka yang telah berkahwin tidak semestinya mengamalkan gaya hidup tidak sihat berbanding mereka yang masih bujang.

Mereka mendakwa individu yang sedang menjalin hubungan, makan lebih banyak buah-buahan, cenderung untuk berhenti merokok, elak minuman beralkohol dan bersenam bersama.

Para penyelidik di universiti berkenaan turut menjelaskan, individu yang telah berkahwin lebih gembira, tidak merasa sunyi dan mempunyai tahap kepuasan seks yang lebih tinggi berbanding mereka yang masih bujang.

Kajian turut mendapati individu yang tinggal bersama pasangan mereka mempunyai jangka hayat 10 hingga 15 peratus lebih tinggi disebabkan kecenderungan menjaga kesihatan sesama mereka.

Namun mereka yang masih bujang juga mempunyai kelebihan, selain penambahan berat badan yang perlahan. Psychology Today mendakwa mereka yang bujang mempunyai kehidupan lebih baik dan lebih menghargai kehidupan.

Tiz Zaqyah, Hmmm... Sedapnya Peluk Peluk....





Pelakon Tiz Zaqyah dikecam pengguna media sosial apabila memuat naik foto sedang memeluk erat bekas pemain bola sepak dari Brazil Roberto Carlos.


Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan aktres itu menganggap tidak sepatutnya Tiz yang merupakan seorang wanita Islam berpelukan dengan lelaki bukan muhrim tanpa ada perasaan malu.


“Perempuan murahan @tiz.zaqyah kesian mak bapa kau bakal suami kau pun kesian dapat bini macam kau…murahnya harga diri…buat malu je,” kata seorang pengguna akaun @nasrayn_nash.


“Sedapnya peluk-peluk,” kata pengguna akaun @wawannns98.


Kritikan terhadap Tiq tidak berhenti setakat itu, malah akaun Instagram milik Carlos turut menjadi ‘buruan’ pengguna siber.


“Apa perasaan anda peluk @tiz.zaqyah,” kata pemilik akaun @arifffirdausss.


Gambar Tiz dan Carlos dipercayai dirakam ketika pakar sepakan percuma itu berkunjung ke negara ini bagi menghadiri majlis pelantikannya sebagai duta global syarikat penerbangan Air Asia dua hari lalu.


Imej berkenaan dimuat naik ke Instagram Tiz malam tadi.


Bagaimanapun melalui semakan hari ini, pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak, 29, sudah menutup ruangan komen pada gambar berkenaan.


Tidak berputus asa, pengguna media sosial beralih ke ruangan komen di gambar lain milik Tiz untuk membuat kecaman.


“Kenapa tidak buka komen kau muat naik gambar dengan si botak tu. Takut kena kecam ke hahaha,” kata pengguna akaun @Fayedaiman.


“Takut kena kecam ke kat gambar sebelah tu. hehe itulah selebriti Malaysia ni betul-betul hipokrit. Kalau lelaki Melayu peluk acah-acah tolak,” kata pengguna akaun @marzuqiburhanudin.


Biarpun terdapat kritikan, masih ada peminat menyatakan sokongan terhadap pelakon jelita itu dan berharap dia boleh berubah ke arah kebaikan.


Pada mereka, setiap kesalahan pasti boleh diperbaiki.


“Setiap manusia ada kesilapan dan tidak sempurna kecuali para nabi dan rasul,” kata pengguna akaun @_norsalimi.






Sebar Berita Palsu Berhadapan Denda RM500K Atau Penjara 10 Tahun






KUALA LUMPUR: Individu yang didapati bersalah menyebar atau menerbit apa-apa berita, maklumat, data atau laporan palsu boleh dikenakan denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.


Ia merupakan sebahagian daripada 14 fasal yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.


Malah, jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu.


Menerusi RUU itu juga, mahkamah boleh memerintahkan individu yang disabitkan kesalahan tersebut untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terkesan akibat berita palsu tersebut mengikut cara yang ditentukan mahkamah.


Selain itu, individu yang bersubahat termasuk menyalurkan dana kewangan dan memudahkan penyebaran berita tidak benar tersebut turut boleh dikenakan hukuman sama seperti pesalah.

“Saya Buat Aduan Tak Mahu Guan Eng Terpalit Rasuah” - Saksi




Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud memanggil saksi pertama pendakwaan pertama, Muhsin Latheef, iaitu individu yang membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 Mac 2016.

Saksi, mengaku bertugas sebagai pentadbir pemasaran laman sosial Facebook Penangkini berkata, aduan berkaitan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dituduh menerima suapan adalah dibuat berdasarkan laporan berita yang diikuti dalam TV3 serta info atas talian whatsapp yang diterimanya.

“Saya melihat dalam TV3 perdebatan antara Lim Guan Eng dan Datuk Shabudin (Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor) mengenai kes rumah banglo yang dikatakan dibeli dengan harga di bawah harga pasaran.

“Dan, ya… saya terima whatsapp melalui telefon…”

“Saya buat aduan kerana tidak mahu Ketua Menteri saya terpalit dengan kes rasuah,” ujar saksi nombor ke-31 dalam senarai saksi SPRM di depan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail di Kamar 2 di sini pagi ini.

Didalam kes Perbicaraan Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Guan Eng dituduh menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk suapan bagi diri & isterinya, Betty Chew semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri meluluskan Permohonan perlindungan semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am di Lot 436 & 437 Mukim J, Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada Magnificent Emblems Sdn Bhd

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 (Akta 694), beliau boleh dihukum Penjara tidak lebih 20 tahun atau denda 5 kali ganda nilai suapan

Lim Guan Eng juga dituduh melakukan salahlaku sebagai Penjawat Awam apabila mendapat balasan sebuah lot banglo no 25, Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta di bawah nilaian semasa RM4.27 juta daripada Phang Li Koon (Pengarah Magnificent Emblems Sdn Bhd) yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi sebagai Ketua Menteri.

Jika bersabit kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574), Guan Eng berhadapan dengan hukuman Penjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – Utaranews

Polis Sedang Giat Lengkapkan Kertas Siasatan Video Guan Eng





Polis Pulau Pinang sedang melengkapkan siasatan berhubung satu video, yang didakwa menunjukkan Ketua Menteri Lim Guan Eng menghasut kanak-kanak untuk membenci kerajaan dalam satu program pelancaran kelas tuisyen di Jelutong di sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan memanggil Lim minggu depan untuk merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Siasatan kes itu masih berjalan dan beberapa pihak telah dipanggil untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan…beliau (Lim) mungkin akan dipanggil minggu depan (untuk direkodkan keterangan) tetapi ia bergantung kepada siasatan polis.

“Kami akan cuba siapkan kertas siasatan dalam masa terdekat,” kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-211 peringkat Kontinjen Polis Pulau Pinang, semalam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia 1998.

Setiausaha Agung DAP itu disiasat polis susulan laporan terhadapnya yang mendakwa beliau mengindoktrinasikan kanak-kanak dengan politik kebencian apabila mengejek Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam parodi lagu ‘A, B, C’.

Klip video berdurasi 32 saat itu menunjukkan Lim menari sambil mengejek GST pada pelancaran pusat tuisyen di Jelutong pada 17 Mac lepas.

Terdahulu, Roslee dalam ucapannya berkata sejak Januari hingga 20 Mac lepas, seramai 2,751 individu ditahan bagi kesalahan narkotik membabitkan hasil sitaan sebanyak RM3.4 juta.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang turut berjaya membongkar tiga makmal memproses heroin, ekstasi dan syabu selain Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang menumpaskan sindiket ‘Love Scam/African’.

Bagi sindiket ‘Love Scam/African’ itu, seramai 17 individu masing-masing 12 lelaki dan seorang wanita warganegara Nigeria, dua lelaki dan seorang wanita India serta seorang wanita Cina ditahan.

“Polis turut merampas pelbagai dokumen, peralatan dan kad ATM daripada 17 individu itu,” katanya. – BERNAMA

Sunday, 25 March 2018

World Bank Pelik PH Mahu Mansuh GST




Persoalan bagaimana Pakatan Harapan diketuai DAP dapat menampung kehila­ngan hasil lebih RM20 bilion akibat pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan sahaja menimbulkan ‘misteri’ dalam ka­langan penganalisis tempatan bahkan turut menjadi tanda tanya pengurusan kanan Bank Dunia.


Malah Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos menerusi satu video yang dipetik daripada sebuah portal berkata, Malaysia juga bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan ke­rana kehilangan hasil yang banyak.


Sehubungan itu, dalam video itu, beliau mengajukan lima soalan utama andai mahu memansuhkan GST seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan.


1. Apakah sumber pendapatan lain yang diperlukan untuk ne­gara anda selepas GST dimansuhkan?

2. Adakah anda i­ngin bergantung ke­pa­da komoditi se­dang­kan harga­nya tidak menentu mengikut pasaran dunia?

3. Adakah anda ingin mengurangkan portfolio sumber pendapatan di negara ini?

4. Apakah yang anda ingin berikan kepada rakyat apabila melepaskan GST?

5. Apakah perkhidmatan, manfaat atau apakah perbelanjaan yang akan anda lupuskan?


Janji Pakatan Harapan menghapuskan GST dan me­ngembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dianggap ra­mai sebagai janji po­pulis kerana tidak pernah menerangkan ba­gai­mana untuk menampung kekurang­an ha­sil lebih RM20 bilion akibat langkah tersebut.


Ini berikutan SST bukanlah mekanis­me cukai yang cekap dan dijangka hanya mampu mengutip kira-kira RM17 bi­lion.


Dalam pada itu, menurut Hadad-Zer­vos, pelaksanaan GST berjaya membantu kerajaan memberikan bantuan tunai kepada golongan sasar menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dapat me­ngurangkan pe­ningkatan kos sara hidup.


Sedangkan, pelaksanaan GST antara yang terendah di dunia di samping banyak memberikan pengecualian atau kadar sifar untuk barangan mentah, keperluan dan perkhidmatan penting seperti pendidikan.


Walau bagaimanapun, katanya, pemberian BR1M perlu ditambah baik dan lebih berfokus dengan mengikut lokasi serta bilangan ahli keluarga.


“Keluarga di Kelantan yang menerima BR1M memperoleh bayaran yang sama dengan keluarga di Kuala Lumpur. Selain itu, keluarga yang terdiri daripada lima orang anak juga turut menerima jumlah yang sama keluarga yang mempunyai seorang anak.


“Jadi ia sebenarnya perlu lebih diperincikan dan dibuat dengan teliti mengikut sasaran. Dengan GST juga mereka akan memperoleh wang untuk terus berbelanja (menerusi BR1M) walaupun di Malaysia kadarnya antara terendah,” katanya seperti disiarkan di https://www.nx.digital/archives/world-bank-gst-abolition-to-bring-negative-impact-on-msia-economy-

Anak Lembu Menyerupai Manusia




GORONTALO, Indonesia: Kelahiran anak lembu yang didakwa menyerupai manusia telah mencetuskan kekecohan penduduk di Gorontalo selepas ia menjadi tular di media sejak semalam.


Orang ramai turut berpusu-pusu ke Desa Imana, Kecamatan Atinggola, Gorontalo Utara untuk melihat sendiri makhluk aneh itu.


Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Septiana berkata, anak lembu itu dilahirkan pada Khamis lalu dan berita itu kemudiannya bertukar kecoh kerana mendakwa ia mirip manusia.


"Kepalanya jelas menyerupai manusia. Ia sudah tidak bernyawa ketika dikerumuni orang ramai," ujarnya.


Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan kepala anak lembu itu seakan kepala manusia dengan lidahnya terjulur keluar.


Difahamkan, anak lembu itu mati ketika ia dilahirkan.


Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Gorontalo, AKBP Wahyu Tri Cahyono mengesahkan bangkai haiwan itu telah ditanam kerana ia mula membusuk.


"Apa yang menghairankan, mata anak lembu itu juga berada pada bahagian depan dan turut mempunyai kening. Ia mempunyai otot dan tulang punggungnya seperti tulang pinggul bayi yang berumur antara satu hingga dua minggu.


"Walaupun sudah mati selama dua hari, bangkainya tidak keras atau berbau," jelasnya. - Detik.com

Saturday, 24 March 2018

Universiti Sepatutnya Mesra LGBT – Celebrating Identities





Sekumpulan pelajar dan alumni Universiti Sains Malaysia (USM) yang bersatu di bawah satu kumpulan menyokong hak-hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) mengutuk tindakan Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) yang berusaha ‘mengembalikan’ golongan tersebut kepada fitrah.

Menyifatkan forum umum anjuran PMIUSM sebagai program-program homofobia dan transfobia, kumpulan dengan nama Celebrating Identities itu mendakwa usaha tersebut sebagai satu bentuk ugutan (intimidation) dan gangguan berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina (gender identity).

Meluahkan ketidakpuasan hati mereka melalui satu surat kepada portal Malaysiakini, Celebrating Identities mendakwa bahawa PMIUSM sedang menganjurkan satu forum bertajuk “Back to the Fitrah: Menyantuni LGBT Kembali ke Jalan Allah” bertempat dalam kampus USM.

“Sebelum ini mereka (PMIUSM) menganjurkan forum yang lebih kurang sama pada tahun 2016 dan terbaru, sebuah video dan pertandingan membuat poster dengan tema yang sama.”

“Kami mengutuk pendekatan untuk “membetulkan” atau “menukar” individu LGBT dengan menggunakan agama. Penguatkuasaan mereka (menggunakan) teori-teori keras dan ketinggalan zaman terhadap isu orientasi seksual dan identiti jantina merupakan satu tindakan berbentuk diskriminasi.”

“Tidak salah lagi ini juga merupakan satu bentuk ugutan dan gangguan berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina yang tidak boleh diterima dan disokong dalam apa-apa bentuk sekalipun.”

Celebrating Identities juga menyifatkan usaha PMIUSM sebagai langkah radikal yang terbukti tidak efektif dan boleh menyebabkan kecederaan psikologi terhadap mangsa (LGBT).

“Langkah-langkah “pembetulan” seperti yang dinyatakan bukan sahaja terbukti sebagai tidak efektif, bahkan membawa lebih banyak kesan bahaya ke atas psikologi mangsa melalui langkah-langkah radikal ini.”

“Golongan LGBT adalah normal seperti golongan cisgender dan heterokseksual. Kami percaya dengan hak setiap anggota komuniti LGBT untuk merasa selamat mengekspresikan jantina dan identiti seksual mereka.”

“Kami menggesa PMIUSM untuk menghormati kepelbagaian seksualiti dan menamatkan segala bentuk retorik dan aktiviti-aktiviti bersifat anti-LGBT.”

Selain itu, Celebrating Identities juga mendakwa bahawa usaha-usaha untuk menganjurkan forum umum yang memfokuskan solidariti LGBT pada bulan April sedang dilakukan.

“Kami berharap untuk memberikan perspektif-perspektif alternatif ke atas isu untuk mempromosikan debat sihat dan kefahaman di kalangan pelajar.”

Sebelum ini, Nisha Ayub, pengasas bersama Justice for Sisters telah membantah kajian yang dijalankan oleh sebuah akademi khas untuk mengkaji dan menangani golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di bawah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (Infad), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan dakwaan bahawa ianya melanggar hak asasi LGBT.

Friday, 23 March 2018

Lebuh Kuantan Ada Di Bandar Qinzhou, China





Pada 21 Mac yang lalu, jalan yang bernama Lebuh Kuantan telah dirasmikan di bandar Qinzhou, Guangxi, China oleh wakil-wakil dari Majlis Perbandaran Kuantan.


Lebuh Kuantan ini berada di Taman perindustrian Qinzhou China-Malaysia Industrial Park (CMQIP) di bandar Qinzhou di China yang dimiliki 49 peratus oleh Malaysia.


Lebuh Kuantan kini di bandar Qinzhou



Keluasan CMQIP ialah 3 kali ganda lebih besar dari Taman perindustrian Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Kuantan, Pahang yang dimiliki 51 peratus oleh Malaysia.


Lebuh Kuantan kini di bandar Qinzhou


Lebuh Kuantan di Qinzhou ini merupakan balas kepada Jalan Qinzhou di Kuantan sebagai penanda semangat program berkembar bandar-bandar Kuantan dan Qinzhou

Thursday, 22 March 2018

Adakah GST Punca Kepada Harga Yang Semakin Meningkat?





Tulisan asal oleh:
P Gunasegaram, MalaysiaKini, 22 Mac 2018

Adakah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bertanggungjawab untuk harga yang lebih tinggi sekarang? Bolehkah seseorang membalikkan kenaikan harga dengan menghapuskan GST atau item dengan penarafan sifar dalam GST? Adakah golongan miskin akan melihat kejatuhan kos sara hidup yang ketara jika kita menghapuskan GST?

Malangnya, jawapan kepada ketiga-tiga soalan di atas, seperti yang akan kita lihat, adalah "tidak!" Yang menimbulkan persoalan mengapa pembangkang menggunakan kenyataan lama yang palsu ini untuk menyebabkan rakyat keliru.

Ini mungkin kerana kaji selidik mereka menunjukkan bahawa kenaikan kos sara hidup adalah isu utama pilihan raya. Oleh itu, jurucakap mereka - ya, pembangkang juga mempunyai jurucakap mereka sendiri - mungkin memutuskan bahawa memburuk-burukkan GST akan membolehkan mereka memenangi hati rakyat. Tidak kisahlah bahawa ia tidak begitu tepat! 

Helah GST itu nampaknya memakan diri apabila Ketua Menteri Pulau Pinang dan supremo DAP Lim Guan Eng dikritik dengan dasyat kerana menggalakkan, menyanyi dan menari berkaitan dengan GST yang dipolitikan bersama-sama dengan kanak-kanak.

Pembelaan Lim agak menyedihkan, mengatakan bahawa BN bersikap tidak adil apabila Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno bertindak lebih teruk di sebuah sekolah kerajaan. Adakah ini bermakna bahawa Lim Guan Eng boleh bertindak sama seperti yang dilakukan oleh ahli politik BN? Beliau sepatutnya tahu bahawa orang ramai mahu beliau bersikap lebih baik daripada itu.

Tetapi hakikat sebenarnya mungkin lebih boleh diterima rakyat dalam kes ini. Ada cerita yang baik untuk dikongsikan. Apa-apa pun, adakah sesiapa yang mahu menjadi lebih bermoral dan jujur daripada BN cuba dan memenangi pilihan raya dengan memberikan sesuatu yang tidak sepenuhnya betul? Tidak.

Apa yang lebih hampir dengan kebenaran adalah kitaran kenaikan harga adalah lebih berkaitan dengan susut nilai mata wang - kini sekitar RM3.9 kepada dolar AS, yang telah menurun secara berterusan dari sekitar RM3 sekitar selepas krisis kewangan dunia 2009 apabila wang mengalir masuk ke negara maju. Dan masalah lain ialah pendapatan tidak meningkat dengan cukup untuk menampung kenaikan harga ini.

Tetapi pertama sekali, adakah GST bertanggungjawab untuk harga yang lebih tinggi sekarang? Tidak. Kerana ia dilaksanakan pada 1 April 2015. Malah, kesan tahun penuh ke atas harga akibat GST adalah pada tahun 2016. Kebanyakan kenaikan harga akan berlaku pada tahun 2015 kerana GST sudah dilaksanakan selama sembilan bulan. Ia adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa GST tidak lagi bertanggungjawab terhadap kenaikan harga.

Oleh itu, bagi tahun 2017, kenaikan harga dan kenaikan harga hidup relatif - pendapatan yang kekal tidak berubah sementara harga meningkat - yang dialami sama sekali bukanlah disebabkan oleh GST. Di samping itu, senarai barangan dan perkhidmatan yang panjang telah dikecualikan daripada GST, yang bermaksud kenaikan harga untuk semua dalam senarai itu tidak boleh dikaitkan dengan GST. Ini termasuklah hampir semua makanan yang dimakan oleh kebanyakan orang, kos pengangkutan, kebanyakkan perkhidmatan, pendidikan dan sebagainya.





Kenapa putarkan kembali jam?

Malah, GST adalah cukai yang baik dalam erti kata bahawa ia ia mengenakan cukai ke atas penggunaan - mereka yang menggunakan lebih banyak akan membayar lebih, dengan barangan dan perkhidmatan penting yang dikecualikan. Ia juga menangkap orang-orang yang mengelak membayar cukai pendapatan dengan mengenakan cukai penggunaan kerana golongan kaya yang menggunakan lebih banyak dan dengan itu mengurangkan cukai ke atas golongan miskin yang kebanyakkan item penting yang digunakan mereka sudah dikecualikan daripada GST.

Bukan sahaja dakwaan pembangkang palsu, nampaknya mereka tidak pun mahu membantu orang miskin dengan menaikkan cukai dari mereka yang mampu untuk membantu proses pembangunan. Siapakah yang pembangkang bantu dengan memotong GST? Golongan miskin? Sudah tentu tidak.

Adakah pemansuhan GST akan menurunkan harga bagi golongan miskin? Sangat tidak mungkin kerana golongan miskin menggunakan lebih banyak barang keperluan yang mana harganya tidak akan berkurangan walaupun sedikit kerana GST tidak dikenakan ke atas mereka. Apa yang akan berlaku ialah walaupun harga barangan pengguna mungkin, saya ulangi mungkin, turun, harga lebih cenderung menjadi lambat untuk diselaraskan dan tidak akan jatuh dengan banyak.

Harga yang akan mengalami penurunan adalah harga untuk barang-barang di mana harga ditunjukkan dengan jelas - seperti kereta atau harga makanan restoran. Tetapi walaupun begitu, apa yang kebanyakkannya akan dilakukan oleh mereka adalah dengan menaikkan harga mereka dan mengatakan bahawa kos telah meningkat. Oleh itu, penyingkiran GST mungkin mempunyai kesan yang sangat terhad dari segi penurunan harga, dan pastinya bukan untuk orang biasa.

Jadi adakah golongan miskin akan melihat pengurangan ketara dalam kos hidup jika GST dihapuskan? Sudah tentu tidak. Pembangkang berkempen dengan bersungguh-sungguh pada isu yang tidak - ya, kenaikan kos adalah satu isu tetapi bukan GST kerana ia bukanlah lagi apa yang menyebabkan kos meningkat.

Asas telah ditetapkan dan GST sedang dikumpulkan. Kesukaran telah ditangani. Sebanyak 160 negara di seluruh dunia melaksanakannya. Kenapa mahu berpatah balik dan menghapuskannya? Ada banyak lagi yang pembangkang boleh lakukan.



Link asal artikel:
https://www.malaysiakini.com/columns/416630

Ude Mohon Intan Liana Bekas Isterinya Itu Jangan Berdrama Lagi





Jika sebelum ini bekas suami Intan Liana, Ude dilihat kurang bersuara, nampaknya hari ini selepas sah penceraian mereka, Ude telah menyatakan beberapa perkara tentang punca hubungan kepada pihak media. Kawal emosi anda sebelum meneruskan bacaan di bawah ini.

“Dia cakap tidak tahu salah kenapa ingin diceraikan dan kami tidak pernah berbincang masalah ini. Sedangkan dia tahu masalah dalam rumah tangga kami sudah berlarutan sejak dua tahun lalu”


“Saya selalu berbincang cara baik dan kalau boleh tidak mahu masalah ini diperbesarkan. Kenapa dia tidak bercakap kebenaran ini? Jadi saya agak terkilan kenapa dia mengeluarkan kenyataan ini. Tindakannya itu secara tidak langsung membuka aib saya.

“Orang mula berpandangan negatif terhadap saya sehingga ramai beranggapan saya bapa tidak bertanggungjawab dan banyak lagi. Jadi, kepada Intan berhenti drama air mata,” jelasnya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Ude tidak menjelaskan secara lanjut tentang perkara yang menjadi punca perpisahan mereka selain menyatakan bahawa ia terlalu peribadi buat dirinya.




“Saya tidak mahu bercerita apa masalah kami sejak dua tahun lalu. Ia terlalu peribadi buat saya. Kalau dia nak bercerita, ia terpulang. Apa yang penting saya tidak akan bercakap apa-apa”

“Banyak kali saya ajak berbincang, tetapi semuanya gagal. Pun begitu, jika ada yang tetap beranggapan saya sebaliknya, terpulang kepada mereka kerana mereka tidak tahu apa masalah sebenar. Takkan saya nak cerita semua hal dalam rumah tangga kami”

“Jadi saya berharap netizen perlu berlaku adil dengan tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya atas diri saya,” katanya.

Tambah Ude, dia juga menarik balik permohonan cerai kali pertama pada November lalu kerana Intan sedia untuk berbincang masalah mereka.

“Malangnya, Intan tidak memberikan kerjasama atas apa yang dipersetujui. Sebaliknya setiap kenyataan dikeluarkan mengeruhkan lagi keadaan. Banyak kenyataan diputar belit,” katanya. Jika diingat balik, apa kenyataan yang diputarbelitkan Intan ya? (rtky/s)

Ude, Intan Liana Sah Bercerai Talak Satu





Setelah melalui beberapa episod menyedihkan di dalam kehidupan rumahtangga baru-baru ini, Intan Liana dan Ude akhirnya telah sah bercerai talak satu. Suami Intan, Ude sebelum ini telah menfailkan penceraian pada November lalu.



“Saya reda dengan takdir yang Allah tentukan, sampai sini saja jodoh kami,” luah Intan kepada BH Online. Menurut laporan portal berita tersebut, Intan dalam nada sebak ketika ditemui media sebaik melangkah keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Sri Keramat.



Hati isteri mana yang tidak sebak. Rumahtangga yang dulu menjadi tempat curahan cinta dan kasih sayang kini berakhir dengan episod akhir penceraian. Mungkin di sosial media Intan nampak gembira, namun perasaan di hati, hanya diri sendiri yang mengerti.



Intan dan juga Ude sebelum ini berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.



Ude kemudiannya berkahwin dengan Izreen Azminda secara tertutup 8 Ogos 2017 namun perkahwinan itu dirahsiakan oleh mereka. Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza. (rtky/s)

Saya Seorang Profesional, Bukan Ahli Politik - Arul Kanda Respon Kit Siang





KUALA LUMPUR: Ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy telah menjawab cabaran Lim Kit Siang untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, selepas veteran DAP itu mengkritiknya kerana menganjurkan pameran bergerak mengenai firma negara yang bermasalah itu tanpa menjawabnya di Parlimen.

"Saya seorang profesional, bukan ahli politik," kata Arul ketika dihubungi oleh FMT.

Lim hari ini mempersoalkan Arul kerana mengambil bahagian dalam satu siri pameran bergerak untuk menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan 1MDB, dengan mengatakan ia adalah lebih penting untuk menjawabnya di Dewan Rakyat.

"Saya minta Arul Kanda bertanding dalam pilihan raya umum atas tiket 1MDB. Bertanding atas tiket Barisan Nasional atas tiket 1MDB dan mari kita lihat apa yang berlaku," kata Lim.

Sebagai respons, Arul, yang telah ditugaskan dengan pelan rasionalisasi 1MDB berikutan dakwaan salah pengurusan kewangan, berkata beliau menghargai jemputan itu, dan “merendah diri untuk dipertimbangkan untuk apa yang tidak diragukan lagi, salah satu tugas awam yang besar".

"Malangnya, saya terpaksa mengecewakannya dan menolak jemputannya," katanya.

Arul, yang telah berucap pada sembilan sesi taklimat mengenai 1MDB baru-baru ini, berkata isu yang berkaitan dengan syarikat itu berpusat pada perniagaan tetapi telah "dipolitikkan".

"Hakikatnya, saya hanya melakukan tugas saya dan menjalankan tanggungjawab profesional saya, untuk memberikan maklumat mengenai 1MDB dan topik yang berkaitan, berdasarkan rekod syarikat dan fakta," katanya sambil menambah sesiapa sahaja boleh menghadiri sesi tersebut.

Beliau berkata tidak ada apa-apa untuk disembunyikan, dan isu kontroversi sekitar 1MDB termasuk siasatan oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ), peranan ahli perniagaan Low Taek Jho dan Bandar Malaysia dibincangkan secara terbuka.

"Khususnya, setiap forum mempunyai sesi soal jawab yang panjang dan terbuka, di mana soalan-soalan yang bersifat menyelidik telah ditanya dan, saya berharap, dijawab dengan memuaskan," kata Arul.

Ahli Parlimen pembangkang telah mengkritik Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kerana enggan membenarkan soalan mengenai syarikat itu ditanya.

Kerajaan sebelum ini  telah mengakui kegagalan 1MDB, tetapi pengkritik telah mempersoalkan kegagalan itu untuk mendakwa mana-mana pegawai seniornya.




Link asal artikel:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/21/im-a-professional-not-a-politician-arul-kanda-tells-kit-siang/

Nasi Padang Di Singapura Berharga RM60?



Singapura adalah antara negara yang paling dekat dengan negara Malaysia dan menawarkan pendapatan yang agak lumayan buat penduduk Malaysia. Disebabkan itu juga ramai rakyat Malaysia yang sanggup berulang-alik dari Malaysia-Singapura untuk bekerja di sana. Tetapi, ada juga antara rakyat Malaysia yang memilih untuk menetap dan bekerja di Singapura.

Walaubagaimanapun, kadar gaji yang diberikan pada pekerja di Singapura sebenarnya adalah setimpal mengikut harga barang keperluan dan harian yang dijual pada harga yang sangat tinggi di negara terbabit berbanding di Malaysia.

Baru-baru ini, seorang warga Malaysia, Raymond Yeoh baru berpindah selama tiga minggu ke Singapura. Tetapi, beliau sangat terkejut apabila telah dikenakan harga makanan untuk Nasi Padang dengan harga yang tidak masuk akal.

Beliau telah mengambil makanan iaitu sepinggan Nasi Padang yang mempunyai nasi putih, kuah sambal, kacang tanah, makanan laut (ikan dan sotong) serta kari daging bernilai $20.

Jika ditukarkan mata wang pada mata wang ringgit ia bersamaan dengan RM60. Disebabkan itu beliau merasakan harga untuk sepinggan Nasi Padang itu sangat mahal jika dibandingkan dengan Nasi Padang di Malaysia yang hanya bernilai lingkungan RM7 hingga RM9.

Namun begitu, niat beliau menyifatkan harga Nasi Padang di Singapura itu tidak masuk akal telah mendapat pelbagai kritikan dari netizen.

Rata-rata netizen mendakwa tempat makan yang dipilih Raymond iaitu di Food Opera, ION Orchard adalah tempat makan ‘standard’ selain menasihati beliau untuk bertanya dahulu tentang harga sebelum memilih makanan.

Apapun, orang ramai khususnya rakyat Malaysia perlu menyelidik dahulu sebelum memuatnaik sebarang status di media sosial untuk mengelakkan diri anda pula yang menerima kecaman netizen.

Orang ramai memang sudah mengetahui tentang harga makanan yang dijual di Singapura adalah lebih mahal berbanding di Malaysia. Oleh itu, bersyukurlah dengan harga makanan di Malaysia yang masih dijual dengan harga yang murah. –un

Sebab Doa Hancur Pakatan, Tauliah Mengajar Ustaz Ahmad Dusuki Ditarik MAIS?



Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menggantung tauliah mengajar pendakwah terkemuka, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berkuat kuasa serta merta.

Pemakluman itu dibuat menerusi satu surat rasmi yang ditandatangani Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Mais, Mohd Shahzihan Ahmad.

Dalam surat yang tular di media sosial semalam menyebut, penggantungan itu adalah bagi memberi laluan kepada siasatan yang dijalankan oleh pihak Mais berkaitan aduan serta laporan media terhadap Ahmad Dusuki mengikut kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) Tahun 2008 Pindaan 2015.

Surat itu juga menyebut, Ahmad Dusuki digantung daripada mengajar agama atau apa-apa perkara berkenaan Islam di dalam negeri Selangor di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 pindaan 2015.

"Kedudukan Ahmad Dusuki selaku pemegang tauliah akan diputuskan selepas ini oleh Jawatankuasa Tauliah yang akan bersidang dalam tempoh masa terdekat," tulis surat tersebut.

Surat sama juga menyebut, sebarang pelanggaran terhadap penggantungan ini membolehkan Ahmad Dusuki dikenakan tindakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

-Sinar Harian

Wednesday, 21 March 2018

Atikah Azam Khatam Al-Quran Lepas Bertunang




Pelakon Atikah Suhaimie berazam untuk khatam al-Quran selepas menerima kitab suci itu dari tunang tersayang, Awie Rafael sebagai hantaran pertunangan mereka.

Lebih bermakna, naskah al-Quran itu dibeli dari Masjid Nawawi, Madinah oleh Awi yang juga seorang penyanyi.

Atikah, 27 mengakui dia kini belajar mengaji di bawah bimbingan ibu saudaranya di Singapura dan berhasrat menamatkan bacaan dalam tempoh setahun.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana menerima hadiah istimewa ini. Memang dia sengaja memberinya sekali gus menjadi pembakar semangat supaya saya cepat-cepat khatam al-Quran.

"Dan saya pun memang sedang mengikut kelas mengaji sekiranya ada masa terluang," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Atikah dan Awi atau nama sebenarnya, Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael mengikat tali pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay, pada 17 Mac lalu.

Berita pertunangan itu mengejutkan banyak pihak kerana pasangan itu tidak pernah dilihat mahupun digosipkan bercinta.

"Kalau diikutkan, saya dah lama kenal dia iaitu kira-kira sejak lima tahun lalu. Tapi, kami hanya mulai rapat sejak lima bulan lalu.

"Ia (hubungan) berlaku dengan secara tiba-tiba dan apabila adanya keserasian, kami pun ambil keputusan untuk bertunang," katanya.

Pasangan berkenaan yang masing-masing berasal dari Singapura dijangka diijabkabulkan pada 15 Mac depan.

"Insya-ALLAH, keluarga sepakat kami akan bertunang selama setahun.

"Mac akan sentiasa menjadi bulan penting untuk saya kerana ia merupakan ulang tahun kelahiran saya dan ibu saya.

"Jujurnya, saya tak sabar menantikan saat untuk disatukan kerana saya dah ada peneman hidup. Saya rasa ia sesuatu yang sangat manis," katanya.

Ditanya bagaimana hati Atikah boleh terpaut untuk menerima Awie di dalam hidupnya, bintang filem Highland Tower itu berkata penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu serba-serbi mencukupi.
"Dia seorang yang sangat matang, memahami, talented, menghormati, bijaksana, comel dan pandai dalam apa jua yang dilakukannya.

"Bagi saya dia umpama magik. Saya tak tahu macam mana nak jelaskan tapi saya memang tak nampak ciri ini pada orang lain. Itu yang paling istimewa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Atikah sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri dan filem di Jakarta, Indonesia.

"Saya juga bakal muncul dengan single, Aku Menunggu, tidak lama lagi," katanya.

Cambridge Analytica Hanya Lapor Kepada Mukhriz- Azrin Pegawai Media Mukhriz





Wakil SCL Group (CA) mengesahkan bahawa beliau melaporkan terus kepada Mukhriz Mahathir, bukan BN atau kerajaan

Firma perunding politik, Cambridge Analytica tidak pernah diupah oleh Barisan Nasional (BN) atau kerajaan Malaysia, kata Pejabat Perdana Menteri.

"Cambridge Analytica ataupun syarikat induknya SCL Group tidak pernah - pada masa kini atau masa lalu - telah mengikat kontrak atau dibayar dengan apa cara oleh Barisan Nasional, Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana pihak bagi kerajaan Malaysia," kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Selasa.

Bagaimanapun, wakil negara SCL Group hari ini mengesahkan kepada kerajaan bahawa nasihat Cambridge Analytica mengenai pilihan raya umum 2013 telah diberikan secara peribadi kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang sekarang timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Wakil SCL juga mengesahkan bahawa beliau melaporkan terus kepada Mukhriz Mahathir, bukan BN atau kerajaan," kata kenyataan itu.

Menerusi laman web Cambridge Analytica menampilkan dirinya sebagai peneraju global dalam kempen dipacu data dengan pengalaman lebih 25 tahun

Mukhriz Mahathir membuat kenyataan media menafi beliau pernah guna perkhidmatan Cambridge Analytica namun laman web syarikat tersebut ada menyebut pernah membantu jentera BN Kedah yang dibawah pimpinan Mukhriz pada masa itu untuk menang negeri Kedah pada pilihanraya tahun 2013.

Paling penting Mukhriz Mahathir mengaku bahawa Encik Azrin Zizal yang kini wakil Cambridge Analytica untuk Asia Tenggara ialah pegawai media Mukhriz dari tahun 2009 hingga 2013.




Semakan profail di facebook Azrin Zizal mengesahkan beliau adalah Pegawai Media Mukhriz di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (April 2008- Februari 2008) dan Pegawai Media di Pejabat Menteri Besar Kedah (Mac 2013- Februari 2015)

Barisan Nasional pusat menegaskan tidak pernah menggunakan perkhidmatan syarikat ini untuk PRU13 ataupun PRU14.

Sejak media pembangkang melaporkan mengenai Cambridge Analytica mereka berusaha memanipulasikan fakta dengan mengaitkan BN dan Dato’ Sri Mohd Najib. Namun setelah faktanya jelas Mukhriz Mahathir adalah pembiaya Cambridge Analytica dan pegawainya sendiri adalah wakil untuk Asia Tenggara pasukan Pakatan Harapan dan PPBM sedang bersilat untuk menepis penglibatan Mukhriz.

PPBM cuba bermain isu tertembak Timbalan Presiden PPBM sendiri Mukhriz Mahathir


Untuk makluman Azrin Zizal tidak lagi menyertai Mukhriz dan bakal mendedahkan usaha kerjasama Mukhriz dengan Cambridge Analytica tidak lama lagi.






SUMBER : SABAHKINI2.COM

Elly Mazlein Tak Kisah Dilabel Simbol Seks, Kerana Imej Seksi & Manja




PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein tidak peduli sekiranya ada pihak meletakkan label simbol seks kepada dirinya hanya kerana imej seksi selain personalitinya yang manja.

Kata pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, ini dia bukan seorang individu yang sensitif apabila ada pihak lain yang cuba menjentik kesabarannya dengan pelbagai kata-kata fitnah.

"Nak kata simbol seks ke, kecam ke... lantaklah. Saya tidak boleh tutup mulut orang tentang apa yang mereka ingin katakan tentang saya.

"Saya pun bukanlah seorang yang cepat sensitif dengan perkara-perkara negatif dan apa yang betul kita ambil untuk kebaikan, selebihnya biarlah ia dibawa angin lalu," katanya.







Elly Mazlein menghadapi kontroversi terbaharu selepas dia terbuka berbicara mengenai buah dadanya yang kelihatan besar dan luar biasa yang disebabkan menyusukan anak dan bukan kerana pembedahan.

Dalam pada itu, Elly berkata, ketahanannya yang kalis dengan kata-kata nista masyarakat itu mungkin disebabkan sudah lali dengan asam garam sebagai anak seni yang dilaluinya sepanjang 20 tahun kariernya.

Malah kata Elly, sebelum ini ada perkara lebih teruk yang terpaksa dihadapinya berbanding dengan kata-kata tidak bermakna netizen terhadapnya.

"Pengalaman banyak mengajar saya. Mungkin dulu akan cepat 'sentap' kalau ada orang mengata tetapi lama kelamaan perkara itu saya sudah lali.

"Status saya sebagai ibu juga membuatkan saya tak peduli lagi apa orang kata kerana ada banyak perkara lain yang perlu saya beri perhatian," katanya.

Bagaimanapun kata Elly, dia hanya akan memberi reaksi sekiranya ada pihak cuba menyentuh tentang keluarga dan anak perempuannya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.



Elly bergandingan dengan Haziq sebagai hos Mentor Otai.


Kata Elly, disebabkan perkara itu juga, sejak setahun lalu dia tidak lagi memuat naik gambar anaknya itu di laman sosial kerana ingin menjaga privasi kanak-kanak itu.

"Cukuplah saya sahaja yang banyak drama dan tidak perlu melibatkan anak saya pula.

"Sebab itulah saya tidak lagi memuat naik gambarnya di laman sosial kerana ingin mengelak dia menjadi mangsa kecaman selain ingin memberikannya privasi dan menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Elly berkata, 2018 banyak memberi impak positif kepada kariernya termasuk dia diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Mentor Otai di TV3.









Fasha Sandha Tak Kisah Gambar Nampak Lurah T*t*k




Baru-baru ini kecoh seketika laman Instagram Fasha Sandha apabila beberapa keping gambarnya yang menampakkan lurah dada menjadi perhatian.



Namun bagi pelakon wanita ini, dia tidak menghiraukan perkara tersebut malah turut tidak mengetahui bahawa ia menjadi perhatian ramai.



“Saya tidak tahu pula ramai yang mengecam kerana tidak membaca ruangan komen. Tetapi saya tidak akan memadam gambar tersebut. Apa orang hendak cakap, cakaplah”



“Ia tidak memberi kesan kepada saya pun. Ruangan komen pun saya tidak tutup,” jelasnya kepada mStar Online.



Tambah Fasha, gambar yang tersebar itu kelihatan seksi mungkin kerana disebabkan sudut gambar dirakam.



Apa yang pasti, dengan ruangan komen yang terbuka, perdebatan di antara peminat dan juga pengguna laman sosial yang lain masih lagi berterusan.



Untunglah masih banyak masa untuk diluangkan di laman sosial mencari kesalahan orang lain.

Pelakon "Sex And The City" Bertanding Gabenor New York





NEW YORK: Pelakon wanita dan aktivis Amerika Syarikat, Cynthia Nixon, berkata beliau akan bertanding bagi merebut jawatan Gabenor New York serta mencabar penyandangnya dari Parti Demokrat, Andrew Cuomo, lapor agensi berita China Xinhua.



"Saya sayangkan New York, dan hari ini saya umumkan pencalonan saya untuk jawatan gabenor," kata Nixon, 51, yang dikenali sebagai Miranda Hobbes oleh peminat siri 'Sex and the City' terbitan HBO, menerusi akaun Twitter pada Isnin bersama-sama sebuah video kempen berdurasi dua minit.



"Saya sayangkan New York. Saya tidak pernah berhasrat untuk tinggal di tempat lain, namun ada sesuatu perlu diubah," kata Nixon dalam video itu sambil menambah bahawa kerajaan perlu menangani masalah penjagaan kesihatan, penahanan beramai-ramai dan sistem kereta api bawah tanah di negeri itu.



Pemilihan Gabenor New York bakal berlangsung pada 6 November 2018.

Cambridge Analytica Lapor Terus Pada Mukhriz - PMO





Firma perunding politik, Cambridge Analytica tidak pernah diupah oleh Barisan Nasional (BN) atau kerajaan Malaysia, kata Pejabat Perdana Menteri.

"Cambridge Analytica ataupun syarikat induknya SCL Group tidak pernah - pada masa kini atau masa lalu - telah mengikat kontrak atau dibayar dengan apa cara oleh Barisan Nasional, Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana pihak bagi kerajaan Malaysia," kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Selasa.

Bagaimanapun, wakil negara SCL Group hari ini mengesahkan kepada kerajaan bahawa nasihat Cambridge Analytica mengenai pilihan raya umum 2013 telah diberikan secara peribadi kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang sekarang timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Wakil SCL juga mengesahkan bahawa beliau melaporkan terus kepada Mukhriz Mahathir, bukan BN atau kerajaan," kata kenyataan itu.

Menerusi laman webnya, Cambridge Analytica menampilkan dirinya sebagai peneraju global dalam kempen dipacu data dengan pengalaman lebih 25 tahun