Pertemuan BN-CPC Tiada Kaitan Pun Isu Komunis

Share on Google Plus


IBARAT paku dulang, paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin perumpamaan ini sesuai bagi menggambarkan tohmahan pembangkang yang kini cuba putar belit isu yang bukan pun isu!

Terbaharu mereka cuba kait konon ada perjumpaan tertutup secara tidak rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Communist Party of China (CPC) ketika berlangsung Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara minggu lalu.

Maka tersebarlah fitnah konon BN diterajui UMNO kini ‘bersekongkol’ dengan komunis China yang ketika zaman darurat dahulu dikecam teruk kerajaan Malaysia kerana jadi ‘penaung’ pengganas Parti Komunis Malaya (PKM).

Tidak cukup itu, pertemuan rahsia antara dua parti pemerintah tersebut konon jauh berbeza waktu zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu menyaksikan PKM yang ditubuhkan sejak 1930 dibubarkan secara rasmi pada 1989

Begitulah hebat dakyah pembangkang hasut rakyat Malaysia khasnya anggota tentera dan polis serta bekas pasukan keselamatan yang diketahui antipembangkang untuk benci pula BN dan UMNO bersubahat dengan pihak komunis.

Walhal semua maklum sejak dahulu lagi, setiap kali perhimpunan parti keramat umat Melayu terbesar di dunia itu berlangsung, puluhan parti dari luar negara dijemput hadir menyaksikan sendiri terutama upacara perasmian.

Untuk rekod, zaman Mahathir bahkan 12 kali wakil CPC datang dan ia bukanlah perkara baharu. Lihat sahaja gambar arkib di atas, bagaimana Mahathir ceria bersembang dengan Naib Presiden CPC, Zhao Ziyang pada 1985.

Menyedari propaganda pembangkang itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam tampil membuat pencerahan setelah kesal ada pihak sengaja cuba putar untuk beri gambaran negatif.

Beliau berkata CPC merupakan parti pemerintah yang setiap tahun dijemput untuk menghadiri perhimpunan agung tahunan parti tersebut sebelum era pentadbiran Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak lagi.

Terbaharu di Hotel Istana pada 7 Disember itu, BN diwakili Setiausaha Kerjanya, Datuk Seri Abu Khamis bersama pemimpin komponen BN lain manakala delegasi CPC diketuai Ketua Biro Terjemahan CPC, Prof. Dr. Jia Gaojian.

Dalam pertemuan itu, antara perkara yang disentuh kedua-dua pihak ialah mengenai Rangka Tindakan 30 tahun CPC dan program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mencapai kedudukan 20 negara terbaik dunia.

Juga pelan inisiatif ‘One Belt One Road‘ (OBOR) ala Laluan Sutera zaman dahulu yang kini diusahakan pihak pemerintah China serta keunikan BN sebagai parti politik pelbagai kaum berjaya bentuk Malaysia sejak merdeka.

“Soal ideologi langsung tidak disentuh malah kedua-dua belah pihak menghormati asas pembentukan parti masing-masing,” kata Tengku Adnan mengesahkan CPC merupakan antara 20 parti politik dari 16 negara yang dijemput.

Ini termasuk pergerakan Fatah dan Hamas dari Palestin selain organisasi siasah dari negara-negara sahabat bagi menghadiri majlis perasmian serta mendengar sendiri ucapan dasar Presiden UMNO pada perhimpunan agung itu.

“Jemputan kepada parti politik negara luar pun bukanlah isu baharu, sebaliknya telah dibuat saban tahun malahan dialog antara BN dengan mereka juga bukanlah perkara asing,” ujar Tengku Adnan. – Agensi/MNH


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment