Lim Guan Eng Mesti Jelaskan Status Kesihatan Lim Kit Siang

Share on Google Plus




Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjawab persoalan apakah status kesihatan bapanya, Lim Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP kerana ada desas-desus kesihatan Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu sedang merosot teruk.

Presiden PMSP Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini memberitahu bahawa ada sumber dalaman DAP memaklumkan bahawa Kit Siang kini berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan tetapi kini ia masih menjadi persoalan.

"Benarkah Lim Kit Siang sedang berada dalam keadaan kritikal sekarang ini?

"Kita minta anaknya, Lim Guan Eng jawab segera kerana rakyat ingin tahu," kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, sumber dalaman itu memberitahu nama hospital di mana Lim Kit Siang menjalani pembedahan dirahsiakan atas sebab tertentu dan tidak didedahkan.

Ramesh berkata Kit Siang menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya, menurut apa yang dimaklumkan oleh Guan Eng pada 27 Disember lepas.

"Guan Eng beritahu Kit Siang menjalani prosedur Laparoscopic Partial Nephrectomy pada 19 Disember lepas.

"Guan Eng kata prosedur itu berlangsung dengan baik dan doktor menjangkakan beliau akan pulih seperti sedia kala tanpa sebarang komplikasi," katanya.

Bagaimanapun, Kit Siang tidak hadir pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam pada 7 Januari lepas dan sehingga kini kelibat veteran DAP itu masih belum kelihatan di khalayak ramai dan ia menimbulkan tanda tanya.

"Sebagai anak, lebih elok Guan Eng beri penjelasan kepada orang ramai berkenaan status bapanya," katanya.

Pada Konvensyen berkenaan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang mewakili bapanya hadir ketika konvensyen berkenaan menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) jika mereka menang PRU14 nanti.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment