Wednesday, 31 May 2017

Pil Gugurkan Anak RM50




Pil menggugurkan anak dapat diperoleh dengan harga serendah RM50 di Internet.


China Press melaporkan, pil yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan itu dikatakan berkesan ke atas wanita yang mempunyai kandungan di bawah empat bulan.


Pil itu juga mendapat sambutan dalam kalangan wanita muda termasuk gadis bawah umur yang mengandung.


Penjual juga menggunakan ‘kesaksian’ pelanggan yang berjaya menggugurkan anak untuk menarik perhatian pengguna mengenai pil itu.


Kementerian Kesihatan sedang menjejak dan menyiasat asal usul ubat itu selepas menerima laporan mengenai.


Tindakan itu diambil selepas Kementerian Kesihatan menerima laporan bahawa seorang gadis berumur 21 tahun yang belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Puchong, Selangor mengambil pil itu apabila mengandung selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Saturday, 20 May 2017

‘Saya Panas Baran, Suami Panas Baran, Setiap Kali Bergaduh Suami Mesti Naik Tangan’






Keganasan rumahtangga adalah suatu perkara yang perlu diberi perhatian oleh anggota masyarakat. Semakin hari semakin banyak laporan mengenai keganasan rumahtangga di media massa. Ia merupakan satu perkara yang amat mengaibkan. Dalam Islam amat menekankan kasih sayang, kehalusan budi dan keadilan di dalam perhubungan antara anggota keluarga dan melarang segala jenis kezaliman.

“Saya seorang isteri berumur 20-an dan sudah berkahwin selama 2 tahun setengah dan masih belum mempunyai anak. Masalah saya sekarang, suami cepat sangat naik tangan dan suka hambur perkataan yang menyakitkan hati saya.”

“Saya akui kadang-kadang ada juga saya balas dengan perkataan yang kurang sopan dekat suami. Saya seorang yang panas baran dan suami pun seorang yang panas baran. Setiap kali bergaduh, saya cuba untuk kawal kemarahan saya. Tapi suami suka bagi saya lost control, setiap kali lepas gaduh kitorang memang akan saling minta maaf.”

“Tapi kadang-kadang saya dah tak tahan asyik kena pukul. Saya menjawab sebab saya sakit hati dengar maki hamun suami. Tapi setiap kali saya menjawab memang tangan kaki dia akan naik dekat saya. Pernah dia pijak perut saya sampai saya tak boleh bangun, dan dia heret saya turun tangga hanya pegang kaki dan heret macam lembu.”

“Dia hantuk kepala saya dekat dinding sampai bengkak dan bengong sekejap. Baru-baru ini dia libas saya dengan tali pinggang sampai berdarah bibir dan muka saya. Saya dah buntu sekarang dan saya pernah ajak suami untuk bincang masalah rumahtangga kami tapi suami asyik mengelak.”

“Saya rasa macam nak minta cerai, tapi setiap kali niat itu terlintas dekat hati, saya akan teringatkan ayah dan mak saya. Mereka pernah cakap kalau saya nak bercerai mereka takkan tolong langsung untuk proses penceraian saya. Saya dah tak ada siapa-siapa nak saya luahkan semua ini, saya betul-betul buntu sekarang,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’






Jika selalunya kita mendengar kes culik membabitkan manusia, tetapi di Amerika Syarikat baru-baru ini digemparkan dengan kes penculikkan kucing.

Pihak berkuasa di Virginia, Amerika Syarikat (AS), buntu memikirkan kes ‘penculikan’ pelik yang berlaku di sebuah kawasan di negeri itu sejak beberapa bulan lalu. Ini kerana, kes ‘penculikan’ itu hanya membabitkan kucing.

Lebih menghairankan, semua kucing yang diculik akan dikembalikan, namun dengan bahagian bawah badannya ‘dibotakkan’.
Memetik laporan Reuters, tiada kecederaan dikesan pada kucing-kucing berkenaan, namun haiwan berkenaan dilihat agak takut-takut selepas ‘dipulangkan’ kepada pemiliknya.

Sejak Disember tahun lalu, pemilik-pemilik kucing di daerah Waynesboro, Virginia, dilanda kerisauan apabila beberapa kucing yang dipelihara di kawasan itu hilang. Sehingga kini, polis sudah menerima tujuh laporan kehilangan kucing daripada pemilik di situ.

Jurucakap polis Waynesboro, Kapten Kelly Walker berkata, bulu kucing-kucing tersebut dicukur dengan corak yang hampir sama.

“Kesemua kucing yang diculik berada dalam keadaan sihat, sudah dimandulkan dan memakai kolar pada bahagian leher.

“Bulu kucing-kucing itu dicukur di bahagian perut, kaki dan peha,” kata Walker.

Tambah Walker, mereka tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana kesemua kucing dipulangkan, namun meminta agar si pelaku berhenti berbuat demikian.

Sumber : Astro Awani

Suami Kalau Nak Panjang Umur, Peluk Isteri 2 Minit




Khas untuk lelaki dan para suami di luar sana. Ini ada tips berguna untuk anda kalau nak tahu rahsia panjang umur.

Caranya mudah saja. Ambil masa 2 minit dan perluklah isteri anda. Pelukan itu sekaligus meredakan tekanan.

Kajian menunjukkan pelukan akan mengeluarkan hormon gembira. Bila isteri anda gembira, anda pun bahagia.

4 Cara untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.




1. Ungkapkan sayang pada isteri

Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’ atau ‘Abg sayang Yang’. Mesti berbunga-bunga hati isteri anda dan anda akan dapat layanan ‘first class’.


2. Bagi ayat-ayat romantik

Takkan la masa bercinta je boleh bagi ayat romantik. Masa kahwin la kena lebih romantik.


3. Pujuk Memujuk

Kadang-kadang lelaki tak sedar kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak cakap, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja.


4. Jangan malu nak peluk Cium

Walaupun usia perkahwinan dah menjangkau 30 tahun, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ni, makin berusia makin sensitif. Tak perlu lama, ambil masa untuk peluk seminit dua pun dah cukup.





Sumber: Karangkraf

10 Negara Ini Bayar Gaji Paling Tinggi




Pernah tak anda tertanya-tanya negara manakah yang membayar gaji paling tinggi? Yelah, siapa yang tak nak kerja dengan jumlah pendapatan tinggi.

Kita semua maklum, ramai rakyat Malaysia sanggup berhijrah ke luar negara semata-mata untuk mengejar gaji tinggi.

So, jika anda bercadang untuk berhijrah ke luar negara, ketahui 10 negara yang menawarkan gaji bulanan paling tinggi di dunia.


10. Copenhagen, Denmark – $2,958 (Anggaran RM12,855)

9. Singapura – $3,077 (Anggaran RM13,361)

8. Oslo, Norway -$3,154 (Anggaran RM18,612)

7. Melbourne, Australia – $3,344 (Anggaran RM14,532)

6. Sydney, Australia -$3,451 (Anggaran RM14,989)

5. Chicago, USA -$3,622 (Anggaran RM15,730)

4. New York, USA -$4,304 (Anggaran RM18,692)

3. Boston, USA -$4,322 (Anggaran RM18,770)

2. San Francisco, USA – $4,817 (Anggaran RM20,220)

1. Zurich, Switzerland – $5,876 (Anggaran RM25,514)






Sumber: Eh.com.my

Kenapa Allah Ciptakan Kaum Hawa Dari Tulang Rusuk Yang Bengkok





Wanita makhluk yang misteri bagi lelaki, kadang-kadang menjengkelkan. Wanita juga berfikir perkara sama tentang lelaki dan para lelaki ternyata sering tidak mengerti wanita.

Namun, disebalik semua itu ada sebab kenapa Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan. Baca berikut ini:

Duhai Adam,

Tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok. Kenapa?

Ini kerana

Supaya aku melengkapi segala kekuranganmu,

Supaya aku menjadi penutup kelebihanmu,

Supaya aku mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya atas ku.

Dan,

Supaya engkau meluruskan aku dengan ilmu dan akhlakmu, memimpinku kepada jalah yang diredhai Yang Maha Esa, dan bukan membiarkan aku semakin bengkok.

Kerana apabila engkau membiarkan aku terus bengkok, maka aku juga mampu menyeretmu ke dalam api neraka..

Ini kerana apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim dan apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

Wahai Adam, mainkan perananmu dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dipikul.

Maka LURUS kanlah aku dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. Agar aku jadi pelengkap separuh agama mu

Kata Cinta :

Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Sumber: Amekaw.com

7 Kekurangan Pada Wanita Buatkan Lelaki Terpikat




Selalunya kita dengar lelaki lebih mudah terpikat dengan wanita yang memiliki parass rupa yang cantik dan pandai bergaya.

Hakikatnya tak semua lelaki sama. Ada je lelaki yang jatuh cinta disebabkan oleh kekurangan wanita tersebut.

Untuk wanita diluar sana, jangan rasa rendah diri dengan kekurangan diri anda. Sebenarnya ia membuatkan anda lebih unik dan menjadi daya tarikan lelaki.

Korang nak tahu apa kekurangan tersebut? Jom semak!




1. Bertubuh gempal

Lelaki lebih tertarik dengan wanita bertubuh gempal berbanding kurus. Bagi lelaki, wanita bertubuh gempal seorang yang kuat kerana miliki keyakinan tinggi untuk tampil di khalayak ramai.




3. Seorang yang skema & ‘nerd’

Bagi lelaki wanita ‘nerd’ seorang yang bijak dan tidak membosankan kerana rajin membaca, banyak pengetahuan dan tahu tentang isu semasa. Malah kajian mengatakan perempuan ’nerd’ lebih memahami.




4. Tubuh bersaiz rendah

Kebanyakan lelaki lebih sukakan wanita rendah kerana lelaki menganggap gadis yang tinggi akan mengancam dirinya. Jika lelaki lebih tinggi, secara automatik lelaki akan rasa lebih selesa dan kuat dalam menjalinkan hubungan.




5. Memakai cermin mata

Bagi lelaki wanita yang memakai cermin mata lebih menggoda dan seksi. Malah mereka juga dilihat lebih bijak dan ada daya tarikan di mata lelaki.




6. Miliki nada suara yang tinggi

Menurut kajian, wanita yang memiliki nada suara yang tinggi mampu membangkitkan aura ‘muda’ yang menandakan bahawa tubuh wanita itu sangat sensual dan begitu menarik perhatian lelaki.




7. Suka berpakaian seperti lelaki

Bagi sesetengah lelaki, wanita yang berpakaian ala-ala lelaki menarik perhatian mereka. Bagi lelaki, wanita dengan pakaian sebegini memiliki karakter mudah bertolak ansur.




8. Ketawa tak ‘cover’

Bagi lelaki wanita yang jenis ketawa tak ‘cover’ ni lebih menjadi diri sendiri. Lelaki lebih selesa untuk mendekati wanita sebegini
dan selesa untuk berada di sisinya.

Sumber: Karangkraf

Friday, 19 May 2017

Ketika Kami Tengah Susah, Suami Sanggup Kata Dah Makan Walaupun Dia Belum Makan





Kali ni saya nak cerita sedikit kisah suami saya.. sebagai tanda penghargaan dan cinta saya.. Kami telah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan 3 org anak.. Perkahwinan kami sama seperti org lain ade suke ada duka.

“Suami Romantik Dengan Cara Dia Sendiri”

Skrg kami sedang mengalami krisis ekonomi yang agak teruk kerana suami kehilangan kerja tahun lepas.. 2 buah kereta kami dah dijual.. Namun saya tetap bersayaukur masih ade rumah dan sebijik moto.

Suami saya pun baru sahaja dapat kerja.Insayaallah..kami pasti boleh melalui kesukaran ini seperti masa2 yang sudah.. Hidup kite ibarat roda kadg diatas kadg dibawah..berbalik pada cerita suami saya… saya bersyukur dikurniakan suami yang penyayang, rajin kerja dan baik.. Maaf bukan mendabik dada tapi itulah rezeki saya.

Suami saya tak romantik. Selama 13 tahun kami bersama tak pernah sekali pun dia kasi saya bunga.. tapi dia romantik dengan cara dia yang tersendiri.. Antaranya.. Ketika kami susah.. Jika ade sebungkus makanan sanggup dia kata dia dah makan padahal dia belum makan.. Dia seorg yang jenis penyabar.

“Beli Kek Batik RM1.50”

Bayangkan kami bukan org senang.. Nak beli kasut saya sepasang je so saya nak pastikan saya puas hati. Dia sanggup teman saya pergi 10 kedai tapi last2 beli kat kedai pertama jugak.. Huhu.. Sikit pun dia tak merungut.. Lepas tu.. Kalau duit dalam tangan dia tinggal 10 ringgit saya plak terlepas cakap nak makan sesuatu dia sanggup belikn padahal duit tinggal 10 rgt je.

Tahun ni kami tgh susah..awal tahun hari tu ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10.. Dia takde duit.. Dia belikan saya sepotong kek batik berharga RM1.50 yang dah siap dipack2 yang memg dijual di kedai tu. Memang kelakar tapi jauh dalam hati saya tersentuh sgt.

Lepas tu ade skali tu saya nak gi watson kat dalam bangunan kompleks.. Masalahnya watson tu bukak pukul 10.. tapi kami keluar sarapan pukul 8.. Dia sanggup teman saya tunggu watson bukak pukul 10 sambil jalan2 dalam kompleks yang belum ade kedai pun bukak..saya suke dia picit kaki saya.

“Kami Tetap Bahagia Selagi Ada Satu Sama Lain”

Dia romantik pada saya bila dia boleh tolong wax kan ketiak saya.. Dia romantik pada saya bila dia suke kentut depan saya.. Dia romantik pada saya bila dia tak berkira duit dengan saya.. Kawan2 jgnlh anggap saya nak menunjuk2.. Ini sekadar penghargaan saya buat suami…banyak sbnrnya suka duka yang kami dah tempuh bersama2 selama 10tahun berkhwin.

Hargailah suami kite seadanya. Tetaplah bersama2 dengannya ketika dia susah. Berikan kata2 semangat.. Kami skrg kehulu hilir naik moto ber5 ..tapi kami tetap bahagia selagi kami ade satu sama lain…doakan rezeki anak2 kami sentiasa ada insayaallah.. Sekian terima kasih.

Sumber: Kaki Share

Tanda Lelaki Suka Pada Anda





Kadang-kadang cinta boleh menghadirkan rasa serba salah pada diri kita. Bak kata pepatah, ‘mandi tak basah, tidur tak lena’.

Kebiasaan yang berlaku bila kita sukakan seseorang, orang itu pula tak suka pada kita. Bila kita tak sukakan seseorang itu, orang tu pula sukakan kita. Haih serabut!

Namun, tak semua lelaki jahat dan bukanlah semua lelaki tak boleh dipercayai jika anda was-was terhadap seseorang lelaki. Berikut beberapa kriteria lelaki yang betul-betul sukakan pada seseorang perempuan, agar anda lebih faham dan tidak beburuk sangka.

Sentiasa Mengekori

Walau di mana sahaja anda, dia pasti juga berada di situ. Barangkali, si lelaki ini cuba mencari peluang terbaik bagi mendekati diri anda. Berkemungkinan dia ingin menegur anda buat kali yang pertama. Janganlah takut serta bimbang. Balaslah sapaan atau teguran seseorang lelaki tidak bermakna anda seorang yang gatal.

Meminta nombor telefon

Ramai lelaki yang suka merungut bila mahu minta nombor telefon. Kaum lelaki selalunya menuduh kaum wanita sombong, jual mahal sebab mengelak memberi nombor telefon.

Texts & Call?

Di awal-awal perkenalan, selalunya lelaki akan terburu-buru dalam mengejar seseorang wanita. Mungkin takut dikebas orang. Buat kaum hawa, janganlah terkejut dengan keghairahan seseorang lelaki dalam mengenali diri anda kerana itu merupakan perkara biasa mereka yang dilamun cinta. Dalam keadaan ini, kaum wanita tidak perlu rasa takut. Cukuplah hanya perlu mengenali dirinya dan kelak buatlah keputusan sama ada mahu meneruskan perkenalan itu atau tidak.

Bertanyakan Khabar Anda Pada Kawan Rapat Anda

Sekiranya andaselalu di kafe pada setiap malam, dia pasti akan berada berdekatan dengan anda. Dia ingin mengetahui dengan siapa anda berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali anda. Maklumat yang tidak dia perolehi dari anda boleh sahaja dia dapatkan daripada rakan-rakan anda. Berkemungkinan dia ingin tahu akan kesukaan anda dan sejarah percintaan anda sebelum ini. Rakan-rakan anda adalah pilihan yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini.

Cuba Menjadi ‘Mr. Perfect’

Walaupun dia serba kekurangan namun dia tidak akan menampakkan kekurangan itu di mata. Dia mahu menjadi yang terbaik serta yang paling sempurna. Dia tidak mahu anda rasa tidak yakin kepada dirinya dan ingin membuktikan bahawa dia mampu memberikan segala-galanya untuk anda. Kaum wanita tidak harus gusar serta seharusnya menyatakan kepada lelaki itu bahawa kejujuran serta menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada cuba menipu dengan cuba berlagak sempurna.

Akan Jumpa Keluarga

Jika meraka benar-benar sukakan kamu dan telah membuat persiapan dari segi rohani dan jasmani. Pastinya mereka akan terus berjumpa dengan keluarga anda untuk berbincang perkara seterusnya. Kerana lelaki yang sejati tidak akan mempermainkan perasaan orang yang mereka sayangi.

Sumber: Aku Penghibur

Kadar Penceraian Warga Emas Semakin Meningkat





Kadar perceraian pada usia senja di Terengganu semakin meningkat dan membimbangkan, dengan kebanyakannya berpunca daripada pertemuan semula dengan rakan lama, selain kecurangan pasangan.

Menurut Pegawai Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh, berkata trend perceraian dalam kalangan warga emas semakin meningkat sejak lima tahun lalu, dengan kebanyakannya berusia antara 60 hingga 70 tahun.

“Kebanyakan mereka datang menjalani sesi kaunseling di pejabat JHEAT sebelum memilih perceraian sebagai kata putus.

“Sebahagian besar mereka juga memilih perceraian pada usia berkenaan dengan alasan menangguh berbuat demikian kerana komitmen anak, walaupun berdepan masalah sejak awal. ”

“Jika dahulu memang jarang yang bercerai pada usia senja, tetapi kini masalah itu semakin meningkat. Kebanyakan mereka mendakwa sudah lama mahu bercerai tetapi tidak berbuat demikian kerana komitmen anak dan mengambil keputusan bercerai selepas semua anak sudah bekerja dan berkahwin,” katanya selepas Program Derma Darah JHEAT di sini, semalam.

Katanya, sebanyak 2,245 kes perceraian direkodkan sepanjang tahun lalu dengan kebanyakannya berpunca daripada masalah kisah silam iaitu apabila seorang daripada pasangan hadir ke perjumpaan semula (reunion) dan bertemu kekasih lama, selain penyebaran maklumat kecurangan pasangan melalui aplikasi WhatsApp.

“Kira-kira 200 kes perceraian dilaporkan setiap bulan sepanjang tahun lalu dan kebanyakannya berpunca daripada masalah pasangan yang didakwa tidak bertanggungjawab. “Tetapi, trend terbaharu juga merekodkan jumlah tinggi kalangan pasangan yang bercerai kerana mahu berkahwin dengan kekasih lama selepas perjumpaan menerusi program pertemuan semula yang mereka ikuti,” katanya.

Mohd Ariffin berkata, pasangan seharusnya tidak terburu-buru mengambil keputusan bercerai selepas melihat kecurangan pasangan melalui laman sosial atau aplikasi WhatsApp, sebaliknya perlu menyiasat secara terperinci dan hadir ke sesi kaunseling sebagai langkah perdamaian dan mengelak perceraian.

Sumber: Berita Harian

Iceland Bayar RM21,700 Sebulan Untuk Kahwini Rakyat Wanitanya




Iceland kerap menjadi perhatian dunia oleh beberapa laman berita dengan beberapa berita lucu yang berkaitan dengan bilangan penduduk negara itu, adat resam dan tradisi mereka.

Dalam isu-isu yang telah dibincangkan, ada satu isu yang paling terkenal – golongan wanita yang tinggi berbanding lelaki dan dikatakan kerajaan negara Iceland mengeluarkan resolusi untuk penyelesaian tersebut.

Dikatakan, negara itu memberikan AS$ 5,000 sebulan bagi setiap pendatang yang berkahwin dengan wanita Iceland. Bagaimanapun, berita ini adalah tidak relevan dan sekadar jenaka kosong di internet.





Cara Hilangkan Jerawat Belakang Badan





Jerawat pada belakang badan sememangnya tidak kelihatan tetapi ketika kita melakukan aktiviti yang memerlukan pakaian terbuka contohnya berenang, jerawat pastinya akan tampak juga.

Jerawat ini benar-benar sangat mengganggu serta boleh mengurangkan keyakinan diri. Bagaimana mengatasi jerawat belakang badan ini?

Mandi dengan kerap

Kena mandi dengan kerap supaya kulit bersih dan liang-liang kulit akan segar setiap masa. Jadi tak ada lah longgokan minyak dan kotoran tersumbat.

Tukar sabun mandi

Salah satu sebab jerawat naik disebabkan sabun badan yang korang pakai tak sesuai dengan kulit. Gunakan sabun yang sudah dibuktikan secara klinikal bukan sekadar wangi semata-mata.

Minum air dengan banyak

Minum air bagus untuk apa sahaja! Minum air dengan banyak supaya ia membantu mengeluarkan toksin dalam badan tu.

Tukar detergen

Baju yang kita pakai pun main peranan juga tau. Kalau salah guna detergent, jadi bergesel pula dengan kulit badan kita. Itu yang berlakunya pertumbuhan bakteria pada kulit.

Gunakan minyak tea tree

Minyak tea tree ni memang elok. Tak kisah lah apa jenis jerawat pun sapu sahaja kerana ia mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan anti kulat.

Sapukan gel aloe vera

Aloe vera pun bagus untuk kulit kita. Ia mengurangkan dan melegakan kerengsaan dan kemerahan disebabkan jerawat.

Pakai pakaian yang longgar

Pakaian yang ketat pun jadi punca jerawat naik kat badan tau. Pakai pakaian yang longgar supaya ada pengudaraan pada kulit badan kita.

Sumber: Wanista , Era.Fm

Rahsia Kunci Hati Agar Pasangan Sentiasa Menyayangi Dan Mencintai Anda





Isteri memainkan peranan sangat penting dalam sebuah rumah tangga untuk menjadi tali pengerat kasih sayang dengan pasangan.

Oleh itu, curahan kasih sayang dan cinta yang berpanjangan mampu mengekalkan sebuah rumah tangga hingga ke akhir hayat.

Tips berikut ini adalah untuk anda agar anda dan pasangan terus hidup berkasih sayang dan mengeratkan simpulan cinta sehingga ke akhir hayat.

1. Niat berumah tangga kerana Allah.

2. Menghormati pasangan.

3. Sentiasa memaafkan pasangan.

4. Selalu peluk pasangan bila nak ke tempat kerja.

5. Solat berjemaah dengan pasangan.

6. Masa pasangan tidur, baca Al-Fatihah atau ayat-ayat lazim dan tiup di ubun-ubun pasangan. Doa supaya kasih sentiasa erat sampai akhir hayat.

7. Jangan mengungkit kisah lama dan suka membebel.

8. Selalu membantu pasangan ketika mereka dilanda masalah. Ringankan masalah bukan menambah masalah pasangan.

9. Memahami pasangan dan jangan ambil kesempatan jika pasangan baik dan berharta.

10. Selalu bertolak ansur, perkara remeh jangan dipanjangkan.

11. Selalu ucap kata-kata manis dan puji pujian pada pasangan.

12. Beri hadiah di hari istimewa pada pasangan. Biar kecil tetapi ingatan itu penting.

13. Sentiasa tepati janji dan jangan menyusahkan pasangan berbohong dan tidak jujur.

14. Jadi pendengar yang baik pada pasangan.

15. Sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif. Jangan cemburu buta.

16. Luangkan masa berkualiti dengan pasangan.

17. Memahami bahasa tubuh atau ‘facial expression’ pasangan.

18. Bergurau dengan pasangan dan selalu membuat dia ketawa.

19. Prihatin terhadap kehendak pasangan.

20. Selesaikan masalah dengan berhemah dan bukan memaki dan menjatuhkan maruah pasangan.

21. Selalu membaca doa mengeratkan kasih sayang suami isteri agar hubungan sentiasa segar dan dijauhi dari hasutan syaitan.

Semoga bermanfaat dan sila kongsikan kepada kawan-kawan dan keluarga.

Sumber: Pesona Pengantin

Hilangkan Plak Gigi Menggunakan Garam





Karang gigi atau dikenali juga sebagai kalkulus gigi merupakan salah satu masalah kesihatan yang tidak boleh diambil ringan yang biasanya menempel di bahagian dalam dan depan gigi.

Jika dibiarkan, akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi.

Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal. Ada cara mudah untuk anda lakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan semulajadi iatu garam.

Berikut adalah cara menghilangkan karang gigi menggunakan garam.

1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.

2. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.

3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.

4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.

Selamat mencuba!

Sumber: EraFM

Thursday, 18 May 2017

[Foto] Dulu Dihina Berwajah Buruk, Kini Lelaki Terbeliak Biji Mata




Benarlah kata orang, kebanyakan daripada kita lebih tertarik kepada kecantikan luaran berbanding daripada mengenali hati budi seseorang itu.

Seorang gadis dari Vietnam, Kuok, 22, yang dahulu dianggap sebagai ‘itik yang hodoh’ kini telah berubah menjadi angsa cantik selepas dia memutuskan untuk menjalani pembedahan plastik kerana tidak tahan dihina oleh masyarakat.

Memetik laporan World of Buzz, kebanyakan orang menganggap Kuok sebagai seorang yang buruk sehingga ada yang mengkritik serta menjadikan rupa parasnya sebagai bahan jenaka.

Ketika di alam persekolahan, Kuok disisihkan rakan-rakan sekelasnya dan mereka secara sengaja memulaukan dia daripada menghadiri mana-mana acara atau majlis pertemuan.

Selepas tamat belajar, hal-hal tersebut masih lagi berlaku kepadanya sehinggakan dilaporkan ketika satu sesi mencari jodoh, Kuok dianggap terlalu buruk dan tiada siapa yang mahukannya.

Menurut laporan tersebut, segelintir calon bahkan berkata, “Jika saya berkahwin dengan dia, saya akan hilang nafsu makan”.




Segala penghinaan dan layanan dingin yang diterima membuatkan Kuok hilang keyakinan diri dan berasa sangat rendah diri ketika berdepan dengan orang ramai.

Daripada terus menderita mengenangkan nasibnya, Kuok memutuskan untuk memgambil tindakan drastik demi mengubah kehidupannya selama-lamanya.

Akhirnya, tahun lepas Kuok memperuntukan kira-kira RM61,800 untuk menjalani pembedahan plastik dan hasilnya sangat menakjubkan.






Dalam tempoh satu malam, Kuok yang dahulu diejek kerana rupanya yang hodoh telah berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik dan secara perlahan-lahan keyakinan dirinya mula kembali.

Setahun kemudian, Kuok tampil sebagai seorang gadis cantik yang memancarkan keserian dan keyakinan diri yang tiada tandingan, sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka.

Selepas berkenalan lebih enam bulan, mereka memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dan dilaporkan juga bahawa suami Kuok merupakan seorang lelaki kaya yaang mewarisi harta keluarga.

Sekurang-kurangnya mereka yang pernah menghina Kuok kini mungkin berasa menyesal selepas melihat perubahan yang berlaku kepadanya. Namun, walau apa pun rupa paras dan keadaan fizikal anda, yakinlah pada diri sendiri dan buktikan kepada mereka di luar sana, 'kekurangan' anda bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup.

- mD

Jawapan Anak Setelah Pecahkan Perfume Kesayangan Ibunya Ini Bakal Buat Kamu Menangis




By Suamiku Encik Whatever



“Mama, ni duit yang ganti minyak wangi tu. Mama, Ajim dah tak ada duit raya. Ma, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau.”

Kasihan. Si kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas ‘naik hantu’ dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian.

Diam-diam, Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.

Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini?

“Saat membaca nota itu, berderai airmata… Meruntun jiwa seorang ibu ini… Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang sebentar tadi…Kemudian saya sedar… Hanya kerana benda bersifat sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil.”

Allah ya Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian ibubapa dalam mengawal kata.

Saya terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai kesayanganya..

“Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!”

Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..

“Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!”

Ya Allah.. sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam mendidik mereka!

“Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat.”

“Mama minta maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama takut hilang sabar lagi.”

Subhanallah. Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri. Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya. Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.

Namun sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah. Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.

Anak-anak melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata, ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!

Ajarlah anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Memang ada kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka, sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa menyebabkan orang lain pula yang terluka!

Marilah sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.

Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula.

Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin.

Ummu Nurin, terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.

Ummu Nurin adalah salah seorang penulis yang berkolaborasi dengan saya menerusi projek buku motivasi rumahtangga.

“Taubat Manusia Yang Bergelar Banduan Akhir”





By Ustaz Wadi Annuar


Antara manusia yg tahu bila dia akan mati ialah banduan akhir.

Ada satu kes, dinamakan sebagai “Banduan Akhir”. Bbanduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh hakim.

Sekiranya hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

Apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan di dalam bilik khas yang diberikan nama sebagai “Sel akhir”.

Katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.

Sewaktu Hakim baca : “maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi.”

Ianya mesti prosedurnya begitu.

Sekiranya hukuman dibaca hari Ahad, maka hari Jumaat dijatuhkan hukuman.

Namun sekiranya hukuman dibaca pada hari Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan, lutut dia sudah tak boleh berdiri dah.

Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang diri.

Pada ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya. Sentiasa membaca Al-Quran.

Bila ustaz Agama yabg pergi di situ, majlis percakapan dab nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.

“Saya banyak dosa ustaz”

“Saya tinggalkan tanggungjawab saya.”

“Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz”.

Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah SWT, bersembahyang.

Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu kepada Allah SWT. Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT, bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung, malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah.

Manusia yang sudah tahu ajalnya, dia sudah tidak boleh tidur dah tuan-tuan.

Sebab itu diantara rahmat Allah SWT yang besar adalah merahsiakan kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

Sekiranya dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum tamatnya tempoh sebulan lagi dia sudah tidak akan bermain lagi. Tetapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai bukti dan rahmatNya kepada saya dan kita semua.

Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua. Sebab dia tahu untuk bertaubat bila. Dia boleh bertaubat, Alhamdulillah.

Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah SWT tidak sempat bertaubat pd Allah SWT kerana tidak tahu bila nak mati.

Maka banduan akhir ini pada malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung untuk mengaku dihadapan Allah SWT

“YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku ya Allah!!”.

Maka datang daripada seluruh keikhlasan dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah SWT. Untung dia.

Pada keesokkan paginya, banduan akhir ini akan diberi pilihan sama ada untuyk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM7.50.

Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char Kuew Teow kah, Nasi Ayam Penyet kah, cucur udang kah maka dia aksn diberikan pilihan boleh pilih.

Tuan-tuan mahu tahu apakah yang dipesan oleh banduan akhir ini? Kebanyakkan banduan akhir ini tidak lagi akan memesan apa-apa makanan lagi kerana sudah hilang selera makan.  Sebab esok hari, bila dia bangun, bukannya bangun pun, bahkan malam itu adalah malam yang dia tidak akan boleh tidur. Selan

Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat Subuh, hukumannya mesti dijalankan di antara jam 6 hingga 7 pagi.

Maka, benarlah apa yang Allah SWT sebutkan, dia sendiri tidak akan tahu bila di akan mati. Walaupun harinya dia sudah ketahui, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar pun dia tidak tahu kerana itu semua rahsia Allah SWT.

Ya benar, dia akan disarungkan tali gantung pada lehernya tepat pada jam 6:47 AM, tetapi dia sendiri pun tidak tahu pada saat ke berapakah dia akan berpisah dengan nyawanya.

Pada keesokkan paginya, banduan akhir akan diberikan peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya. Pada masa ini, tiada perkataan yang akan keluar, hanya pelukan dan tangisan saja. Sudah tidak boleh bercakap lagi dah.

Sudah tiada apa yang boleh dipesan pada ketika itu cuma dua perkataan ini saja;

“Maafkan ayah…Maafkan ayah”

“Maafkan abang, Maafkan abang”

Itu sahaja. Hanya kemaafan saja yang diminta pada saat-saat akhir ini.

Kemudian, banduan akan dibawa ke tali gantung. Allah SWT merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dengan Allah SWT.

Wallahua’lam.

Rakyat Malaysia Suka Online Shopping Pada Waktu Pejabat





Meskipun ekonomi berada dalam keadaan lemah, namun bukti menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat aktif membeli-belah dalam talian.


Lebih mengejutkan, mereka melakukanya pada waktu pejabat. Waktu kegemaran rakyat Malaysia untuk membeli-belah dalam talian adalah pada pukul 11 pagi hingga 3 petang dan 7 petang hingga 11 malam.


Ia berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh pakar pembayaran dalam talian iPay88 Sdn Bhd.


Pada 2016, iPay88 merekodkan 38.2 juta urus niaga dalam talian melalui sistemnya. Peningkatan ketara sebanyak 161% daripada 14.6 juta pada tahun 2015.


Statistik juga menunjukkan, rakyat Malaysia lebih gemar membeli-belah pada waktu pejabat terutama pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.


Manakala, statistik pengguna yang membeli-belah dalam talian menurun pada hari minggu.



Sumber: The Star Online

Punggung Boleh Leper Jika Duduk Sepanjang Hari – Kajian

GAMBAR HIASAN



Betulkah punggung boleh leper kerana duduk sepanjang hari? Ya! Ini dikenali sebagai ‘Office Ass’, punggung boleh menjadi leper kerana duduk berterusan di pejabat sepanjang hari.

Ini antara perkara yang paling ditakuti wanita seluruh dunia!

Duduk terlalu lama di meja kerja selama lapan jam atau lebih dalam sehari anda akan terdedah kepada tekanan darah tinggi, serangan jantung, kemurungan dan paling teruk, punggung akan menjadi leper.

Ahli terapi fizikal, Abby Bales mendedahkan kepada The New York Post, semakin lama seseorang duduk tanpa bergerak, kemungkinan besar, ‘kesukaran mengakftikan glutes untuk mengekalkan bentuk pinggul dan berisiko untuk memiliki punggung leper.’

Apa nak buat? Anda hanya perlu luangkan masa hanya selama 5 minit setiap 2 jam untuk berjalan di sekitar pejabat kalau tak nak punggung menjadi leper.

Jika hanya duduk di pejabat malah tidak mempunyai masa untuk bersenam di siang hari, tapi dengan hanya berdiri atau berjalan di sekitar pejabat selama lima minit setiap sejam boleh ‘meningkatkan keanjalan pinggul’ dan mengaktifkan otot-otot punggung agar tidak meleper.

Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk rehat setiap jam, Bales mencadangkan supaya berdiri tegak, letakkan kusyen pada separuh belakang kerusi dan pilih untuk berjalan ke tempat kerja daripada memandu.

Walaupun sibuk dengan tugasan, pastikan untuk berjalan-jalan seketika (ke bilik air, keluar dari pejabat untuk makan tengahari, atau sekadar berjalan keliling pejabat untuk hirup udara sambil tenangkan minda).

Sumber: The New York Post/Tess Koman

KAJIAN : Lelaki Beristeri Lebih Dari Satu Hidup Lebih Lama

GAMBAR HIASAN




Bukanlah bermaksud untuk mempertikaikan soal poligami, tetapi hanya memberi maklumat bahawa suami yang mempunyai isteri lebih dari satu atau poligami boleh memanjangkan umur lelaki.

Tidak percaya? Berikut ini pembuktian lebih lanjut. Tapi, tentu para isteri di mana pun tak rela jika suaminya berkahwin lagi, bukan?

Bagi yang sudah beristeri lebih dari satu, mungkin sudah merasakan dan membenarkan bahawa dirinya memang sebenarnya berumur panjang.

Bagaimana dengan lelaki yang beristeri satu? Adakah anda ingin memanjangkan umur hidup di dunia ini? Berkahwin lagi adalah salah satu caranya.

Terbukti, poligami membuatkan lelaki lebih panjang umur!

Sama halnya dengan penyelidikan yang pertama, seorang penyelidik dari University of Shelfield, bernama Virpi Lummaa, setelah melakukan analisa mengenai amalan poligami di lebih 100 negara, mengatakan bahawa kaum adam yang berpoligami lebih cenderung lebih panjang umur sehingga 12 peratus berbanding kaum adam yang bermonogami.

Tidak sekadar itu, disebutkan juga oleh si penyelidik bahawa lelaki yang melakukan amalan poligami ternyata alat reproduksinya masih bagus sehingga usia lanjut, antara 60, 70, malah sampai 80 tahun. Hal tersebut menurut Lumma boleh membuat lelaki mampu memanjangkan umurnya.

Penyelidik ini bersama dengan pasukannya cuba membandingkan negara-negara yang penduduknya melakukan poligami dengan negara yang penduduk lelakinya monogami.

Hasilnya, lelaki-lelaki yang mempunyai isteri lebih dari satu keadaan kesihatan lebih sihat, mempunyai nutrisi lebih baik daripada para lelaki yang bermonogami atau hanya beristeri satu.

Tahukah anda bahawa rahsia dari manfaat poligami yang dirasakan lelaki itu sebenarnya berpunca dari isteri?

Para penyelidik mendedahkan bahawa suami yang isterinya lebih dari satu hingga empat isteri, batasan berpoligami, akan mempunyai kesihatan lebih baik jika isteri-isterinya tersebut mampu mengurus si suami dengan baik.

Si lelaki akan rasa lebih bahagia sebab mempunyai ramai anak dan tentu saja keperluan seks akan dipenuhi secara maksimum oleh isteri-isterinya.

Perlu diketahui bahawa keperluan seks yang mampu dipenuhi akan membuat kesuburan kaum lelaki tetap wujud walaupun sudah memasuki usia persaraan untuk melakukan aktiviti seksual.

Dalam hal ini, kesuburan seorang lelaki akan berpengaruh sekali terhadap fungsi hormon yang bekerja menguruskan metabolisma tubuh badan. Makin bagus tahap kesuburannya, maka makin bagus juga prestasi hormonnya. Inilah yang menyebabkan seorang lelaki tetap sihat dan bertenaga.

Manfaat lain jika beristeri lebih dari satu dan maksimum empat yang disebutkan oleh para penyelidik ini adalah munculnya dorongan atau motivasi untuk terus bekerja memberi nafkah anak-anak serta isteri-isterinya.

Hal tersebut pun dipersetujukan oleh seorang ahli antropologi dari Cornell University in Ithaca, New York, bernama Chris Wilson. Dia berkata hipotesis tersebut sangat-sangat masuk akal.

Bagaimana dengan wanita yang dipoligami?

Tidak hanya kaum lelaki, kaum wanita yang dipoligami ternyata juga lebih panjang umur daripada yang tidak dipoligami.

Inilah satu fenomena yang dahsyat luar biasa, fenomena eksklusif oleh para penyelidik ini disebut sebagai ‘kesan nenek’ mampu menjelaskan secara terperinci kenapa wanita yang dipoligami mempunyai umur.

Setelah melakukan kajian terhadap lelaki berpoligami seperti yang dijelaskan tadi, Virpi Lummaa turut meneliti kaum wanita. Mendedahkan bahawa seorang wanita setiap 10 minit berjaya melewati masa menopausnya dan kebahagiaannya akan bertambah sehingga 2 kali ganda.

Penyelidik menambah, bahawa dengan mempunyai ramai cucu serta adanya perhatian kasih sayang dari anak-anaknya, membuat si wanita ini akan lebih bahagia, sehingga ingin hidup lebih lama lagi.

Bagi kaum lelaki, berpoligami sudah jelas dibuktikan akan membawa manfaat untuk kesihatan, iaitu memanjangkan umur, tetapi bagi kaum wanita mungkin tidak. Kenapa?

Jika suami tidak boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya, isteri-isterinya akan menjadi korban dalam rumah tangga. Anak-anaknya pun akan turut menjadi korban.

Walaupun banyak kajian yang menyatakan bahawa berpoligami itu memberi kesan positif bagi isteri, tetapi lebih banyak kajian yang mendedahkan bahawa para isteri yang dipoligami ramai mengalami stres.

Dua penyelidik dari Queen ‘s University, iaitu Profesor Martha Balley dan Bita Amani, membuat kesimpulan bahawa para isteri serta anak akan menjadi mangsa di dalam sebuah rumah tangga jika seorang suami memilih untuk berkahwin lagi menambah isteri.

Si isteri yang dipoligami katanya akan mengalami stres atau kemurungan kerana adanya rasa cemburu. Mereka juga terdedah menjadi mangsa keganasan di dalam rumah tangganya.

Jika si suami yang beristeri lebih dari satu boleh memperoleh kepuasan seks yang baik dari isteri-isterinya, isteri yang dipoligami kadang-kadang menderita sebab harus rela menghadapi kenyataan suaminya berkongsi hubungan seksual dengan isteri lain. Kecemasan dijangkiti penyakit menular seksual pun muncul.

Apabila seorang isteri stres dan kemurungan kerana masalah tersebut, pola pengasuhan anak tentu akan menjadi tak keruan, sehingga si anak pun merasakan kesan negatifnya.

Si anak boleh saja berisiko mengalami trauma malah sehingga dikucilkan oleh rakan-rakannya. Tak hanya itu, perilaku anak juga berdasarkan hasil kajian akan sukar dikawal sebab perhatian ayah berkurang.

Tetapi, inti dari semua semua permasalahan poligami iaitu perhatian suami kepada isteri-isteri beserta anak-anaknya.

Semuanya boleh dielakkan jika poligami dilakukan dengan benar dan suami memang benar-benar sudah berkemampuan untuk melakukannya.

Suami yang berpoligami akan lebih panjang umur daripada yang tidak melakukan poligami. Sama halnya dengan isteri, akan juga lebih panjang umur. Ya, seorang suami yang mempunyai isteri lebih dari satu boleh menyebabkan umurnya lebih panjang dengan syarat bila dirinya dapat memberi perhatian kepada isteri-isteri beserta anak-anaknya dengan seadil-adilnya.


Sumber: Penulispro.com

8 Soalan Yang Orang Single Meluat Nak Dengar!



Siapa yang nak hidup single tanpa pasangan?? Rasanya setiap dari kita ingin hidup dengan pasangan dan tidak mahu bersendirian.

Tapi bukan senang nak cari pasangan. Ingat nak cari pasangan ni macam beli barang?

So, buat mereka yang sudah berkahwin dan ada pasangan, elakkan dari tanya 10 soalan ini pada mereka yang masih single. Penat nak dengar!!!



1. “Kau single lagi ke? Bestnya hidup macam kau.”




2. “Tak pernah rasa sunyi ke??”




3. “Tak risau kau kalau susah nak mengandung nanti??”




4. “Memang tak ada dating dengan siapa-siapa ke??”




5. “Kau tak nak cuba online dating. Mana tau jumpa jodoh.”




6. “Jangan risau, satu hari kau akan jumpa jodoh kau.”




7. “Nanti bila kau dah kahwin, mesti kau harap nak single balik.”




8. “Kau ni terlalu memilih sangat kot??”

2 VIDEO Jelas Ketika David Teo Ditampar Mat Over Di Depan PM Kerana Biadap




Kali ini David Teoh memang melampau apabila bertindak kurang ajar dalam satu majlis yang penuh harmoni diantara pengiat seni dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Berdasarkan video yang viral di media sosial tersebut, David Teoh mensasarkan amarah tersebut kepada Rosyam Noor mungkin atas alasan tidak memberi perhatian kepada beliau. Namun cara yang digunakan oleh David Teoh terlalu kurang ajar.


Beliau seolah-olah enggan memahami konsep santai TN50 dan mahu diberikan keutamaan. Tindakan David Teoh tersebut telah mengundang kemarahan dan salah seorang penonton yang juga merupakan seorang pelakon komedi Mat Over yang telah bertindak menampar beliau.


Datuk Seri Najib berkata tidak perlulah bertindak sekasar demikian dan beliau bersetuju untuk meneruskan program tersebut dengan cukup “sporting”.




VIDEO : Model Bikini Tampar Hos TV Setelah Diraba Dalam Program Live





Berang dirinya diraba pengacara sebuah rancangan televisyen, seorang model bikini, Rayssa Teixeiro Melo mengamuk sebelum menumbuk hos tersebut.




Perbuatan hos itu menyebabkan Rayssa terus berlalu pergi meninggalkan set program tv yang bersiaran secara langsung pada ketika itu.




Rayssa dijemput sebuah program tv di Brazil, Rabu lalu untuk menunjukkan cara-cara penggunaan krim badan yang mana dia telah memberikan peringatan kepada hos itu agar jangan sesekali menyentuh bahagian punggungnya.





Kucing Gunting Bulu Pulang Seperti Memakai Topeng



Kisah malang kucing bernama Jin Jin ini yang berlaku beberapa bulan yang lalu, ketika dibawa berjumpa dengan perapi kucing menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, disebabkan masalah komunikasi atau dalam bahasa inggerisnya ‘communication breakdown‘. Kucingnya balik dengan keadaan yang melucukan!

Tuan kepada Jin Jin, Qian, berkata kebiasaannya dia akan membawa kucing itu berjumpa perapi tetapi pada waktu itu dia ada hal, menyebabkan dia terpaksa meminta pertolongan kawan.

Bagaimanapun, terjadi sedikit masalah komunikasi ketika menceritakan tentang jenis potongan bulu yang sepatutnya dibuat untuk Jin Jin.

Kebiasaannya, Jin Jin akan menerima potongan seperti singa tetapi disebabkan masalah yang berlaku, bulunya dipotong sehinggakan kelihatan seperti memakai topeng kucing.

Apabila Qian tiba di kedai perapi untuk mengambil Jin Jin, dia terkejut melihat ‘perubahan’ kucingnya itu.





“Saya terkejut tukang perapi akan potong bulunya seperti itu.” kata Qian kepada The Dodo sambil turut mengaku dia tidak dapat menahan rasa geli hati dengan keadaan Jin Jin.

Bagaimanapun, tidak menjadi masalah yang begitu serius buat Jin Jin kerana bulu boleh tumbuh semula.

Jin Jin semakin pulih!





Malah sekarang, bulu Jin Jin semakin melebat dan sudah kelihatan seperti dirinya yang asal semula.

Sumber: The Dodo

Wednesday, 17 May 2017

Angan-Angan Itu Satu Doa





Dalam hidup kita perlu ada impian dan angan-angan. Daripada angan-angan itulah kita mula membentuk matlamat. Tahu apa yang mahu dicapai dalam hidup ini.


Sebelum ini kita sering mendengar bahawa dilarang kalau panjang angan-angan.


Tetapi ada hadith Nabi s.a.w yang mana baginda menyuruh kita berangan-angan.


Malah angan-angan yang positif dan baik itu Hukumnya sunnah,
dalilnya:


عن عائشة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” إذا تمنى أحدكم فليكثر فإنما يسأل ربه “.





Dari Aisyah, Rasulullah saw bersabda, “Jika kalian berangan-angan hendaknya kalian memperbanyak angan-angan karena kalian sebenarnya sedang memohon kepada Allah”

رواه الطبراني في المعجم الأوسط [ جزء 2 – صفحة 301 ]2040 ،





HR Thabrani dalam al Mu’jam al Ausath juz 2 hal 301 no hadits 2040, sahih albani, silsilah al-sahihah no 1266.


Syaikh Ben Othaimin ketika membaca hadith ini berkata, aku angan-angan untuk menguasai Bahasa Inggeris.








Oleh : Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Jangan Jemur Baju Tengah Malam Dan Tips Penjagaan Diri Dan Kedaiaman Anda





Mungkin anda selalu ditegur ibu anda apabila lewat mengangkat kain jemuran, selalunya ibu kita akan cakap yang baju tak elok angkat lewat sangat sampai ke malam. Rupanya sidai baju di ampaian pada waktu malam tidak elok sebab jin akan buat macam-macam kat baju kita tu. Sebab itu jika ibu memberi teguran sila jangan ambil ringan ya!

Ada juga yang berpendapat bahawa menjemur baju di malam hari tak elok, sebab senang orang nak buat jahat dengan kita, contohnya hantar sihir untuk sihirkan kita. Wallahualam. Yang penting, sebaik-baiknya basuh baju pada awal pagi dan elakkan sidai baju lewat malam.

Untuk mengelakkan benda-benda jahat masuk dalam rumah kita, ada beberpa doa dan perkara tertentu yang boleh kita amalkan, percayalah bahawa apabila rumah kita sentiasa dibacakan ayat AL-QURAN, inshaALLAH rumah kita akan terperlihara dan dijauhkan dari benda-benda tak elok.

Mari kita lihat tips penjagaan diri dan kediaman dari gangguan makhluk halus daripasa Ustaz Syahidan.

Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita.

Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².

Lazimi membaca atau memasang ayat suci al-quran di rumah.

Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.

Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.

Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan ‘kenderaan’ jin adalah angin.

Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).

Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu² yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

Elakkan duduk di pintu.

Selalu² baca surah Al~Baqarah

Sebenarnya jika kita selalu amalkan solat 5 waktu sehari dan juga rajin membaca Al-Quran, pastinya isi rumah diperlihara dengan baik. Kita haruslah yakin dengan ayat-ayat suci A-l-Quran, dan mengamalkannya untuk diri kira dan juga seisi keluarga.

Sumber : Superkiram.com

KAJIAN: Selfie ‘Duck Face’ Tanda Masalah Mental





Selfie kini menjadi kemestian bagi setiap orang terutama sekali pengguna tegar media sosial.

Ada di antara mereka menjadikan selfie untuk mengabdikan kenangan dan ada juga dengan niat untuk menunjuk.

Kalau anda lihat gambar selfie di media sosial, ada macam-macam jenis ‘pose’. Tapi paling popular ialah selfie ‘duck face’ atau muncung itik!

Ekspresi ini selalunya dilakukan oleh wanita dengan tujuan kononnya untuk kelihatan lebih comel.

Namun, disebalik pose tersebut kajian mendedahkan bahawa, seseorang yang suka selfie ‘duck face’ mengalami gangguan mental!

Kajian oleh Dr. Pamela Rutledge, Director Media Research Center mendedahkan, selfie ‘duck face’ dibuat untuk mendapatkan perhatian orang lain. Hal ini menandakan anda adalah seorang yang kesepian dan memerlukan perhatian.

Pose ekspresi muncung itik ini juga menunjukkan rendahnya kepercayaan diri dan takut untuk kelihatan tak menarik.

Ikut Kajian, Wanita Rupanya Lebih Gatal Berbanding Lelaki




Para lelaki pada umumnya, ramai rasa bangga apabila disamakan seperti buaya darat. Wanita pula, walaupun memang sudah jelas gatal, dia akan tetap marah apabila diperkatakan seperti itu.

Status gatal atau perasan terlalu universal untuk dilabelkan. Seperti tiada maruah bagi seorang wanita apabila dilabelkan seperti itu sedangkan realiti buat diri mereka.

Memetik satu sumber, lebih 50% perhubungan bermula daripada wanita yang memberi reaksi positif, meminta untuk didekati dan mengharap ada lanjutan daripada seorang lelaki.

Lelaki turut tidak kurang sama, biasanya lelaki tidak akan menunjukkan rasa minat yang ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun jatuh hati dan menyukai seseorang wanita itu berbanding pula wanita yang lebih mudah mengukir senyuman apabila hatinya tersentuh.

Hakikatnya, tiada perbezaan ketara dalam soal ‘gatal’ ini. Ya, lelaki miang itu sangat ramai, namun wanita gatal juga tiada kurangnya. Bezanya, lelaki tidak segan silu memperlihatkan sikap miang sedangkan wanita sedaya upaya menyembunyikannya.


Siapa wanita gatal?



Gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat memberikan reaksi jika diusik lelaki. Cinta monyet zaman persekolahan adalah fasa permulaan.

Lebih kronik, ada kalanya ada yang tidak boleh terlepas daripada gelaran sebegitu adalah golongan setiausaha. Stigma yang melekat pada masyarakat kita kerjaya ini acap kali dikaitkan dengan identiti wanita yang gatal.

Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya memerlukan beberapa kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi terutamanya dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.

Kerana itu juga mereka mudah dikaitkan menjalin hubungan atau menyimpan strategi untuk memancing selera majikan masing-masing ketika bekerja memandangkan lebih 80 peratus rutin tugasan mereka perlu bersama majikan itu.

Seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.

Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Jangan tipu, isteri kepada majikan pastinya akan muncul rasa cemburu atau paling tidak mencurigai keadaan itu kerana ada kalanya setiausaha perlu kerja lebih masa dan meluangkan masa dengan majikan mereka.

Isu mengenai cinta gelap antara setiausaha dengan bos lelaki ini masih menjadi persoalan dan pertikaian jika topik mengenai pejabat diutarakan.

Bagaimanapun setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki juga boleh melaksanakan tugas ini malah ada kalanya lebih baik. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Dilihat mengapa stigma ini berlaku, ini berpunca dari sikap sesetengah setiausaha itu sendiri. Tidak dinafikan, banyak kes timbul membabitkan setiausaha wanita dengan majikan lelaki.

Bos lelaki sanggup curang dengan isteri dan anaknya. Setiausaha cantik dan bergaya, lebih faham masalah dan tekanan membuat majikan lelaki lebih selesa dengan layanan berbanding isteri yang mungkin tidak memahami.

Penyelesaiannya? Sukar untuk menyelesaikan masalah ini kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai komitmen keluarga.

Kalau majikan wanita, pasti lebih mudah kerana jarang kita mendengar kisah setiausaha lelaki menjalin hubungan dengan majikan wanita memandangkan wanita yang memegang status majikan akan lebih serius dan komited terhadap tugasnya.

‘Lady boss’ adalah gelaran untuk majikan wanita yang hampir kesemuanya tegas dan tidak akan melakukan benda remeh di pejabat, sebaliknya mereka bersikap fokus pada tanggungjawab.

Justeru, jagalah peribadi dan tingkah laku kerana setiap pergerakan anda diperhatikan. Apa saja dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan mudah dinilai.

Sumber: Mingguan Wanita

Budak Melayu Bermata Biru Tarik Perhatian





Seorang kanak-kanak lelaki kelahiran Sabah mencuri tumpuan ramai kerana memiliki sepasang mata berwarna biru.


Kamarul Hisham Mustafa, 9 tahun, yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ketika ditemui di Kampung Bingkul di sini, berkata hanya dia dan kakak sulung serta ibunya sahaja yang memiliki keistimewaan tersebut.


“Jika di sekolah rakan selalu panggil saya ‘mata guli’ disebabkan mata saya yang berbeza warna daripada kawan yang lain, namun saya menganggap ia bukan penghalang saya untuk bergaul sesama mereka,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Dia sering menjadi tumpuan orang ramai sehingga dia sering dipelawa untuk mengambil gambar kenangan bersama memandangkan keunikan warna matanya yang jarang ditemui membuatkan orang ramai teruja.


Menurut Kamarul, ibunya turut memiliki warna mata yang berbeza kedua- dua belah yang mana sebelah berwarna biru manakala sebelah lagi berwarna hitam.


Dia juga percaya keunikan yang dimilikinya diwarisi daripada ibunya, Rosdah Abdullah, 47, yang berdarah campuran Melayu Brunei dan Pakistan. Ayahnya, Mustafa Kamal, 48, berasal dari Negeri Sembilan.





Sumber: Harian Metro

Adakah 6 Perkara Tentang Fattah Amin Ini Yang Buatkan Neelofa Jauhkan Diri?




Ahad lalu merupakan hari paling menggembirakan buat pelakon popular Fattah Amin selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2017.

Sebelum ini Fattah digelar sebagai ‘pelakon kayu’, namun kini dia berjaya mengubah dirinya.

Walaupun dah bergelar bintang popular, tapi ada beberapa perkara yang peminat tak tahu tentang Fattah Amin!




1. Seorang yang sangat pentingkan keluarga

“Saya merupakan anak sulung daripada lima beradik. Bagi saya keluarga adalah paling utama dan mereka merupakan tulang belakang dalam karier saya.




2. Perkara paling menggembirakan apabila dengar suara ibu bapa

“Saya paling gembira apabila dapat mendengar suara ibu bapa saya. Apabila dapat dengar suara mereka sahaja sudah melapangkan dada.”



3. Impian sejak kecil untuk jadi pelakon


“Ini merupakan impian saya sejak dari kecil. Apabila berlakon, saya rasa ‘hidup’ kerana saya gembira dengan apa yang saya lakukan.”




4. Seorang yang suka makan

“Saya suka makan. Makanan kegemaran sudah tentu makanan laut dan masakan ala Thai. Saya juga penggemar udang dan tidak kisah masak apa.”



5. Seorang yang suka tidur

“Ini yang paling saya suka. Bila tidak ada shooting, saya boleh tidur sehari suntuk. Bagi saya, melalui tidur badan saya boleh berehat sepenuhnya.”




6. Suka main futsal

“Saya suka bersenam dan bermain futsal. Kalau ada masa lapang , biasanya saya bermain futsal dengan kawan koleh dan sekolah lama.





Sumber: Kosmo

Putrajaya Paling Ramai Orang Ramai Gemuk Di Malaysia






Hampir 9.9 juta rakyat Malaysia didapati gemuk dan angka ini agak membimbangkan. Lebih menakutkan hampir satu juta daripada angka itu merupakan remaja serta kanak-kanak.


Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, kira-kira 5.6 juta orang dewasa berusia 18 tahun ke atas mempunyai masalah berat badan berlebihan, manakala 3.3 juta orang lagi disahkan obes.


Tinjauan itu turut mendedahkan kira-kira satu juta kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah turut mengalami masalah obesiti.


Kaum India paling ramai yang disahkan dihimpit masalah ke­gemukan iaitu kira-kira 27.1 peratus, Melayu (21.1 peratus), lain-lain bumiputera (18 peratus), Cina (11.7) lain-lain kaum (7.7 peratus).


Kajian NHMS yang dilakukan setiap empat tahun itu juga mendedahkan Putrajaya yang majoriti penduduknya merupakan kakitangan kerajaan menjadi lokasi paling ramai orang gemuk (dikira melalui peratusan penduduk) diikuti Melaka, Perlis dan Ne­geri Sembilan.


Pensyarah Kanan Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Putra Malaysia, Dr. Zulfitri Azuan Mat Daud berkata, obesiti merupakan ibu segala penyakit kerana masalah kegemukan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik.



Sumber : Kosmo! , twitter/@TwtPenang

Apa Beza Penutup Botol Air Warna Biru dan Putih?





Samaada anda perasan atau tidak, air mineral mempunyai dua jenis iaitu penutup yang bewarna putih dan juga berwarna biru. Sesekali tertanya juga, apa bezanya kedua-dua air itu.

Dari segi saiz botol mungkin tak begitu ketara, tetapi dari segi harganya yang agak jauh berbeza.

Sesetengah ibu bapa jika berpesan kepada anak hendak membeli air mineral pastikan beli yang penutup botolnya bewarna biru, dalam hati tertanya-tanya kenapa warna biru?

Warna putih tu tak sama ke? Lain-lain ke? Korang mesti pelik kan kenapa mesti nak yang penutup warna biru. Padahal yang penutup warna putih pun sama je, air mineral juga.

Sebenarnya kita yang tidak ada pengetahuan tentang perkara itu, sebenarnya ibu dan ayah kita sudah tahu apa perbezaan antara kedua-dua jenis air meneral tersebut. Kalau dulu beli saja air mineral asalkan hilang haus tanpa mengetahui bagaimana terhasilnya air mineral tersebut. Bagi kita air mineral itu semua nampak sama saja, sekarang dah terbongkar disebalik warna penutup botol putih dan biru


Penutup biru

Diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan kemudian dibotolkan. Baru boleh dilabelkan sebagai air mineral.


Penutup putih


Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa mejadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air itu hilang. Sebab tu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau “drinking water” dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru.

Jadi lepas ni jika ibu dan ayah anda meminta anda beli air mineral penutup warna biru tu, tak perlu nak fikir banyak lagi, tak perlu nak pening-pening fikir kenapa macam tu. Sebab tu penting untuk kita mengetahui sesuatu yang dianggap remeh seperti ini.



Sumber : eraFm

Punca Wanita Tawar Hati Dengan Lelaki





Wanita dilahirkan dengan sifat yang penyayang, oleh kerana itu apabila dia bercinta pasti akan setia hanya pada pasangan sahaja. Kalau dah cinta pada seseorang, dia sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dicintainya.

Akan tetapi jika dia sudah tawar hati, mungkin dia akan meninggalkan anda dalam keadaan anda sendiri tertanya-tanya apa kesalahan yang telah anda lakukan sehingga dia pergi begitu saja. Sesetengah lelaki beranggapan bahawa wanita yang berkelakuan begitu sangat kejam dan tidak mempedulikan perasaan orang lain.

Tetapi anda pasti anda tiada melakukan kesalahan yang boleh membuatkan si dia berubah hati? Ada kemungkinan ada sesuatu yang telah mengecewakan hatinya. Mungkin saja anda tidak perasan ada sesetengah perbuatan anda terhadapanya telah membuatkan dia merasa tidak dihargai dan merasa kecewa. Mari kita cuba lihat antara faktor-faktor mengapa ianya terjadi.

Sering ditipu


Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi jika di awal perhubungan sudah ditipu, hati mana yang tidak merasa kecewa. Mungkin saja pasangan anda sepertinya tidak mengambil endah dengan penipuan anda, tetapi percayalah, rasa sakit hati itu disimpan sehinggalah pada suatu hari kelak dia akan meluahkan segalanya dan pergi meninggalkan anda. Ketika itu hendak menyesal pun tidak berguna lagi.

Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat.

Tidak mengambil berat

 

Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tak nak ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Jika dahulunya sentiasa mengambil berat dan sentiasa bertanya khabar. Tetapi kini segalanya berubah, Mesej tidak dibalas, Telefon tidak diangkat, Whatsaap pulak tidak dilayan dan dibiarkan “seen” sahaja.

Mungkin pada anda perkara-perkara tersebut remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Tetapi ianya membuatkan pasangan anda terasa terabai dan merasa diri tidak diperlukan lagi. Dan kerana itu, ia antara sebab mengapa pasangan anda mengundurkan diri dan menjauh hati.

Curang


Sudah menjadi lumrah apabila sudah mempunyai pasangan, pasti saja tidak puas dengan seorang. Mengapa mesti hati cepat berubah dan ingin mencari yang lain walaupun sudah berpunya? dan apabila sudah diketahui berlaku curang, senang saja hanya meminta maaf dan mengharapkan keadaan menjadi sediakala seperti tiada apa yang berlaku.

Percayalah, ketika itu hati pasangan anda sangat hancur dan tiada lagi kepercayaan terhadap diri anda. Jangan salahkan dia jika dia pergi meninggalkan anda kerana sikap tamak anda itu.

Panas baran


Asal bergaduh saja hendak naik tangan, suka maki-maki dan mudah menilai pasangan dengan perkara-perkara yang tidak betul. Wanita tidak suka dilayan dengan kekerasan keran hati mereka sangat lembut dan mereka adalah insan yang lemah

Mereka seharusnya dilindungi, bukan dilayan dengan kekerasan.

Terlalu ego


Lelaki memang ego tapi jangan sampaikan boleh merosakkan hubungan anda berdua, cuba rendahkan ego anda dan jika berbuat salah, ringankan mulut untuk meminta maaf.

Tidak pandai pujuk


Nampak remeh tapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Perempuan memang suka merajuk tapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksa pujuk diri sendiri lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang antibiotik dah tak berfungsi dah. So fikir-fikirlah sendiri.

Tidak serius dalam hubungan



Wanita yang matang akan serius dengan perhubungan mereka, begitu juga dengan lelaki. Tetapi jika anda tidak serius dan tidak berfikiran jauh tentang perhubungan anda, pasti saja dia rasa anda tidak begitu serius dan tidak matang dalam menguruskan sesuatu hubungan. Bila bercakap bab kahwin, asa saja alasannya. Bila ajak jumpa mak ayah, terus kata sibuk bekerja dan sebagainya. Terlalu banyak alasan antara faktor mengapa wanita mudah bertukar fikiran dan berjauh hati.

Tidak tetap pendirian



Sering bertukar-tukar keputusan, Sekejap begini sekejap begitu, tidak tetap pendirian adalah salah satu sebab mengapa wanita cepat berubah hati.

Kurang memahami
 

Kesefahaman itu penting tetapi jika kamu sahaja ingin dirinya memahami kamu tapi diri kamu langsung tak memahami si dia. Adilkah?

Suka kongkong dan memaksa


Jangan cemburu buta. Buang sifat cemburu itu jauh-jauh kerana ianya boleh membuatkan pasangan anda merasa rimas dan cepat tawar hati. Mereka tidak suka dikongkong apatah lagi apabila dianggap melakukan perkara yang tidak dilakukan. Cemburu buta boleh mencetuskan perbalahan, dan selalunya hubungan yang sebegini tidak bertahan lama.

Kedekut dan berkira
 


Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tak kira tenaga atau wang. Pinjam duit minta diganti, naik kereta pula berkira dengan mintak kereta. Sesekali cuba berkorban untuk pasangan yang mungkin sudah banyak berkorban untuk anda. Belum berkahwin sudah berkira, apatahlagi apabila bersama nanti.

Suka pinjam wang perempuan

 

Elakkan daripada memakai duit pasangan anda. Memang dia akan pinjamkan kerana atas dasar sayangkan anda. Tetapi jangan pula mengambil kesempatan atas kebaikan itu. Jadilah lelaki yang bermarua, jangan pula apabila diberi muka, bertambah berani pula anda meminta duit dari pasangan.

Jangan pernah abaikan pasangan anda, ini kerana apabila dia diabaikan, dia akan merasa diri tidak diperlukan, dengan itu dia bertindak untuk pergi dan mencari kehidupan sendiri. Jangan salahkan pasangan anda jika dia pergi meninggalkan anda tanpa memberitahu sebab-sebabnya. Mungkin saja sudah terlalu lama makan hati sehingga sudah tidak dapat bertahan lagi. Tidak guna sesali apa yang telah terjadi, oleh kerana itu penting untuk anda lebih peka dengan perasaan pasangan anda. Layanlah dia sepertimana pertama kali anda ingin memilikinya.

Tuesday, 16 May 2017

Surat Amaran Dari Majlis Keselamatan Negara Untuk Kita





BERMULA Isnin 15 Mei 2017 telah tular gambar surat dipercayai daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti di bawah.

Adakah ia perkara yang benar?