728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 14 March 2018

    Elly Mazlein Akui Payudara 'Naik' Kerana Selalu Dihisap....




    BEKAS peserta Gegar Vaganza musim ketiga, Elly Mazlein telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia telah melakukan pembedahan bagi tujuan membesarkan ‘aset’nya.

    Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Kak Ina Pompom akui bahawa asetnya menjadi agak besar begitu disebabkan anak sulungnya masih lagi menyusu badan.

    “Dada saya adalah asli dan ia berkeadaan begitu kerana anak saya, Putri Sarah Sefhia, masih lagi menyusu badan. Lagipun, tiada sebab untuk saya membuat sebarang perubahan.

    “Kalau ada yang masih sangsi dan terus membuat tuduhan bukan-bukan, saya tak kisah. Terpulanglah pada mereka,” katanya dipetik daripada BH Online.



    Menurut pelakon dan penyanyi itu lagi, dia juga tidak mahu ambil pusing jika ada mana-mana individu yang menjadikan dirinya sebagai simbok seks disebabkan bentuk badannya itu.

    “Lantak apa orang nak kata. Saya malas nak fikir kerana saya sudah melalui banyak kontroversi sebelum ini. Mulut orang bukannya boleh ditutup,” ujarnya lagi.

    Selain itu, difahamkan bahawa akaun laman sosial Instagram milik Elly telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab sejak minggu lalu.

    Disebabkan hal itu, pelakon drama Na O Mei itu berasa sedikit kesal kerana telah kehilangan akaun yang kini sudah mempunyai seramai 700,000 pengikut setia.



    “Ini kali kedua akaun Instagram saya kena godam tetapi kali ini lebih teruk kerana login dan kata laluan sudah ditukar.

    “Laporan juga sudah dibuat bagi mendaptkan kembali akaun saya namun nampaknya ia masih belum berhasil.

    “Jadi saya ambil keputusan untuk buka akaun baharu sahaja menggunakan nama @ellymazlein_official,” tambahnya.

    Dalam perkembangan lain, Elly bakal bergandingan bersama dengan Haziq Husni dari radio Hot FM sebagai pengacara bagi program realiti Mentor Otai tidak lama lagi.





    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Elly Mazlein Akui Payudara 'Naik' Kerana Selalu Dihisap.... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top