Rakyat Malaysia tolong peka dengan laporan semasa oleh pihak kesalamatan negara,kerana negara kita kini menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab IS untuk menghuruhara.
Setakat ini pihak Polis melaporkan telah menangkap 93 orang dipercayai terbabit dengan IS,daripada jumlah itu 77 adalah rakyat negara ini,manakala bakinya warga asing.
Terkini pihak polis telah menahan 12 lelaki warga tempatan,mereka diyaki berkomplot melancarkan serangan keatas sasaran strategik dan kepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang.
Mereka meracang untuk melancarkan serangan sebagai menyahut seruan bos kanan IS di negara Syria.
Mereka ingin melancarkan serangan keatas kepetingan negara Islam yang dikira sekular,kerana didakwa sebagai musuh kumpulan IS dan sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan mereka yang disyaki terbabit dengan IS.
Setiap hari rakyat Malaysia hanya tahu bergaduh hal-hal politik,hal sukan,namun hal penting begini tidak pula diambil tahu sama sekali.
Tolong lah peka dengan keadaan keselamatan terkini negara...
Jenis manusia celaka dalam IS bukanya dikira rakyat negara ini hidup makmur selama ini,mereka hanya ikut nafsu jahat bukanya Jihad.
Monday, 27 April 2015
Wednesday, 8 April 2015
Akibat Peperangan 91 Maut Di Yemen
Di bandar Daleh, kira-kira 120 kilometer di utara Aden, sekurang-kurangnya 19 orang anggota kumpulan Houthi dan 15 orang penyokong Presiden maut dalam pertempuran semalaman.
Dalam kejadian berasingan, tujuh terkorban di wilayah Abyan, selatan Yemen apabila kumpulan pro-Abdrabbuh menawan sebuah pangkalan tentera yang setia kepada bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh, yang didakwa menyokong pemberontak Houthi.
Sementara itu, Houthi bersedia mengadakan rundingan damai jika kempen serangan udara diketuai Arab Saudi dihentikan dan rundingan itu dipantau oleh pihak ‘tidak agresif’.
Bekas penasihat Abdrabbuh, Saleh al-Sammad yang kini merupakan pemimpin kanan kumpulan pemberontak itu berkata, penduduk Yemen juga menolak kepulangan Presiden itu yang melarikan diri ke Arab Saudi selepas kumpulan Houthi mara ke Aden pada bulan lepas.
“Kami akan mengekalkan kedudukan kami dalam dialog dan kami mahu rundingan ini diteruskan tanpa mengira apa yang telah berlaku.
“Kami tiada syarat kecuali menghentikan serangan udara dan melakukan rundingan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan dengan pihak antarabangsa atau serantau yang tidak bertindak agresif terhadap penduduk Yemen, boleh menjadi pemantaunya,’’ katanya dalam satu e-mel kepada Reuters.
Serangan udara diketuai Arab Saudi, mengebom kubu dan lokasi Houthi sejak 11 hari lalu dalam usaha mengundurkan kumpulan pemberontak itu dan mengembalikan Abdrabbuh sebagai pemimpin Yemen.
Rundingan damai Houthi dan Abdrabbuh anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak beberapa minggu lalu gagal mencapai sebarang penyelesaian.
Saleh berkata, beliau juga mahu sesi dialog berkenaan disiarkan secara langsung kepada penduduk Yemen supaya mereka tahu siapa yang bersalah dalam konflik itu.
Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman juga menyatakan, negara itu juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pihak bertelagah di Yemen di bawah anjuran Majlis Kerjasama Teluk (GCC). – Reuters
Mati Ketika Mencuri Kabel
KUCHING SARAWAK 7 April-Seorang lelaki dari Petra Jaya disyaki mahu mencuri mati di sebuah stesen kecil milik syarikat pembekal kuasa di berhampiran taman Muhibbah di jalan Matang .
Mayat mangsa ditemui oleh juruteknit yang diarahkan ketempat kejadian bagi melakukan pemeriksaan selepas mendapati amaran pada sistem
Setelah juruteknit terbabit tiba di lokasi lebih kurang jam 8 pagi.beliau terkejut melihat seorang lelaki yang sudah tidak bernayawa.
Turut ditemui berhampiran mayat sebuah beg berisi peralatan seperti pemutar skru dan beberapa lagi peralatan.
Motosikal yang dipercayai milik mangsa turut ditemui di luar stesen tersebut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Ng Ah Lek mengesahkan insiden dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disyaki cuba mencuri kabel apabila terkena renjatan elektrik.
Mayat lelaki yang berusia 35 tahun itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
Tuesday, 7 April 2015
Wanger Optimis Arsenel Mampu Pertahan Piala FA
Arsene Wenger yakin sesuatu akhirnya muncul di Arsenal sekali lagi dan setiap orang boleh merasainya.
Gunners menang 4-1 ke atas Liverpool di Stadium Emirates Sabtu lalu, kernenangan ketujuh berturut turut dalam Liga Perdana Inggeris serta melonjakkan mereka ke tangga kedua.
Ketika Manchester City boleh merampas kembali tangga kedua dengan menundukkan Crystal Palace awal pagi tadi dan kejuaraan dilihat sukar digapai kerana Chelsea kekal tujuh mata di depan dengan berbekal kelebihan satu perlawanan, tidak diragui apabila Wenger boleh menurunkan setiap pemain, Arsenal mampu mencabar mana-mana pasukan.
Sekalipuh kecewa gagal mara lebih jauh di Eropah selcpas disingkirkan AS
Monaco, prospek mengenai menamatkan liga ditangga lebih bagus dan mempertahankan Piala FA
masih menjadi agenda utama.
Wenger yang sering dikritik kcrana hala tuju pasukannya berikutan hampir sedekad tanpa scbarang trofi, berasakan akhirnya mereka mula mendapat rentak yang diinginkan.
"Kami mempunyai mentaliti dan perpaduan yang bagus dalam pasukan," katanya.
"Ada sesuatu yang bagusberlaku, ia menggambarkan mereka bersedia merebut tempat masing masing."Anda boleh Lihatnya danboleh merasainya."Sudah tentu ia satu asas bagus dan sccara bertahan kami bermain semakin baik."Wenger berhasrat merapatkan jurang sebaik mungkin dengan Chelsea dan kelab pendahulu itu akan berkunjung ke Stadium Emirates pada 26 April.
17 Pengganas Malaysia Intip Puterajaya Ditangkap
Gambar Hiasan- |
Kuala Lumpur 7 April-Malaysia di intip oleh kumpulan pengganas untuk
menghuru hara keamanan yang dikecapi oleh seluruh rakyat berbilang kaum.
Dengan tertangkapnya 17 ahli kumpulan miitan IS yang berusia 14 hingga
49 tahun sebagaimana yang disahkan oleh
Ketua Polis Negara,Tan Sri Abu Bakar terbukti keselamatan negara ini sedang
dicabar.
Mujurlah pihak keselamatan dapat
menghidu pergerakan pengganas lebih awal,jika tidak dapat dihidu sudah pasti
akan berlaku kekacauan sekali gus menggugat keaman negara ini.
17 ahli kumpulan pengganas yang ditangkap oleh pihak polis terdiri
daripada bekas anggota kanan Kumpulan Militan Malaysia(KMM) yang pernah ditangkap
pada Jun 2001 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Bekas anggota kanan KMM yang tidak didedah namanya pernah menjalani latihan
di Afghanistan pada Jun 1989 dan Sulawesi pada November 2000 dilihat berpontesi
mengancam keselamatan.
Suspek juga terbabit dalam rancangan untuk merompak senjata api di Balai
Polis Guar Cempedak pada Februari 2001 sebelum berlepas ke Syria pada Ogos 2014
untuk menjalani latihan ketenteraan dan kembali ke Malaysia pada Disember 2014.
Manakala guru agama berusia 38 tahun yang berasal dari Kedah dan pernah berlepas
ke Syria pada September 2014 untuk menyertai kumpulan pengganas IS dan kembali
ke Malaysia pada Disember 2014 juga termasuk 17 yang ditahan pihak polis.
Difahamkan,matlamat kumpulan pengganas baru ini adalah untuk menubuhkan
Negara Islam Ala-Islamic State di Malaysia
Dalam operasi memburu pengganas yang dilakukan oleh pihak PDRM turut
ditahan dua anggota tentera,seorang pengawal keselamatan yang mempunyai akses
kepada senjata api selain seorang anggota militan dari Indonesia merangkap
bekas anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang mempunyai kemahiran mengendalikan
senjata api.
Manakala orang ramai yang turut perihatin dengan permasalahan ini
berpendapat,kumpulan baru pengganas yang ditangkap dipercayai akan mensasarkan serangan
terhadap Puterajaya dan bandar Kuala Lumpur dan lain-lain tempat yang dianggap strategik oleh kumpulan itu.